View: 24961|Reply: 19
|
Pelancong Maghribi mengaku salah guna kekerasan cabul juruterapi spa 19 tahun di Pulau Perhentian
[Copy link]
|
|
Kuala Terengganu: Pelancong Maghribi mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana mencabul seorang juruterapi spa di sebuah resort di Pulau Perhentian di Besut.
Tertuduh, Nourou Yassine, 23, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap mangsa yang berusia 19 tahun dengan niat untuk mencabul kehormatannya.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah resort pada 9.15 malam, 14 Julai lalu.
Tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudian menetapkan 6 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk fakta kes dan hukuman di Mahkamah Majistret Besut.
Tertuduh juga dibenarkan diikat jamin RM8,000 dengan dua orang penjamin warga tempatan.
Tertuduh turut dikenakan syarat tambahan iaitu perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran pada setiap satu hari bulan dan menyerahkan pasport kepada pihak mahkamah sehingga kes selesai.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Rabiatul Addawiah Mohd Noorlee, manakala tertuduh diwakili Muhammad Izzat Norizam.
Media sebelum ini melaporkan pelancong Maghribi terbabit ditahan polis selepas disyaki melakukan perbuatan itu.
Mangsa mendakwa dicabul ketika memberi perkhidmatan urutan kepada lelaki terbabit yang berusia lingkungan 20-an.
Sumber: Harian Metro
Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X |
|
|
|
|
|
|
|
innalillah. kesian kau dik 19 tahun. moga tak trauma |
|
|
|
|
|
|
|
Apesal lah buat kerja yg mengundang.. biarlah urut yg perempuan je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Juruterapi
Ingatkan jurutera keretapi |
|
|
|
|
|
|
|
nurkasih74 replied at 19-7-2024 02:31 PM
Apesal lah buat kerja yg mengundang.. biarlah urut yg perempuan je..
Bukan memang jantan ka yang mengurut ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Resort-resort yg ada ni pun, jgnlah tourist lelaki diurut staf perempuan. Lain jadinya nanti. Cegah sebelum berlaku yg lebih mudarat. |
|
|
|
|
|
|
|
Cari la kerja lain kalo gini kena urut jantan. Staf ni local ke dari thai, vietnam? |
|
|
|
|
|
|
|
X masalahnya juruterapi spa tu lelaki ke perempuan? |
|
|
|
|
|
|
|
x dinyatakan jantina mangsa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Suratkhabar Cina kata perempuan.
|
|
|
|
|
|
|
|
19 tahun tu lelaki ke perempuan?
|
|
|
|
|
|
|
|
juruterapi = perempuan
jeruterapa = lelaki
|
|
|
|
|
|
|
|
Setau aku spa kat resort terima lelaki kalau couple massage je. Lagipon massage utk lelaki kat resort tu belakang je, bukan 1 body. Nak yg extreme sikit kena gi rumah urut shop lot. Hihihi |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak mencabul kongkek pergi langgan pelacur berbayar |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak sangat ummah mahgribi sangka negara kita ni level2 vietnam jah boleh perkotak katikkan cabul cabilkan gayyytoh jah sissy. |
|
|
|
|
|
|
|
19 tahun tetek tak besar mana |
|
|
|
|
|
|
|
kesian mangsa mesti trauma kena mcm tu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|