View: 14439|Reply: 0
|
[Tempatan]
Garis panduan kemasukan guru bahasa Inggeris dari Singapura dikemas kini, kata Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek
[Copy link]
|
|
Garis panduan kemasukan guru bahasa Inggeris dari Singapura dikemas kini
https://www.freemalaysiatoday.co ... apura-dikemas-kini/
Bernama
22 Jul 2024, 07:08 PM
Selebriti Nur Fazura Sharifuddin memperkenalkan koleksi tudung kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (kanan) pada Majlis Pelancaran Koleksi Merdeka 2024 Prospec KPM X Fazura di Kuala Lumpur. (Gambar Bernama)
Menteri pendidikan berkata, cadangan itu dapat membantu tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar dan mengukuhkan hubungan diplomatik dua negara.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan sedang mengemas kini garis panduan dan mekanisme kemasukan tenaga pengajar bahasa Inggeris dari Singapura, kata menterinya Fadhlina Sidek.
Beliau berkata, cadangan mewujudkan skim bantuan atau melantik sukarelawan dibiayai republik itu ke kawasan tertentu di Malaysia dapat membantu tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar dan mengukuhkan hubungan diplomatik dua negara.
Ia bukan perkara yang asing dan pernah dilaksanakan sebelum ini (melibatkan tenaga pengajar) Amerika Syarikat dan Korea Selatan untuk bahasa Korea, jadi saya tidak fikir ia perkara yang sukar (dilaksanakan), katanya pada Majlis Pelancaran Koleksi Merdeka 2024 Prospec KPM X Fazura di sini.
Beliau berkata, cadangan mewujudkan skim bantuan atau melantik sukarelawan dibiayai republik itu bagi mengajar bahasa Inggeris ialah hasil perbincangan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong sebelum ini.
Mengenai persediaan menghadapi PRK Nenggiri pada 17 Ogos ini, Fadhlina yang juga ketua Wanita PKR berkata, beliau akan memastikan jentera parti itu memberi komitmen penuh bagi memastikan kemenangan gabungan Pakatan Harapan-Barisan Nasional.
Calon sudah pun kita ketahui, Wanita PKR akan memberikan komitmen penuh kepada kempen dan mengatur semua strategi yang saya fikir penting untuk menawan Nenggiri.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|