View: 34300|Reply: 53
|
[Tempatan]
Gangguan IT satu dunia, KLIA2 dan KTMB terjejas
[Copy link]
|
|
Gangguan IT satu dunia, KLIA2 dan KTMB terjejas
https://www.kosmo.com.my/2024/07 ... -dan-ktmb-terjejas/
Oleh KOSMO!
19 Julai 2024, 5:39 pm
Gambar yang dimuat naik pengguna media sosial memaparkan suasana sesak di KLIA 2 setakat petang ini kerana gangguan IT yang menjejaskan perkhidmatan di seluruh kaunter daftar masuk. - FOTO IHSAN MEDIA SOSIAL
PETALING JAYA – Gangguan sistem komputer global di seluruh dunia hari ni turut menjejaskan beberapa perkhidmatan utama di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 setakat petang tadi.
Menerut tinjauan di media sosial, seluruh kaunter kelihatan sesak kerana pendaftaran penerbangan harus dibuat secara manual kerana sistem mengalami gangguan teknikal.
Difahamkan, para penumpang yang masih belum ada pas masuk wajib beratur di kaunter untuk melakukan pendaftaran manual.
Menurut seorang pengguna yang sedang berada di KLIA 2, semua penumpang yang mempunyai penerbangan pada petang atau malam dinasihatkan untuk datang awal.
“Hampir 10 tahun ‘traveling’ bawa kumpulan, tak pernah lagi nampak penumpang di KLIA Terminal 2 seramai ini.
“Memang penuh orang tengah beratur dekat setiap kaunter bagi penerbangan domestik mahupun antarabangsa untuk daftar masuk. Mana ada penerbangan terdekat ni, sila datang awal ya. Kiosk memang ‘offline’,” ciap Syahrul Azlan.
Bagaimanapun, setakat ini, Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB) dalam kenyataannya melaporkan semua perkhidmatan lapangan terbang kelolaannya tidak terjejas dengan gangguan teknikal CrowdStrike ketika ini.
Dalam pada itu, tiket aplikasi KTMB Mobile (KITS) dan semua saluran aduan Pusat Khidmat Pelanggan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) turut mengalami gangguan teknikal akibat ‘Crowdstrike’ Microsoft Windows.
KTMB dalam kenyataannya memaklumkan, kerja-kerja baik pulih sedang giat dijalankan.
“KTMB memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Terima kasih atas perhatian anda,” ujarnya ringkas.
Gangguan besar-besaran mengakibatkan kerosakan pada sistem komputer global hari ini berpunca daripada Sistem Antivirus CrowdStrike di bawah Microsoft.
Difahamkan sistem tersebut sedang membuat perubahan keselamatan namun perkhidmatan terus mengalami gangguan kerana kesilapan teknikal.
Banyak syarikat penerbangan utama AS termasuk Delta, United dan American Airlines menghentikan semua penerbangan hari ini kerana ‘masalah komunikasi’, demikian menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan.
Semua lapangan terbang di Sepanyol mengalami ‘gangguan’ teknologi maklumat (IT) yang melanda banyak syarikat di seluruh dunia pada hari ini, kata pengendali lapangan terbang Aena.
Lapangan terbang Hong Kong juga berkata, beberapa syarikat penerbangan telah terjejas, manakala pihak berkuasa mengaitkan masalah itu dengan gangguan terhadap Microsoft. – KOSMO! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Haha. Padan muka kena cyber attack.
|
|
|
|
|
|
|
|
Seseorang terlupa untuk membuat pengujian dengan serius sebelum melancarkan kemaskini perisian ke seluruh dunia. |
|
|
|
|
|
|
|
Nsb baik suami iolss balik mlm ni naik bus...kalo naik flight alamat nye x jd blk la minggu ni.. mengamuk la anak bongsu iolss apak dia x jd blk tuk tgk dia nye tournament esok..hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Puncanya adalah crowdstrike, security software yg install di windows server. Software ni ada push update dalam pukul 2 ptg tadi. Server aku pun terkena hingga reboot. Aku faham sangat kenapa system tu down. IT team kena make sure windows server tu up balik dan application dan data tak corrupt sebelum dpt bring up service |
|
|
|
|
|
|
|
Patut la td aku nak booking firefly tak boleh. Tapi mas boleh pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Pagi sebelum tu, onedrive down. Gelabah juga la sebab ada banyak files dlm tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ngeri nya teknologi.. mau banking jd mcm ni ..pengsan |
|
|
|
|
|
|
|
tukul replied at 19-7-2024 09:16 PM
Ngeri nya teknologi.. mau banking jd mcm ni ..pengsan
Windows je yg terlibat. Banking bnyk guna Unix. Apa brg pki windows. Kalo bill gates ltk backdoor dlm tu abes semua maklumat kena ciben. |
|
|
|
|
|
|
|
bursa malaysia terganggu....stocks tetibe je turun mendadak |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib x effect online banking. Cuak jgk aku membayangkan |
|
|
|
|
|
|
|
Aku menunggu ulasan @penjejakbintang ke sapa eh ahli nujum forum tu.. dia mcm ada sebut pasal cyber system down besar2 an ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
pengecatbintang ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
klia 2 je ke.. klia 1 ok? |
|
|
|
|
|
|
|
insulin replied at 19-7-2024 09:29 PM
pengecatbintang ke?
Aaa betul.. tp mcm x percaya plak eh besar betul footprint crowdstrike ni sampai almost 1 dunia affected..yg pelik kenapa microsoft guna cs instead of defender.. |
|
|
|
|
|
|
|
Radzor replied at 19-7-2024 09:34 PM
klia 2 je ke.. klia 1 ok?
Klia ok.. terminal 2 je affected.. sebab air asia lg updated system nya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak company besar guna ms server, kan? dan cs tu antimalware versi untuk server os kut.
Nasib baiklah ms server je yang terlibat. Kalau ms windows yang terkena, berpeluh juga dibuatnya ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Chatgpt dah mencapai kesedaran lalu menyelinap masuk dalam sistem perkomputeran umum |
|
|
|
|
|
|
|
netto_ replied at 19-7-2024 10:19 PM
Nasib x effect online banking. Cuak jgk aku membayangkan
Ngeri wooooo... possibility tu ada...duit client jota2 jgn ler lesap...mati ler.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|