View: 16208|Reply: 31
|
[Tempatan]
AirAsia mula penerbangan domestik dari Lapangan Terbang Subang
[Copy link]
|
|
Oleh Alzahrin Alias
[email protected]
Julai 23, 2024 @ 12:05pm
Gambar fail. Pesawat dan kakitangan AirAsia. - Reuters
KUALA LUMPUR: AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah utama ASEAN, melebarkan lagi sayapnya di Malaysia dengan memulakan penerbangan terus dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang.
Pengembangan operasi itu akan memperkukuh kedudukannya sebagai syarikat penerbangan terbesar negara berdasarkan rangkaian dan kapasiti.
Pengarah Urusan AirAsia Malaysia, Datuk Kapten Fareh Mazputra, berkata keputusan untuk kembali beroperasi di LTSAAS sebagai lapangan terbang kedua kumpulan di Kuala Lumpur selepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) didorong oleh beberapa faktor dan peluang yang ditawarkan.
Beliau berkata, lokasi lapangan terbang itu yang berdekatan dengan pusat bandar menawarkan pengalaman perjalanan lebih mudah untuk penumpang di kawasan setempat.
Selain itu katanya, saiznya yang lebih kecil dan jumlah penumpang yang lebih rendah memastikan perjalanan lebih lancar untuk penumpang, sejajar dengan komitmen kumpulan meningkatkan pengalaman secara keseluruhan dengan menawarkan lebih fleksibiliti dan pilihan, serta menggalakkan persaingan sihat dalam industri penerbangan negara.
Operasi di LTSAAS juga katanya akan meningkatkan rangkaian domestik AirAsia Malaysia daripada 920 penerbangan mingguan kepada 948 penerbangan mingguan dengan sejumlah 40 laluan.
"Operasi tambahan itu dijangka mendorong fasa pertumbuhan kami seterusnya, bukan sahaja di Malaysia tetapi di seluruh rantau ini.
"Kami berharap untuk menambah lebih banyak laluan dari Subang, terutamanya laluan antarabangsa yang kini dalam perancangan dan tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa.
"Ini akan merealisasikan visi kami untuk menjadikan Malaysia sebagai hab penerbangan utama di rantau ini. Kami optimis untuk menjadikan Subang sebagai hab keenam kami di Malaysia pada masa hadapan bagi memperkukuh rangkaian, memperluas kapasiti dan menawarkan lebih banyak destinasi kepada penumpang," katanya ketika majlis perasmiaan operasi AirAsia di LTSAAS di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd, Tan Sri Tony Fernandes pula berkata, permulaan penerbangan di LTSAAS itu juga melengkapkan operasi di hab utamanya di KLIA2.
Beliau yang juga penasihat AirAsia Aviation Group berkata, ketersediaan AirAsia di Subang bukan sahaja menawarkan kesalinghubungan tambahan malah pilihan perjalanan lebih mudah berikutan lokasinya yang berdekatan dengan pusat bandar.
Operasi AirAsia di LTSAAS katanya akan bermula dengan dua destinasi domestik iaitu Kuching dan Kota Kinabalu sebanyak 14 penerbangan mingguan dengan penerbangan pertama dijadualkan bermula pada 30 Ogos ini.
"Ia akan menjadi pencapaian penting dalam sejarah syarikat penerbangan tersebut dan inisiatif pemulihan semula LTSAAS. Keputusan kerajaan untuk memulihkan lapangan terbang ini sebagai hab penerbangan serantau adalah sejajar dengan misi kami untuk terus merevolusikan industri penerbangan.
"Peningkatan trafik udara dan aliran penumpang yang dijana oleh operasi kumpulan akan memberi kesan terhadap industri berkaitan, seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi dan pembangunan di rantau ini.
"Ia juga strategik kerana cabang kejuruteraan Capital A, Asia Digital Engineering (ADE) juga beroperasi di kawasan itu dan dapat meningkatkan kecekapan aktiviti penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pesawat," katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bertambah jem la jalan depan subang airport dengan roundabout tu, adoyaiiiiiii, redho jelahh |
|
|
|
|
|
|
|
wah lg senang nk balik kg..
weols suka naik kt subang..tp i xsuka firefly..mcm xslmt je..
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus la.klia tu jauh sgt... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah boleh start tinjau² ticket lepas ni |
|
|
|
|
|
|
|
Subang dekat Tapi jem. Public transport pun mcm sendu je situ. |
|
|
|
|
|
|
|
Baguss tak pyh jauh2 berpagian ke klia nun
Kt subang skrg dh ada komuter. Mrt kwasa dmansara pon tak jauh mana. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah start ke? Gilos subang pergi klia sampai 80 inggit naik grab. |
|
|
|
|
|
|
|
Semua orang akan pilih Subang termasuk Najib tapi atuk yang paksa guna KLIA sebab dah berbelanja besar. Air Asia lagi lah dari dulu nak airport simple ja tapi tak dapat. Yang ini nampak macam ada perubahan arah angin ja. |
|
|
|
|
|
|
|
Missfadh replied at 23-7-2024 09:02 PM
Subang dekat Tapi jem. Public transport pun mcm sendu je situ.
Dh ok skrg
Ada ktm,mrt pon tak jauh mna pon berbanding dgn dulu mmg sendu
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak sbr nk naik dash saing dgn kapal air asia hihi |
|
|
|
|
|
|
|
Cekgushilla replied at 23-7-2024 09:02 PM
Baguss tak pyh jauh2 berpagian ke klia nun
Kt subang skrg dh ada komuter. Mrt kwasa dmansara pon tak ...
You mean KTM Skypark Link? Bukan suspended ka selepas tiada sambutan? |
|
|
|
|
|
|
|
lupa pulok rupa airport subang tu acaner |
|
|
|
|
|
|
|
Yess..tp..tak sesak ke nanti airport yituhh .kecik jah |
|
|
|
|
|
|
|
hey ada lagi lah...tapi iols tengok kat utube la ada orang tu buat video tahun ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Esok traveloka ada epic sale.
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. Dekat dengan rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
Dua² pun jauh daripada rumah. Cuma KLIA jauh berganda je. Tapi nak ke KLIA lagi rasa senang dan cepat, naik ERL kalau tak nak naik grab. |
|
|
|
|
|
|
|
pocongkiutss replied at 23-7-2024 11:03 PM
Yess..tp..tak sesak ke nanti airport yituhh .kecik jah
kembali ke era 'LCCT'....itu kalooo. |
|
|
|
|
|
|
| |
|