View: 84938|Reply: 17
|
[Jenayah]
Kena Scam Dengan Penjual, Bayar RM10 Tapi Dapat Burger Tak Habis Masak!
[Copy link]
|
|
PENAJA kelab bola sepak Kedah Darul Aman (KDA) FC, GTR Burger mengakui bahawa terdapat kekurangan terhadap makanan yang dijual selepas menerima kritikan daripada penonton perlawanan separuh akhir Piala FA 2024 pada Jumaat.
Menerusi hantaran dikongsikan pengguna akaun Facebook Danie Kincaid sebelum ini, kualiti burger yang dijual jenama tersebut tidak berbaloi dengan harganya.
Pemilik GTR Burger, Nordin Mat bagaimanapun tampil menjelaskan dakwaan tersebut dengan lebih terperinci yang mengambil kira jumlah kos keseluruhan termasuk bayaran untuk KDA FC.
Nordin memaklumkan, pihaknya akan berusaha untuk memperbaiki kelemahan pada produknya kelak.
Namun, katanya, disebabkan kekangan harga dan kos yang tinggi, pihaknya hanya mampu menggunakan daging burger biasa sambil menambah separuh hasil jualan tersebut akan disalurkan kepada kelab yang ditajanya.
"Bagi tuan yang rasa harga RM10 untuk set burger dan air tidak berbaloi, walaupun burger yang kami sediakan lengkap dengan sayur, sos dan mayones (tidak sama dengan burger stadium) cuba tuan perhatikan kos kami yang sebenarnya.
"RM5 bayaran burger yang lengkap di bayar kepada usahawan GTR yang sediakannya dengan kos logistik yang sangat tinggi untuk sediakan khemah dan peralatan di stadium, dua hari kerja ni selama lebih 24 jam.
"RM1 untuk sediakan minuman air karbonat berjenama, cawan dan ais batu dan upah pekerja yang perlu lakukan dari pukul 2 petang lagi. RM1 sediakan tenaga pekerja di stadium bagi urusan jual beli sejak pukul 2 sebelum perlawanan.
"RM2 bayaran kepada pihak KDA FC yang akan dibayar selepas setiap perlawanan. RM1 mungkin ada sedikit keuntungan kepada pihak GTR dan harus diingat ia juga bergantung jika ada burger yang tak habis dijual atau basah dan rosak terkena hujan akan ditanggung rugi oleh pihak Head Quarters (HQ)," tulisnya di Facebook pada Sabtu.
Menurutnya lagi, pihaknya juga perlu mengeluarkan kos sebanyak RM50,000 tunai sebagai komitmen rakan startegik GTR untuk dibayar kepada pihak kelab terbabit.
Nordin pada masa sama memohon maaf serta menawarkan peluang kepada individu terbabit menguruskan perniagaan burger di stadium ketika perlawanan kelab itu berlangsung.
"Saya ingin tawarkan tuan harga RM8.00 sebiji burger dan air karbonat, baki RM2.00 lagi bayar kepada kelab KDA juga. Saya tak ambik apa apa untung pun tak apa. Tuan boleh panggil mana-mana pasukan tuan untuk uruskannya dari awal sampai habis," katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
owh..woodfire jual kat stadium? |
|
|
|
|
|
|
|
DidiAndFren replied at 20-7-2024 07:35 PM
Mana yg kena makinya? |
|
|
|
|
|
|
|
Ni bukan setakat kena scam dah tp dah tahap dianwartkan |
|
|
|
|
|
|
|
Xpenah teringin nak beli GTR burger bila tengok nordin mat ni bila bercakap sikit punya berlagak. |
|
|
|
|
|
|
|
Jual burger tu betul2 lah bagi rupa burger. Ni dengan tak masak nya, kang pelanggan sakit perut sampai maut kan ke lagi susah. |
|
|
|
|
|
|
|
Rega burger mmg mahai mcm tu ka now? |
|
|
|
|
|
|
|
alesandra replied at 20-7-2024 07:48 PM
owh..woodfire jual kat stadium?
Iya. Subway kepci pon ada jual kat stadium milik mail. Bangsa j tak mkn burger murahan masa tgk bola. #donemembongkakmcmmail |
|
|
|
|
|
|
|
Gtr burger punya store ni ada kat taman iols..
Masa iols gi speedmart
.tengok ada gtr punya kedai..tp dia tak buka.untuk makan2..cuma untuk peniaga gtr.amek stok burger kot... |
|
|
|
|
|
|
|
Anak iols panggil ni guntur berger
Hahhaa |
|
|
|
|
|
|
|
_blackbird replied at 21-7-2024 12:42 PM
Iya. Subway kepci pon ada jual kat stadium milik mail. Bangsa j tak mkn burger murahan masa tgk bo ...
Owh ye.. tak tahu.tak layan bola local caprut |
|
|
|
|
|
|
|
GTR macam sambil racing memeasak burger |
|
|
|
|
|
|
|
bayar dekat KDA RM2 untuk setiap 1 burger ke? banyaknya. kiranya tak fixed lah amount yang dibayar ke KDA |
|
|
|
|
|
|
|
Actually burger yg dijual kat mana2 event memang hauk |
|
|
|
|
|
|
|
orang tu komplen pasal kualiti burger
yg si nordin membebel pasal kos untung rugi persen bagai buat apa
kalau ko dah setuju nak jadi penaja ke KFA
dengan jaminan burger yang bukan lagi seperti burger stadium terdahulu
makanya, kotakanlah janji tu
ini ada pulak disuruhnya orang tu buat bisnes burger pulak
memang sombong orangnya |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tau kos paras2, kau masih janji bulan bintang dkt KDA semata nak gebang dkt fb konon dpt supply burger ke stadium. Lps tu jual beger sampah. Sekarang penonton ke yg kena cover komisen kau ke KDA?
Nourdin ni ok la sikit, sorang lg yg gemuk tu amboi kemain berlagak tutuh org komplen kiosk mahal, tong gas caj melampau.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|