CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25080|Reply: 7

[Tempatan] ‘Cikgu Rosli’ dipenjara 10 tahun sentuh punggung pelajar sekolah memandu

[Copy link]
Post time 22-7-2024 03:49 PM | Show all posts |Read mode
‘Cikgu Rosli’ dipenjara 10 tahun sentuh punggung pelajar sekolah memandu

https://www.kosmo.com.my/2024/07 ... ar-sekolah-memandu/

Oleh NORLIZAH ABAS
22 Julai 2024, 3:33 pm



SEPANG – Seorang bekas guru sekolah memandu diperintah menjalani hukuman penjara 10 tahun dan dikenakan dua sebatan kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap pelajar wanita berusia 17 tahun ketika sesi pembelajaran, lima tahun lalu.

Mahkamah Sesyen Sepang dekat ini menjatuhkan hukuman itu terhadap Rosli Saidon, 42, selepas mendapatinya bersalah melakukan perbuatan tersebut ketika mengendalikan kelas memandu yang dihadiri oleh mangsa.

Sebagai tambahan kepada hukuman hukuman yang dikenakan terhadapnya, Hakim Noorhisham Mohd. Jaafar ketika itu memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling pemulihan dalam tempoh penahanan serta tiga tahun pengawasan polis sebaik selesai menjalani hukuman.

Bapa dua anak itu didapati bersalah melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa dengan cara menyentuh punggung, tangan dan paha kira-kira pukul 3 petang, 25 Februari 2019 di sebuah sekolah memandu di Banting, dekat sini.

Pemandu lori itu didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792).

Naratif pendakwaan menyatakan, Rosli dengan sengaja menyentuh punggung, tangan dan paha pelajarnya ketika mengendalikan kelas memandu di sekolah itu serta berlarutan hingga sesi ujian di jalan raya.

Dalam keterangannya, mangsa memberitahu, Rosli memegang tangan dengan alasan untuk membetulkan stereng serta meraba punggung kanannya dari arah belakang ketika mangsa dalam posisi menunduk untuk membuka bonet kereta.

Gadis itu turut menyatakan, guru sekolah memandu itu malah memegang pahanya sambil berkata paha mangsa sama saiz dengan pahanya selain mengugut untuk mengigit leher mangsa ketika dalam kereta dengan mendakwa gadis itu memandu bengkang bengkok seperti ular.

Mahkamah berpendapat, perlakuan tertuduh tidak berpaksikan kepada sebarang justifikasi atau asas yang munasabah selain hanya untuk tujuan seksual kerana ia dilakukan tanpa kehadiran orang lain. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2024 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by edayildiz at 22-7-2024 04:17 PM

oh kalau raba raba gitu amang seksual..
mcm abg opis i ni lps sbb bini dia tarik balik kot kes tu..rilek je dia skrg
dia tipu i ckp kena jaga ayah dua mgu
pdhl kena reman ngn polis

wpn raba je ttp la kita sbg perempuan trauma..
i ni kena raba je i trauma..
yg raba i tu bdk laki umo 12 thn..x mslhnya laki umo 12 thn dh bernafsu ke.
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
terpjg pulak
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 22-7-2024 04:16 PM
oh kalau raba raba gitu amang seksual..
mcm abg opis i ni lps sbb bini dia tarik balik kot kes tu..r ...

Boleh sis, sebab murid form 1 pun ada y dah bersikap lucah melalui perkataan n perbuatan. Mereka dah terdedah awal melalui hp
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 05:08 PM | Show all posts
banyak sangat tengok blue cikgu rosili ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
AJENALI replied at 22-7-2024 05:01 PM
Boleh sis, sebab murid form 1 pun ada y dah bersikap lucah melalui perkataan n perbuatan. Mereka d ...

ohhhh ptt la...
msa kejadian tu kanak kanak ribena lg..xsangka pulak dh pandai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2024 05:49 PM | Show all posts
Rosli dengan sengaja menyentuh punggung, tangan dan paha pelajarnya ketika mengendalikan kelas memandu di sekolah itu serta berlarutan hingga sesi ujian di jalan raya.


Mula2 baca nak try backup ni kot2 dia "tersengaja" sentuh. Lepas baca ayat tu, terus aku rasain kan ko aje Seli oiii....
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 10:37 AM | Show all posts
keji nye.. ni mesti salah liberal

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.043300 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list