View: 16733|Reply: 21
|
Tukar Nama Georgetown, Seakan Memadam Sejarah.. Seni Bina Dan Warisan Yang Unik Di Negeri Pulau Pinang - NUSA
[Copy link]
|
|
GEORGETOWN: Tiada keperluan bagi menukar nama bandar Georgetown yang sudah digunakan lebih 200 tahun lalu, kata Persatuan Kemajuan Nusa Pulau Pinang (NUSA).
Setiausahanya, Nurhafiza Huda Idris, berkata dalam tempoh itu ia dikenali sebagai ibu negeri Pulau Pinang oleh rakyat negara ini dan juga masyarakat dunia.
Katanya, isu remeh seperti tukar nama yang sudah terkenal tidak perlu dibangkitkan lagi.
"Malah pemimpin perlu tampil dengan idea yang lebih bernas bagi bawa Pulau Pinang terus maju ke hadapan.
"enukaran nama yang dicadang seakan memadamkan sejarah, seni bina dan warisan yang unik di negeri Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan, Ketua Penerangan PAS Pulau Pinang Muhammad Fawwaz Mohamad Jan yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh sekali lagi menggesa nama bandaraya Georgetown ditukar kepada Tanjung Penaga.
Nurhafiza berkata, pihak berkenaan perlu beri fokus kepada isu yang lebih kritikal di negeri ini. Malah bandaraya itu juga sudah mendapat banyak pengiktirafan di peringkat antarabangsa.
"ertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) juga mengiktiraf Georgetown sebagai Bandaraya Warisan Dunia pada 7 Julai 2008.
"Kita harus berbangga bahawa nama warisan Georgetown ini dikenali pelancong dari serata dunia.
"Keunikan bandar Georgetown juga selari dengan tinggalan bangunan warisan yang dikekalkan identiti seni bina kacukan timur dan barat sehingga ke hari ini," katanya lagi.
Sumber: Berita Harian
Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
|
|
|
|
|
|
|
mesti ada sekor melayu yg mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
bodoh, itu je nk ckp. penjajah tu bunuh nenek moyang ko la smpai tersembam jatuh bumi melayu masih nk hadap |
|
|
|
|
|
|
|
siapa yg cuba memadam kan sejarah now?
memadamkan sejarah, seni bina dan warisan yang unik di negeri Pulau Pinang,
|
|
|
|
|
|
|
|
tu org panggil barua
dlm citer sajan hassan nama dia "buang"
|
|
|
|
|
|
|
|
btul..tgk mcm uitm haritu.ade je yg pegi bangkang blk..
'buang' ni ramai zaman skrg
|
|
|
|
|
|
|
|
sampai skrg melayu masih dok isap kote british...barangkali melayu suka kpd kote kulop gamaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Nama Georgetown memadam sejarah asal Tanjung Penaga |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya aku lg rengsa nama2 perumahan baru naik skrg, norton la, everton la wellington garden lah..yihhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh.sebenarnya sejarah dah dipadam pun lepas letak nama geogetown..dijajah.masih lagi buta.kenapa nak cakap padam sejarah patut betulkan sejarah lah kalau ubah nama asal |
|
|
|
|
|
|
|
Sejarah nama sebelum "Georgetown" tak kisah pulak terpadam. Kedah patut takeover jer Penang ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Tanjung what?
- Anna Kurnikova (bukan nama sebenar), Phuket. |
|
|
|
|
|
|
|
lepas dah tukar nama tu robohkan je la bangunan2 yang ada referencing dgn georgetown tu ganti dengan bangunan khayalan teori
begitu juga dengan melaka
lpas tu keluar dan revoke UNESCO |
|
|
|
|
|
|
|
yang pertama jumpa penang pun bukan omputeh francis light tu tapi orang lain. francis light kengkonon jumpa 1786. secara logiknyalah, orang tanah malaya ramai bekerja sebagai peniaga/pelaut, takkan tak pernah jumpa pulau pinang. takkanlah omputeh yg baru masuk tu jumpa pulak. yg kuban-kuban si penjajah.
Ramai yang ingat Francis Light yang buka Pulau Pinang pada 1786. Percayalah ianya hanya cerita dongeng ciptaan Inggeris.
Tapi ramai sebenarnya yang tak tau Datuk Jenaton Labu, Nakhoda Nan Intan, Nakhoda Kechil dan Datuk Setia sebenarnya yang membuka Pulau Pinang sekitar tahun 1730-an.
Menurut Profesor Dr. Ahmad Murad Merican, penulis buku Batu Uban: Sejarah Awal Pulau Pinang, seawal abad ke-18 beberapa kawasan di Pulau Pinang, termasuk Batu Uban dan Gelugor dah diduduki orang Melayu.
Batu Uban dibuka sekumpulan orang Melayu berasal dari Pagar Ruyong, Sumatera diketuai Mohamad Salleh atau Nakhoda Nan Intan, manakala Gelugor pula diterokai Dato’ Jenatun ibni Raja Labu serta pengikutnya yang juga berasal dari Pagar Ruyong sejak tahun 1749.
Tanah seluas kira-kira 40 hektar yang diterokai Dato’ Jenatun di Gelugor merupakan pemberian Sultan Kedah masa tu, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Shah ll.
Untuk hargai semula kurniaan Sultan Kedah, Dato’ Jenatun hadiahkan 10 buah naskah al-Quran bertulisan tangan yang dibawa dari Pagar Ruyong.
Batu Uban merupakan penempatan dan pelabuhan terawal sebelum bermulanya era kolonial Pulau Pinang pada tahun 1786.
Antara bukti paling jelas ialah Masjid Batu Uban yang dibina sekitar tahun 1734 yang merupakan masjid tertua di Pulau Pinang.
Masjid Batu Uban diasaskan oleh Nakhoda Nan Intan pada tahun 1734 yang berasal daripada Kampung Buadi, Paya Kumboh, Sumatera dan ada hubungan dengan kerabat diraja Minangkabau.
Menurut Profesor Dato’ Seri Dr. Md. Salleh Yaapar, Nakhoda Nan Intan merantau ke Pulau Pinang bersama dua lagi bahtera dan singgah di Batu Uban, satu lagi bahtera singgah di Bayan Lepas (Nakhoda Bayan) dan bahtera ketiga singgah di Jelutong (Nakhoda Kecil).
Setelah mendapat perkenan Sultan Kedah, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Muazzam Shah II, beliau pun membuka Pelabuhan Batu Uban dan membina penempatan di kawasan berkenaan.
Masyarakat awal di Pulau Pinang dahulu menjalankan aktiviti-aktiviti harian dengan penanaman kelapa, lada dan tebu.
Selain Pulau Pinang yang dah ada penempatan orang Melayu lama sebelum kedatangan Francis Light, pulau tu pun sememangnya di bawah pemerintahan Kesultanan Kedah.
Francis Light sebenarnya tak menemui Pulau Pinang tetapi mengambil Pulau Pinang dari Kesultanan Kedah dengan cara memungkiri perjanjian sesuka hati.
Georgetown yang kononnya dibuka oleh Francis Light dan menjadi ibu negeri Pulau Pinang pun merupakan sebuah penipuan sejarah oleh penjajah.
Nama sebenar Georgetown adalah “Tanjung Penaga” sebelum ditukarkan British dan sebab itu masih ada segelintir orang tua pada hari ini masih panggil Georgetown dengan nama “Tanjung.”
Oleh: Azizul Farhan |
|
|
|
|
|
|
|
benda2 remeh gini semestinye lobai...agenda nasionalis. padahal malam2 layan tiktok..pornhub
|
|
|
|
|
|
|
|
Bangunan putih tu pun bukan ori local vernacular arsitektur.
Indo-Saracenic hasil idea luar kotak archipek² british kacuk/copy sana sini. |
|
|
|
|
|
|
|
Sejarah asal tanjung penaga |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh sgt la sape yg nk pertahankn nama georgetown tu....bangga sgt ke dgn sejarah kena jajah...jd pencacai british |
|
|
|
|
|
|
| |
|