View: 36611|Reply: 14
|
Akibat Tertekan, Pemuda Gantung Diri Selepas Dua Tahun Menganggur
[Copy link]
|
|
Gara-gara kemurungan selepas dua tahun tidak mendapat sebarang pekerjaan, seorang lelaki di Indonesia bertindak menggantung dirinya sehingga mati.
Menerusi laporan Detik, mayat lelaki yang dikenali sebagai HD itu ditemui oleh ibunya sendiri di rumah mereka yang terletak di Kecamatan Candi, Sidoarjo pada Isnin lalu.
"Menurut Ketua Polis Candi Pesuruhjaya Eka Aggriana, ibu mangsa berasa pelik dengan tindakan anaknya yang menutup pintu bilik setibanya mereka pulang ke rumah."
"Kebiasaannya mangsa yang sering membuka pintu ketika ibu bapanya pulang kerja. Tetapi pada hari kejadian, tiada siapa yang membukanya."
Ibu bapa HD kemudian bertindak memecahkan pintu bilik dan alangkah terkejutnya mendapati mangsa sudah tidak bernyawa dalam keadaan badannya tergantung.
Mereka dengan pantasnya memotong tali gantung berkenaan dan membawa HD ke ruang tamu namun sayang, anak mereka sudah pun meninggal dunia.
"Dalam pada itu, hasil siasatan pihak polis mendapati bahawa HD berbuat demikian kerana mengalami kemurungan selepas dua tahun menganggur."
"Daripada cerita orang tuanya, difahamkan, mangsa sudah dua tahun menamatkan pelajaran di sebuah Universiti dan selama itu dia langsung tidak mendapat pekerjaan."
Sebenarnya pihak keluarga sudah berusaha untuk mencarikan pekerjaan untuknya, tetapi sehingga saat ini mangsa masih belum mendapatkannya.
Mayat HD kini berada di Hospital Bhayangkara Porong bagi tujuan bedah siasat.
Sumber: Detik.com, OhBulan
Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
|
|
|
|
|
|
|
@nusaraya kata sebab Malaysia beraja sebab tu Indonesia tiada pekerjaan. Ehhhh |
|
|
|
|
|
|
|
stompuper79 replied at 23-7-2024 10:35 PM
poor guy. harsh reality.
Nak panen buah sawit di Malaysia, mulut dah terlajak cakap dalam facebook dan youtube.
Better jadi content creator macam Tren Publika. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan islam eh sebab bunuh diri. waduh |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 23-7-2024 02:26 PM
@nusaraya kata sebab Malaysia beraja sebab tu Indonesia tiada pekerjaan. Ehhhh
I dah check si mati tu lokasinya di mana.
Rupanya pulau jawa. 5 jam perjalanan
dari kota jakarta. |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 23-7-2024 10:26 PM
@nusaraya kata sebab Malaysia beraja sebab tu Indonesia tiada pekerjaan. Ehhhh
Udoh2 le tu tag saka mu sundirik.dah 2024 pun rajin pakai MN erk.lg brp bln je nk 2025.x cukup dgn kisah fake kengkonon kawen dgn JUSA |
|
|
|
|
|
|
|
Perils replied at 24-7-2024 06:41 PM
Udoh2 le tu tag saka mu sundirik.dah 2024 pun rajin pakai MN erk.lg brp bln je nk 2025.x cukup dgn ...
Lorhhh org yg sama ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Minami2013 at 24-7-2024 01:12 PM
Life skrg mmg challenging. Mcm i komen sblm ni, i dah jumpa ramai yg muda2 ada mental health issue. |
|
|
|
|
|
|
|
Siannya.....kwn iols baru hilang keje. Ada anak 2, bini sorang dan scandal sorang. Semoga dipermudahkan utk mereka2 yg sukar dpt kerja ni |
|
|
|
|
|
|
|
Sana penduduk ramai ratus juta apalagi senang berkonten2 scam2 macam2 boleh bikin, makin ramai penduduk semakin persaingan mendapat kerja |
|
|
|
|
|
|
|
1. hidup ini keras
2. gen Z kena lebih tabah, pendidikan penting (klu bukan orka), skill hidup penting
3. semoga Allah memandang arwah dengan sifat rahmat Nya (klu dia muslim) sebab dosa bunuh diri ni dosa berat
salam takziah.. |
|
|
|
|
|
|
|
banyak berita konoha, reput cari dual citizenship kah? hehhehe |
|
|
|
|
|
|
|
buka la kedai pam tayar, sekali pam angin 500 rupiah... |
|
|
|
|
|
|
| |
|