CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17850|Reply: 1

[Tempatan] Derma syarikat arak: Pemuda MIC mahu KPM bertegas

[Copy link]
Post time 24-7-2024 02:46 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 24-7-2024 06:48 AM

Derma syarikat arak: Pemuda MIC mahu KPM bertegas

https://m.malaysiakini.com/news/712977

Diterbitkan:  Jul 24, 2024 2:34 PM
Dikemaskini: 2:34 PM



Pemuda MIC berharap kerajaan tidak akan berganjak daripada dasar semasa yang melarang syarikat arak memberi sumbangan dana mahupun melakukan aktiviti di sekolah.

Ketuanya, Arvind Krishnan, berkata Pemuda MIC menyokong ketegasan ditunjukkan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek yang menegaskan tidak akan mengkaji semula kembali polisi tersebut.

Katanya semua sekolah perlu mengikuti panduan diberikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti terkandung dalam pekeliling yang dikeluarkan sebelum ini.

Tambahan pula, katanya ketetapan itu tidaklah terlalu sukar untuk dipatuhi bahkan tidak mendatangkan mudarat

"Maka Pemuda MIC menggesa kerajaan agar tidak berganjak daripada polisi tidak membenarkan syarikat arak memberi sumbangan dana mahupun melakukan aktiviti di sekolah," katanya dalam kenyataan hari ini.


Semalam Fadhlina dilaporkan menolak memberi pengecualian pematuhan garis panduan yang melarang sekolah menerima dana yang dijana daripada penjualan produk tembakau dan minuman beralkohol.

Menurut Fadhlina, walaupun semua sumbangan dialu-alukan, namun ia mesti mengikut garis panduan KPM.

"Jadi nasihat saya, patuhi garis panduan tersebut.

"Sekolah juga perlu memastikan bahawa tanggungjawab itu berada di peringkat pentadbir untuk memastikan semuanya berjalan dengan lancar," katanya.

Dalam kenyataan sama hari ini, Arvind turut membidas Menteri Pengakutan yang juga Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, kerana mempertahankan sumbangan daripada syarikat bir berkenaan kepada sekolah vernakular.

"Lebih mengecewakan adalah kenyataan menteri pengangkutan yang mempertahankan sumbangan berkenaan, dan menyatakan ia tidak patut dijadikan isu kerana syarikat arak membantu mengumpul dana untuk sekolah Cina sejak puluhan tahun lalu.

"Malah beliau menyatakan akan memberi penjelasan mengenainya kepada kabinet.

"Dengan polisi dan tatacara berkenaan penerimaan sumbangan bagi institusi pendidikan adalah jelas, tindakan pemimpin kanan kerajaan bertaraf menteri mempertahankan tajaan syarikat arak berkenaan adalah tidak wajar," katanya lagi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2024 02:57 PM | Show all posts
nanti sekolah tamil ambik derma dari syarikat samsu pulak.. adeh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.039894 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list