CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 33987|Reply: 29

[Tempatan] Peguam tegur Alif Teega, Aisyah Hijanah ‘bergembira’ kongsi pengalaman ditahan SPRM

[Copy link]
Post time 22-7-2024 03:55 PM | Show all posts |Read mode
Peguam tegur Alif Teega, Aisyah Hijanah ‘bergembira’ kongsi pengalaman ditahan SPRM

https://www.kosmo.com.my/2024/07 ... laman-ditahan-sprm/

Oleh KOSMO!
22 Julai 2024, 3:44 pm


Peguam Kak Ratu (gambar kecil) menegur tindakan Alif Teega dan Aisyah Hijanah berkongsi pengalaman sewaktu di bawah tahanan SPRM baru-baru ini.

PETALING JAYA – Seorang peguam tampil memberikan pandangannya serta teguran kepada pasangan pempengaruh Alif Teega dan isteri, Aisyah Hijanah selepas mereka dengan wajah gembira berkongsikan pengalaman sepanjang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

Peguam yang lebih dikenali sebagai Kak Ratu berpendapat Alif Teega atau nama sebenarnya Mohd. Hazalif Mohd. Hazani, 30 dan Aisyah Hijanah Azhari, 26, tidak sepatutnya membuat siaran langsung serta berdiskusi tentang perkara tersebut.

“Ini pandangan peribadi saya sebagai seorang peguam. Alif dan Aisyah sepatutnya ‘zip’ mulut mereka berkenaan layanan SPRM semasa direman. Tak perlu buat ‘live’ dan berdiskusi tentangnya.

“Mungkin niat mereka berdua adalah cuba untuk menunjukkan bahawa layanan SPRM adalah professional tetapi tidak ya,” tegurnya menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok semalam.

Dalam masa sama, peguam itu menambah, tindakan pasangan suami isteri terbabit boleh menimbulkan salah faham dalam kalangan orang ramai selain menganggap status Orang Yang Disyaki (OYDS) adalah suatu yang tidak membebankan.

“Tanpa disedari kenyataan itu akan membuatkan orang lain berprasangka bahawa SPRM melayan OYDS terlalu baik dan tidak tegas dalam membuat siasatan terutamanya kepada orang yang disyaki melakukan jenayah.

“Kalau dah dilayan seperti sahabat baik siap bahagia di dalam bilik berhawa dingin, makan makanan yang pegawai SPRM makan, adakah bermaksud mereka dilayan seperti VVIP? Apa gunanya reman?,” soal peguam tersebut.

Terdahulu, Alif Tega dan Aisyah Hijanah mendedahkan telah menerima layanan dengan begitu baik oleh pihak SPRM selain menyifatkan organisasi itu sangat profesional sepanjang mengendalikan kes mereka.

Tambah pasangan itu, mereka juga ditempatkan dalam tempat berhawa dingin dan diberikan makanan yang sedap oleh pegawai SPRM yang bertugas.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan SPRM menahan empat suspek termasuk pasangan berkenaan kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dana derma awam.

Bagaimanapun, kesemua suspek yang ditahan reman dibebaskan 16 Julali lalu selepas tempoh tahanan reman berakhir.

Menurut sumber, empat suspek itu diperintahkan untuk membayar wang jaminan RM100,000 setiap seorang yang mana RM20,000 perlu dibayar secara tunai manakala bakinya tanpa cagaran, masing-masing dengan seorang penjamin. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2024 04:05 PM | Show all posts
kohkohkoh diorang buat statement live ig tuh sebab ala2 nak justify la yang diorang tu tak bersalah dan hanya ikut prosedur, gitu. Orang pun tahulah hal sebenarnya
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
nth pape dua ekor ni..
ada aircond..dilyn baik..mkn ns ayam la..euwww
nk cover malu punya psl..
i bnci kt laki dia..i double benci kt ecah
hitam betul hati i
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 04:10 PM | Show all posts
patut babi kandang dua ekor ni xyah dijamin
sumbat je lokap berbulan2
sial betul
da keluar kemain kerek babi dua ekor ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
renko replied at 22-7-2024 04:10 PM
patut babi kandang dua ekor ni xyah dijamin
sumbat je lokap berbulan2
sial betul

Tak payah zalim nah...kak mah dah terima hukuman atas kesalahan berjuta juta lemon...masih ilek ilek kt umah menanti rayuan.ko ghaser?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh muda lagi rupanya. Muka tua persis pre-postmortem je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-7-2024 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Lenkali laki bini bawak hp buat live tiktok masa kena soal siasat spermmm, tunjuk time mkn bersama2 pegawai, masa tidur dlm lokap bla bla.....baru la acikk2 porum percaya ko kena layan baekkk punya
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Actually dia dah kantoiiikannnn sprm
Korang igt kes ady kanaa???
Kemain tangkaapp baaaggaaiiiiii
Skali lepas sudaaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2024 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
anggeriklatifah replied at 22-7-2024 04:40 PM
Actually dia dah kantoiiikannnn sprm
Korang igt kes ady kanaa???
Kemain tangkaapp baaaggaaiiiiii

Kan. Macam takde apa² pun pasal scammer ady kanaa, shuib pun elok dah tak menayang sangat macam dulu².
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Ecah ni kusam betul skin dia dlm video tu. Bahaya yek org soft spoken tapi blkg tabir jerit² dekat stafff
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
anggeriklatifah replied at 22-7-2024 04:40 PM
Actually dia dah kantoiiikannnn sprm
Korang igt kes ady kanaa???
Kemain tangkaapp baaaggaaiiiiii

mmg lps tp kitandh tahu dan xcaya serta xheran pun dorg tunjk hidup senang kenang..
kita xkaya mcm dorg tp alhamdulilah berkat hidup
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
elok la sekufu dua org ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 22-7-2024 04:06 PM
nth pape dua ekor ni..
ada aircond..dilyn baik..mkn ns ayam la..euwww
nk cover malu punya psl..

Nampak tak de rasa malu dah sbb dah byk mkn duit haram kot
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 09:30 PM | Show all posts
dua orang ni nak maintain bisnes imej baik selama ini supaya tak hancur.  jadi mereka ni nak orang ramai percaya mereka tak bersalah, maka dua orang ni kena maintain tak emosi, cool, keadaan mereka masih tenang spt biasa ....

sebab biasanya bila kena tangkap masyarakat akan pandang serong, kutuk dan hina, tetapi dua orang ni nak usaha halang supaya tak jadi mcm tu ... sebab itu sambil2 bercerita kisah kena tangkap itu, mereka kena kata sprm baik, tetapi mereka pun orng baik juga... kikiki

siapa mau bisnes tolong kumpul duit 30 60 percent dia makan atas angin hancur... klu berjaya tak sia-sia berlakon tahap pelakon oscar

Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
camni punya org pun ada, lakibini plak tu.
depa ni confirm clean ke yg beria sgt buat live pelbagai?
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2024 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini adalah contoh pasangan yg sekufu dari semua segi yaaa! First time la org cakap best pengalaman kene tahan dengan sprm perghhh agak2 la kalau nak psiko org pun. Nampak benar dua2 mental
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2024 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
monsterwife replied at 22-7-2024 07:21 PM
Nampak tak de rasa malu dah sbb dah byk mkn duit haram kot

betul..i benci org jht yg menunggang agama..baikk dia tnjk terus jahat
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 01:01 AM | Show all posts
Jadi bahan gelak org je mangkuk 2 org ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 02:29 AM | Show all posts
benci dgn 2 ekor ni x tau nape...bukan depa ada salah kt meols pun..tp benci tgk muka dorang seiring perangai
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Padehal sebab nak cover malu...mreka ingat org malaysia ni bodoh² ke. Buat mcm tu lagi memalukan diri sendiri sbb semua org blh nampak ckp mcm tu sbb nak cover malu. Tebal sungguh muka.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.057778 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list