View: 40126|Reply: 13
|
[Jenayah]
Menghala Ke Belakang, Rupanya Tak Nak Bagi Asap Masuk Rumah Jiran!
[Copy link]
|
|
Parkir mengundur merupakan salah satu cara untuk memudahkan pemandu keluar dari kawasan letak kereta dengan mudah.
Bagaimanapun ada satu kisah menarik di mana seorang penghuni kawasan perumahan melakukan perkara berbeza daripada penduduk yang lain yang telah mencuri perhatian netizen.
Menerusi video TikTok @zamal_jiwamalaikat, terdapat sebuah kereta Honda yang tidak diletakkan dalam keadaan parkir mengundur seperti kereta-kereta lain.
Apabila ditanya mengapa pemilik Honda City itu berbuat sedemikian, ternyata jawapannya membuat orang ramai kagum dan hormati keperibadian beliau yang tinggi itu.
“Bila tanya kenapa, dia menjawab dia tidak mahu asap karbon monoksida bila hidupkan enjin kereta masuk ke dalam rumah jiran-jirannya,” kata TikTok @zamal_jiwamalaikat.
Ramai warganet memuji kebiasannya pemilik Honda itu selama 20 tahun berada di kawasan perumahan tersebut.
Orang ramai mendoakan kesejahteraan buat pemilik Honda City kerana mempunyai common sense yang tinggi terhadap jiran-jiran yang tinggal di tingkat bawah.
Dalam masa sama warganet berharap sedikit-sebanyak ia dapat mengajar masyarakat untuk meletakkan kenderaan mengikut kesesuaian waktu dan lokasi setempat. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ada satu video ni ada tunjuk.rumah cina suka parking biasa..rumah melayu suka parking bontot..haha |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 24-7-2024 06:34 PM
Ada satu video ni ada tunjuk.rumah cina suka parking biasa..rumah melayu suka parking bontot..haha
Cina ckp parking undur xde ong |
|
|
|
|
|
|
|
Jiran sebelah rumah aku perangai gini.habis asap karbon monoksida masuk rumah.acah2 terpaling nak senang keluar parking |
|
|
|
|
|
|
|
Logik juga ya sissy. Akak tak pernah terfikir sebegitu sissy. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 24-7-2024 11:29 PM
Cina ckp parking undur xde ong
Ooo patut la
Iols.ikut dan
Hahaha
Ong kejap..takde ong kejap
Hahah |
|
|
|
|
|
|
|
sbb tu iolls suka paking bontot kete hadap semak samun area umah iolls..tp nyamuk plk masuk lam kete |
|
|
|
|
|
|
|
Keta moden da x payah panaskan enjin. Start keta, dlm 30 saat, jalan je. |
|
|
|
|
|
|
|
lama dah start engine motor 2 stroke tu
malas sbb asap ni la |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi bila parking kat public kebanyakan depan masuk dulu. Apa dah... |
|
|
|
|
|
|
| |
|