View: 14568|Reply: 21
|
[Tempatan]
Tukar nama Georgetown, seakan memadam sejarah - NUSA
[Copy link]
|
|
Tukar nama Georgetown, seakan memadam sejarah - NUSA
Oleh Zuhainy Zulkiffli - Julai 23, 2024 @ 11:39am
[email protected]
Dewan Bandaraya adalah ibu pejabat kerajaan tempatan di bandar Georgetown di Pulau Pinang, Malaysia.
GEORGETOWN: Tiada keperluan bagi menukar nama bandar Georgetown yang sudah digunakan lebih 200 tahun lalu, kata Persatuan Kemajuan Nusa Pulau Pinang (NUSA).
Setiausahanya, Nurhafiza Huda Idris, berkata dalam tempoh itu ia dikenali sebagai ibu negeri Pulau Pinang oleh rakyat negara ini dan juga masyarakat dunia.
Katanya, isu remeh seperti tukar nama yang sudah terkenal tidak perlu dibangkitkan lagi.
"Malah pemimpin perlu tampil dengan idea yang lebih bernas bagi bawa Pulau Pinang terus maju ke hadapan.
"Penukaran nama yang dicadang seakan memadamkan sejarah, seni bina dan warisan yang unik di negeri Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang Muhammad Fawwaz Mohamad Jan yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh sekali lagi menggesa nama bandaraya Georgetown ditukar kepada Tanjung Penaga.
Nurhafiza berkata, pihak berkenaan perlu beri fokus kepada isu yang lebih kritikal di negeri ini. Malah bandaraya itu juga sudah mendapat banyak pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
"Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) juga mengiktiraf Georgetown sebagai Bandaraya Warisan Dunia pada 7 Julai 2008.
"Kita harus berbangga bahawa nama warisan Georgetown ini dikenali pelancong dari serata dunia.
"Keunikan bandar Georgetown juga selari dengan tinggalan bangunan warisan yang dikekalkan identiti seni bina kacukan timur dan barat sehingga ke hari ini," katanya lagi.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
penukaran nama itu sendiri akan menjadi sejarah |
|
|
|
|
|
|
|
Kena tukar la sbb skrg Dap yg perintah penang..
Dulu masa Gerakan yg jadi gomen negeri berpuluh tahun, tak jadi isu pun melalak nk tukar nama bagai.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 23-7-2024 10:43 PM
tripleid replied at 23-7-2024 05:00 PM
Kena tukar la sbb skrg Dap yg perintah penang..
bkn tukar nama la..MEGEMBALIKAN NAMA ASAL....Lu tau ke tak tau.... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by arnauld at 24-7-2024 08:34 AM
Betul tu masa tukar dari tanjung penaga ke georgetown pun dah padam sejarah. Tgkla georgetown festival kan dah terpadam sejarah org melayu di tanjung penaga. Sedar2 tinggal type c dgn type i jer yg tinggal kat penang. So sebenarnya sejarah siapa yg dah terpadam??? hahaha mmg bebal |
|
|
|
|
|
|
|
Sedangkan Burma jadi Myanmar. Itu padam sejarah ke? Belum lagi kampuchea cambodia kemboja.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah kenapa nak letak nama King George tu.
Letaklah nama Abdul Halim Town ke? AzlanTown ke? |
|
|
|
|
|
|
|
S/u pun Cr mkn. Kena la ikut ckp bos pulau pinang. Kalo x kena buang keje nanti. Kita paham. Najib is real. Melayu akan jd bangsat kalo x memerintah.. ha ini la contohnya |
|
|
|
|
|
|
|
Menukar nama Batang Berjuntai kepada Bestari Jaya juga seakan menukar sejarah.. |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 23-7-2024 11:18 PM
Menukar nama Batang Berjuntai kepada Bestari Jaya juga seakan menukar sejarah..
sepatutnya nama batang berjuntai tu dikekalkan..ada sejarahnya tempat tu dpt nma camtu. |
|
|
|
|
|
|
|
Satu soalan adakah Tanjung Penaga dan Georgetown itu merujuk pada lokasi yang sama?
Anyway nama Georgetown tu actually tak famous pun the whole world lebih tau Penang ja the same way orang Malaysia tak ramai tau Muar tu Bandar Maharani, Kemaman itu Chukai. |
|
|
|
|
|
|
|
melayu ni suka sangat isap kote british, udah2 ler tu |
|
|
|
|
|
|
|
Menjenamakan semula tanjung penaga ke G.Town mungkin memberi impak kepada pelancungan dan nilai ekonomi. mungkin itu difikiran mereka. dulu alor setar jadi alor star, lepas tu kembali balik ke alor setar...ada impak tak? |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 23-7-2024 10:32 PM
Dah kenapa nak letak nama King George tu.
Letaklah nama Abdul Halim Town ke? AzlanTown ke?
Putrajaya
Bandar Tun Razak
Iskandar Puteri
Najib Ville ja belum
|
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 23-7-2024 11:18 PM
Menukar nama Batang Berjuntai kepada Bestari Jaya juga seakan menukar sejarah..
Bila rambut pun dah jadi objek seks batang berjuntai lagi lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan nak kata apa. Tengok aje nama projek condo dan taman perumahan skrg. 16 Sierra di puchong, The Ridge @ KL East. Dan banyak lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
ntah...name nk omputeh je...ape x bes ke nama melayu |
|
|
|
|
|
|
|
Pantai cinta berahi jgn dilupa
|
|
|
|
|
|
|
|
Org Port Dickson tersenyum sinis |
|
|
|
|
|
|
| |
|