View: 72548|Reply: 24
|
[Jenayah]
Memegang Cek Berlogo Beer, Makcik Bertudung Bagi Alasan Tidak Dimaklumkan Oleh Penganjur!
[Copy link]
|
|
Putrajaya: "Sebagai tetamu yang diundang saya tidak dimaklumkan penganjur senarai penyumbang sehinggalah ketika tiba di lokasi program," kata Ahli Parlimen Sepang, Datuk Aiman Athirah Sabu.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kesal usaha membangunkan pendidikan di Parlimen itu 'tenggelam' selepas tular gambar pembabitan sebuah syarikat minuman keras yang hadir sebagai salah satu penyumbang.
Menurutnya, beliau mengambil maklum mengenai gambar tular di media sosial memaparkan dirinya bersama individu lain dengan sebuah replika cek sumbangan syarikat arak berjumlah RM3 juta.
Katanya, Lembaga Pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) itu menjemput semua penyumbang termasuk beliau yang menyumbang sejumlah dana.
"Terdapat juga penyumbang persendirian, penduduk, alumni dan syarikat arak yang hadir pada program itu untuk membeli meja bagi menambah kutipan dana sekolah," katanya melalui kenyataan dikongsi di Facebook (FB).
Pada Ahad lalu, Aiman Athirah memenuhi undangan daripada Lembaga Pengurusan SJKC di Sepang bagi menghadiri Konsert Amal Pendidikan bertujuan membuat kutipan membina dewan sekolah yang didirikan sejak 30 tahun lalu.
Program itu dirasmikan oleh Exco Selangor, Ng Suee Lim dan turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Pelek, Lwi Kian Keong.
Aiman Athirah berkata, beliau hadir ke program itu bagi memberi sokongan kepada pihak sekolah mengumpul dana membina dewan bagi keselesaan murid dan tidak mempunyai niat lain.
Menurutnya, sudah menjadi kebiasaan pihaknya akan berusaha menghadiri mana-mana acara dianjurkan pihak sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebagai tanda komitmen dalam isu pendidikan anak-anak di kawasan itu.
Katanya, setakat 14 Julai lalu, Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Sepang di bawah Peruntukan Khas Perdana Menteri dan Projek Mesra Rakyat membelanjakan sebanyak RM1.2 juta untuk pendidikan anak-anak di kawasan itu yang jumlahnya hampir 50 peratus daripada peruntukan.
"Antara penerima sumbangan pada tahun ini terdiri daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Lang sebanyak RM150,000, sekolah KAFA Desa Pinggiran Putra RM200,000 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Putra Perdana RM130,000," katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tak sensitive langsung.
Makcik boleh je ngelak tapi xmau kannn
|
|
|
|
|
|
|
|
Pegawai khas x jenguk tempat ke?
Mana team YB? |
|
|
|
|
|
|
|
Mkn mengukuhkan persepsi parti Amanah ni adalah ____ pada DAP |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian nya yb kena panggil makcik bertudung labuh
Tapi tgk gmbr tudung kulup tu pun takda gaya yb |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak tahu sekali pun tp bila dah di situ blh je minta tak join bergambar. Org takde nak paksa2 letak pistol kot
Benda blh elak lbh baik elak tak memasal dipandang serong |
|
|
|
|
|
|
|
Btw dia ni adik beradik mat sabu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
aiman ni pibg situ ke cikgu? ada cikgu pompuan nama aiman jugak kat sekolah situ. kan? ada sesiapa tahu ke... ke org yg sama? gelemer masuk porom cari |
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 20-7-2024 11:55 AM
aiman ni pibg situ ke cikgu? ada cikgu pompuan nama aiman jugak kat sekolah situ. kan? ada sesiapa t ...
Acik Aiman tu MP Sepang kak.
Iolss kalau gi area Uniten/Kg. Dato' Abu Bakar Baginda/Gate 1 Putrajaya tu slalu nampak muka acik ni kat banner, board tepi jalan situ |
|
|
|
|
|
|
|
Nanti ada la setaz/setazah madanon tlg bekap dia x pegang botol arak cuma logo kertas jerr tu pun nk kecoh ke? mcm ulasan judi kaki jilat jonggang tuh |
|
|
|
|
|
|
|
anakkerengga replied at 20-7-2024 01:58 PM
Marhaen nya wajah yb
Xde ke netizen yg nk kutuk mcm isteri prnoreh la, isteri driver la |
|
|
|
|
|
|
|
Tudung gak yg di salahkn. Dah mmg wajib pakai. Kalau buka mcm shima teringin tu karang macam2 pulak kecaman. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mizzmimi at 20-7-2024 05:36 PM
That cheque was not an issue for her i think. Backdrop pentas tu pun dah sebesar alam kot takkan buta tak nampak. Sebab kena viral/kecam je dia bersuara. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak salah....kaloo dia belah kerajaan madani..itu kaloo lobai pas baru la benda ni:
-tak elok
-tak betul
-salah bebenor
|
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 20-7-2024 11:24 AM
Mkn mengukuhkan persepsi parti Amanah ni adalah ____ pada DAP
Amanah dan PKR tuuu...DAP pakai songkok!
hindu dlm pkr 55 percent ..sepet dlm pkr around 22 percent
lebih nya melayu kelabu asap .brown butt british!!!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|