View: 67935|Reply: 53
|
[Dunia]
“Saya menceraikan anda, saya menceraikan anda, dan saya menceraikan anda,” Puteri Kerajaan Dubai Tenang Umum Ceraikan Suami Melalui Instagram
[Copy link]
|
|
Sheikha Mahra bint Mohammed bin Rashid Al Maktoum, puteri Dubai, baru-baru ini mencetuskan kejutan di media sosial apabila ceraikan suami di laman media sosial, lapor BBC
.
Dalam satu posting di akaun Instagram rasminya (@hhshmahra), beliau mengumumkan menceraikan suaminya, Sheikh Mana bin Mohammed bin Rashid bin Mana Al Maktoum
Posting tersebut, yang dimulakan dengan kata-kata “Dear Husband,” sambil menyambung, “Memandangkan anda sibuk dengan teman-teman lain, saya dengan ini mengisytiharkan perceraian kita.”
Sheikha Mahra juga menulis, “Saya menceraikan anda, saya menceraikan anda, dan saya menceraikan anda,” merujuk kepada amalan Islam yang dikenali sebagai talak tiga, di mana dengan mengucapkan “Saya menceraikan anda” tiga kali.
Post tersebut diakhiri dengan, “Jaga diri. Bekas isteri anda.”
Setakat ini, tiada komen rasmi daripada kerajaan UAE atau Sheikh Mana mengenai perkara ini.
Pengumuman perceraian ini datang lebih setahun selepas perkahwinan mereka pada April 2023, yang diadakan dengan meriah, dan dua bulan selepas kelahiran anak pertama mereka.
Pengguna Instagram dengan pantas berkumpul di ruangan komen dan memberi pelbagai reaksi, dengan beberapa orang menyatakan keraguan mengenai kandungan tersebut dan spekulasi bahawa akaun Sheikha Mahra mungkin telah digodam.
Bagaimanapun semua gambar Sheikh Mana telah dipadam dari akaun Sheikha Mahra, manakala akaun Sheikh Mana juga tidak lagi memaparkan gambar isterinya.
Sebahagian orang pula mendakwa bahawa Sheikha Mahra tidak mengikut hukum agama yang betul sambil menyatakan bahawa kuasa menjatuhkan talak terletak pada suami dan bukan isteri.
Setakat laporan ini ditulis, pihak keluarga pemerintah Dubai mahupun Sheikh Mana bin Mohammed belum mengeluarkan apa-apa kenyataan.
Pasangan ini berkahwin pada satu majlis mewah pada Jun 2023 dan dianugerahkan seorang anak perempuan.
Sheikha Mahra binti Mohammed bin Rashid Al Maktoum, 30, adalah anak Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.
Bapanya juga memegang jawatan naib presiden dan perdana menteri Dubai.
Sheikh Mana bin Mohammed, 26, adalah seorang usahawan.
Seperti yang dilaporkan oleh Harper’s Bazaar Arabia, beliau telah menerajui beberapa syarikat dan usaha niaga komersial termasuk AlBarada Trading, Dubai Tech, GCI Real Estate Development Company dan MM Group of Companies |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mojarean_X at 20-7-2024 06:14 AM
So? Berita shu lg penting |
|
|
|
|
|
|
|
Mampu tulis jela hakikatnya mana bleh ceraikan tok laki mung |
|
|
|
|
|
|
|
Masing² kena letak nama bapak & atok skali baru org kenal gamaknye. Ujian rumahtgga. Komunikasi tu penting |
|
|
|
|
|
|
|
Dia buat announcement je la kot. Sok lusa dia pi lah file tuntut fasakh |
|
|
|
|
|
|
|
Dah dia anak raja.. cer marhaen.. silap2 kena buang dlm guni sepuk tepi jalan je |
|
|
|
|
|
|
|
yereb kebangga ummah melayu pun sakan style matsaleh
harap berjaya la cerai ye |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak salah, dia (mak lain) ni yg bapak dia approved dan tonjolkan kat media. Anak2 pompuan lain bapaknya kurung. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah 3kali isteri dia lafaz.....x leh rujuk dah.....kena cari "cina buta".....hekeeke |
|
|
|
|
|
|
|
Dah macam Hindu la pulak. Bini blh cerai laki. Kat opis aku ada 3-4 India yg dah ceraikan tok laki diorg |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 20-7-2024 10:39 AM
narcist kan?
Lama tak nampak
Dah move on ke hahahahha |
|
|
|
|
|
|
|
Kaka cili lama tak nampak
Isk mak arab pun dah finin leh... Suda terbalik.. Ini punya style oreng futih leh. Oreng yislem itu lelaki kasi cerai baru betulll |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 20-7-2024 04:23 AM
TeropongThaico replied at 20-7-2024 04:09 AM
Kaka cili lama tak nampak
Isk mak arab pun dah finin leh... Suda terbalik.. Ini punya style oreng f ...
Dia memang membesar sebagai Kristian pun. Mak kokesen. Bila dah teenagar, dia pi carik bapak dia. Bapak dia offer jadik puteri raja ngan sejumlah duit berkepuk sampai 7 keturunan tak abis makan kalau dia sanggup abandon agama dia dan identiti asal dia. Dia setuju pehtu barangkali sebab kaki kipas ka sebab mak kokesen ka aku pun tatau, bapak dia terpaling sayang dia banding anak2 pompuan Ereb lain. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 20-7-2024 12:14 PM
Dia memang membesar sebagai Kristian pun. Mak kokesen. Bila dah teenagar, dia pi carik bapak dia. ...
Ooo gitu patut pening sikit. Udah bercelaru mana satu nak ikut. Tp deme ni pun mmg dah kebaratan pun cara hidupnya
Aiol syak ni bukan setakat kipas 20" dah ni rasanya dah pakai ekon 4 hp dah tu yg apoknya iktiraf sheol sorg je. Yg lain2 tak pandai berseloka madah berhelah sgt le kot |
|
|
|
|
|
|
| |
|