View: 37007|Reply: 2
|
[Jenayah]
Membuka Fail Siasatan, Lesen Berisiko Ditarik Semula!
[Copy link]
|
|
SETIAUSAHA AGUNG AFC, DATUK SERI WINDSOR JOHN
Kuala Lumpur: Suhu bola sepak Malaysia terus panas ketika ini apabila Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) mengesahkan membuka fail siasatan terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).
Setiausaha Agung AFC, Datuk Seri Windsor John berkata, pihaknya akan menyiasat berhubung proses pemberian lesen kepada kelab dalam Liga Malaysia (Liga M) yang tidak mengikut syarat yang betul.
Jelasnya, sekiranya dapat dibuktikan ada pelanggaran dalam proses pemberian pelesenan kelab, harapan pasukan bertanding di peringkat Asia mungkin akan musnah apabila lesen liga dari AFC berisiko untuk ditarik semula.
"Ya betul, kami sudah membuka fail siasatan dan langkah seterusnya adalah kami akan menghubungi FAM dan MFL untuk memulakan perbincangan bersama Jabatan Pelesenan Kelab yang akan memantau serta melihat proses pemberian lesen.
"Selepas semua maklumat dikumpul, kami akan membuat keputusan menerusi jawatankuasa yang ada. Kesan atau tindakan paling berat adalah tiada wakil yang boleh kami terima (bermain di pentas Asia).
"Kalau terdapat pelanggaran (dalam proses pemberian lesen) kena hukum kerana kami ada ketetapan. Apapun kami perlu lihat dahulu sama ada terdapat pelanggaran peraturan atau tidak," katanya.
Sebelum ini, pasukan Kuala Lumpur (KL) City FC dilaporkan gagal melakukan pembayaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak Februari 2023 membabitkan jumlah keseluruhan tunggakan hampir RM719,000.
Perkara itu mendapat perhatian pelbagai pihak dan mendakwa bagaimana kelab berkenaan boleh dapat lesen kebangsaan sedangkan mengalami tunggakan seperti itu.
Disebabkan isu itu, Pengerusi First Instance Body (FIB), Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif dalam kenyataan rasmi menjelaskan pemberian lesen kepada KL City FC berdasarkan surat deklarasi pembayaran yang dikeluarkan KWSP sendiri.
"Bagaimanapun dengan percanggahan maklumat dinyatakan oleh pihak pengurusan kelab itu sendiri berkaitan dengan kesahihan dokumen yang dikemukakan kepada FIB, maka FIB kini akan memulakan siasatan ke atas perkara ini dengan serta merta," katanya.
Sebelum ini, Persatuan Bolasepak Iran pernah digantung daripada mendapatkan lesen, dua tahun lalu sekali gus menyaksikan tiada wakil negara itu dapat beraksi di pentas tertinggi Asia.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
anak saka kat sebelah tu...geli yach |
|
|
|
|
|
|
| |
|