CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 84675|Reply: 6

[Tempatan] Polis kesan wanita ganggu pengguna jalan raya

[Copy link]
Post time 20-7-2024 04:42 PM | Show all posts |Read mode
BERITA  > Semasa

Polis kesan wanita ganggu pengguna jalan raya

Oleh
MOHD ISKANDAR OTHMAN

19 Julai 2024 04:45pm



Aksi seorang wanita yang dikesan menggangu pengguna jalan raya di Jalan Penang. Gambar kecil: Razlam
Aksi seorang wanita yang dikesan menggangu pengguna jalan raya di Jalan Penang. Gambar kecil: Razlam


GEORGE TOWN - Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian seorang wanita yang mengganggu pengguna jalan raya seperti video tular di laman sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, semakan mendapati kejadian berkenaan berlaku di Jalan Penang, namun sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian terbabit.

"Kita ingin memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian berkenaan agar menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

"Polis ingin menasihati orang ramai agar berkelakuan sopan di tempat awam serta tidak mengganggu ketenteraman orang ramai," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sebelum ini tular video seorang wanita yang memakai baju belang dan berkaca mata hitam kelihatan mengganggu beberapa pengguna jalan raya di hadapan Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang dekat sini.

Video berdurasi 53 saat itu turut memaparkan aksi wanita berkenaan seolah-olah menari di tengah jalan raya sehingga mengganggu ketenteraman orang ramai.


https://www.sinarharian.com.my/a ... pengguna-jalan-raya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-7-2024 04:43 PM | Show all posts
  

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 04:49 PM | Show all posts
neh dekat penang road depan chowrasta tepi maidin panggung cathay trafik tinggi tp slow pasai ada bus stop

mcm pompuan mereng neh apala masalah dia mujoq tak pi terjun jambatan
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2024 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru nk kesan ke..? Ape slow sgt sedangkan berlaku depan balai IPK kutt...
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2024 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
tengah healing tu..haha
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2024 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Takde sorang pun dalam ipk tu datang jenguk?


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-7-2024 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Oi! Depan ipk kot.
Muhung la tadak sapa hoot pulis kt seberang jln tu.
Dh viral br thegeh2 nk kesan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.046458 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list