Nasi goreng dan ais krim adalah dua makanan yang berbeza, yang satu beri rasa kenyang dan satu lagi memberi rasa nyaman.
Namun, persoalannya adakah dua makanan ini menarik apabila digabungkan?
Menurut MSN, di China kini orang ramai boleh mencuba gabungan unik ini kerana terdapat seorang peniaga jalanan yang menyediakan masakan nasi goreng dengan ais krim.
Hidangan ini pertama kali ditularkan oleh saluran YouTube “Foodie” (美食家), yang menyiarkan video-video makanan di China.
Video berdurasi 54 saat itu menunjukkan tutorial ringkas peniaga jalanan tentang cara memasak hidangan ini, yang berharga hanya 9 yuan.
Pertama sekali, tukang masak tersebut memasukkan ais krim ke dalam kuali sebelum membiarkannya cair.
Apabila ditanya tentang bau, tukang masak itu menjawab bahawa ais krim itu berperisa, “Kopi pahit,” katanya.
Setelah ais krim itu cair, tukang masak itu menambah beberapa bahan perasa, makanan laut yang lain dan apa mengejutkan pelanggan adalah ketam mini kecik.
Ini adalah “cara makan baru”, katanya dengan bangga.
Dia kemudian menambah beberapa hirisan halia dengan tujuan “untuk menghilangkan sejuk”, jelasnya lagi.
Selepas itu, dia menambah cili untuk menambah rasa pedas tersebut.
Apabila ditanya apakah rasa hidangan tersebut, dia menjawab bahawa ia akan menjadi sejuk dan juga panas.
Sambil memasak, peniaga itu mendakwa dia menanam beras itu sendiri, jadi setiap biji beras itu adalah istimewa.
Selain itu, dia juga menyatakan bahawa dia menanam cili dan membiak ketam tersebut.
Tidak lama kemudian, nasi goreng itu siap dan penjaja tersebut memasukkan ke dalam kotak.
Malangnya, video itu tidak menjelaskan bagaimana rasa nasi goreng tersebut, jadi penonton yang ingin tahu mungkin perlu melancong ke China untuk mencubanya.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register