CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 15886|Reply: 39

[Tempatan] 'Mereka ada kad UNHCR'

[Copy link]
Post time 23-7-2024 09:27 AM | Show all posts |Read mode
'Mereka ada kad UNHCR'
Zuhainy Zulkiffli
[email protected]



KUDA yang diselamatkan ketika serbuan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) disyaki dibawa daripada Pusat Lumba Kuda berhampiran kerana kebanyakannya mempunyai cap nombor di bahagian badan haiwan terbabit. FOTO Ihsan MBPP


Georgetown: Jabatan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) sudah mengambil lebih 50 tindakan penguatkuasaan sepanjang Januari hingga Mei lalu terhadap warga asing yang menjalankan perkhidmatan aktiviti berkuda kepada pengunjung di pesisir pantai sekitar Batu Feringghi di sini.

Pengarah Penguatkuasaan MBPP, Noorazrein Noorazlan Ong berkata, pihaknya menerima aduan berkaitan aktiviti berkenaan sejak Januari lalu.

Katanya, risikan dan aduan juga mendapati banyak semi treler kandang atau float kuda membawa masuk haiwan berkenaan di kawasan itu dan bilangannya juga bertambah daripada lima kepada 20 ekor.

"Bagaimanapun, tindakan yang dapat diambil hanya merampas pelana atau pelapik duduk kuda pada ketika itu kerana tidak mempunyai kenderaan khas mengangkut kuda.


"Tangkapan juga tidak dapat dibuat terhadap warga asing itu walaupun tindakan dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) kerana status mereka sebagai pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR)," katanya dihubungi di sini.

Semalam, Harian Metro melaporkan tindakan sekumpulan warga asing yang seolah-olah tidak serik dan terus menawarkan perkhidmatan aktiviti berkuda kepada pengunjung di pesisir pantai sekitar Batu Feringghi di sini, walaupun kerap diserbu.

Difahamkan, mereka mengambil upah menawarkan perkhidmatan itu menggunakan kuda milik majikan warga tempatan.

Mengulas lanjut Noorazrein berkata, aktiviti kuda dan warga asing didapati semakin bertambah di kawasan itu selain turut mengubah modus operandi perniagaan.

Katanya, jika belum ini mereka akan memimpin tali kuda secara beriringan, kini warga asing berkenaan akan duduk di atas kuda bagi mendapatkan pelanggan kerana lebih mudah bagi melarikan diri sekiranya terdapat anggota penguat kuasa di lapangan.

"Ini antara cabaran penguat kuasa bagi menangkap kuda berkenaan selain memastikan keselamatan orang awam terpelihara kerana khuatir haiwan itu akan bertindak agresif.

"Sebelum ini ketika kuda itu dirampas, ia tidak boleh menaiki lori jabatan, sebaliknya perlu menaiki kenderaan khas iaitu float kuda.

"Kita cuba menyewa daripada pemilik float di sekitar utara namun semuanya enggan kerana mereka juga turut terbabit dengan proses pemindahan kuda itu ke Batu Feringghi.

"Kami kemudian menempah khas float kuda khas dari Kelantan bagi pelaksanaan operasi tangkapan kuda dan ia diterima pada April lalu," katanya.


KANDANG kuda haram diserbu MBPP yang tidak bersesuaian selain pengaliran kumbahan tidak lancar. FOTO Ihsan MBPP


Noorazrein berkata, pihaknya sudah mengubah strategi tindakan dengan menjalankan penyamaran dan serbuan menerusi Op Trojan yang mana lima kuda berjaya ditangkap namun hanya dua berjaya dibawa pulang, manakala tiga lagi kuda terlepas kerana bertindak agresif.

"Operasi yang dijalankan sebanyak tiga kali pada Mei lalu itu menempatkan dua kuda terbabit di paun Unit Veterinar MBPP di Jalan Sungai.

"Kebanyakan warga asing ditahan berusia 18 hingga 40 tahun dan semuanya memiliki kad UNHCR atau hanya mempunyai surat daripada UNHCR yang tidak dapat dibuktikan kesahihannya," katanya.

Noorazrein berkata, tiada tangkapan dibuat kerana MBPP tidak boleh membuat tangkapan tetapi hanya menahan, namun dilepaskan berikutan status sebagai pemegang kad warga UNHCR.

Katanya, semua warga asing itu bekerja dengan dua atau tiga rakyat tempatan dan memberi nama samaran ketika disoal anggota penguat kuasa malah ada antaranya yang tidak boleh berbahasa Melayu.

MBPP juga sudah kenal pasti beberapa lokasi kandang haram bagi menyimpan kuda dan menerusi siasatan, didapati kandang itu tidak sesuai dan ada haiwan yang cedera.

"Kuda ini bukan sahaja dari dalam Pulau Pinang tetapi ada juga dari Ipoh, Perak yang mana pemilik sudah tidak mahu menjaganya.

"Ada Pusat Lumba Kuda sudah ditutup, mereka tidak mahu menanggung kerugian lalu menjadikan kuda sebagai tunggangan kepada pengunjung.

"Pada masa ini, kami masih lakukan semakan status tanah kandang terbabit bagi langkah seterusnya," katanya.



ANTARA kuda ditempatkan di kandang haram yang mengalami luka. FOTO Ihsan MBPP


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2024 10:11 AM | Show all posts
Powerr sgt ke kad UNHCR tu smpi tak boleh nak sentuh...?? More powerful than our legal system?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 10:15 AM | Show all posts
stupid govt. pergi tutup pejabat UNHCR tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
At one point Aku paham jugakla kenapa polis "tak kuasa" nak tangkap diaorg ni...dah tangkap tapi tak boleh amik apa2 tindakan
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Hada kad UNHCR bukan maksud kalis undang² yachhhh..
Jadik org enforcement tapi bodo undang² baik benti terus.
Tu pasey pelarian cm kaduk naik junjung.
Enforcers yg lembu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau DIPERBODOHKAN warga asing itu membawa kebahagiaan kpd pemerintah...teruskanla.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2024 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Sbnrnya udang2 Malaysia terlalu lemah
Sebab dorang gelakkan je guna kad UNHCR dh boleh tindas undang2 kita
Sebab Dorang tau polis memang tak leh buat apa2. Camtu lupus jelah bukan orang peduli pun. Takda ic takda kewarganegaraan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 23-7-2024 12:11 PM
Sbnrnya udang2 Malaysia terlalu lemah
Sebab dorang gelakkan je guna kad UNHCR dh boleh tindas undang ...

Takpa nak..prinsip KEDAULATAN UNDANG UNDANG  tu tuk ajar kt budak sekolah jer.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2024 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya kuda tu. Luka2 kaki dan kurus kering.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Hujung2 Penang minta tolong Kelantan.

Sebab Kelantan ada float kuda.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 12:18 PM | Show all posts
masa tahan, ambil kad UNCHR dan bakar la.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 12:21 PM | Show all posts
stop la unhcr..perbdohkan kerajaan kita je
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
tungkai replied at 23-7-2024 10:11 AM
Powerr sgt ke kad UNHCR tu smpi tak boleh nak sentuh...?? More powerful than our legal system? :huff ...

Mmg power kot. Aku pernah tanya Rohingya niaga roti canai, tak takut ke kena tangkap. Dia cakap imigresen tak boleh buat apa sebab dia ada kad UNHCR. Polis pun tak boleh kacau dia. Jawab dgn muka berlagak sambil kunyah sireh.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Pemegang kad unchr sama level dgn raja ke. Istimewa sungguh sampai takleh wat pape
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 01:11 PM | Show all posts
Acik2 ada masalah kefahaman atau wartawan yang sengaja nak bagi sensasi?

Tak boleh tangkap sebagai PATI sebab mereka ada kad UNHCR. Bukan makna mereka boleh langgar undang2. Kan dah kata kuda2 dan peralatan tu kena angkut.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 02:22 PM | Show all posts
"Semalam, Harian Metro melaporkan tindakan sekumpulan warga asing yang seolah-olah tidak serik dan terus menawarkan perkhidmatan aktiviti berkuda kepada pengunjung di pesisir pantai sekitar Batu Feringghi di sini, walaupun kerap diserbu.

Difahamkan, mereka mengambil upah menawarkan perkhidmatan itu menggunakan kuda milik majikan warga tempatan."

Sudah bertahun-tahun, setiap kali ada problem yang dibuat geng ni, jumlah pun tak kurang, mesti ada connection dengan local people/majikan.
Menyusahkan PBT cari kenderaan sesuai untuk kuda, tempat simpan, etc..... Kena serbu, kena kejar mereka akhirnya tak boleh  buat apa sebab ada kad unhcr. These local (sesiapa yang bagi muka pada geng ini) tak ada rasa patriotik kah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2024 02:49 PM | Show all posts
bukan dbkl/polis kl ada kuda ke?
sure dorang ada kenderaan khas untuk kuda..
kalau tak ada, kejadah tiap kali merdeka ada pasukan berkuda..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 02:54 PM | Show all posts
Kad unhcr tu legit ke? hahaha
Tak boleh tahan ke dorg atas kesalahan jenayah?
Habis tu tak boleh siasat sapa tokey dan tahan?
LEMAH!
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana pegi 3 line gangster ahlong sewaktu diperlukan begini?? polis hat bunuh farah kartini tu baik la ko bunuh puak2 ni. Berbaloi jgk,
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman najib dulu sape suruh buat himpunan selamatkan rohingya..siap cipta lagu selamat malam roningyaa bawak masuk ramai2 rohingyaa..kan sekarangg dah mendapattt.Hadap je lahhh
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:36 AM GMT+8 , Processed in 0.055797 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list