CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 38762|Reply: 16

[Tempatan] Seleweng RM270,000 beli kereta, profesor CEO ditahan

[Copy link]
Post time 24-7-2024 09:01 PM | Show all posts |Read mode
Seleweng RM270,000 beli kereta, profesor CEO ditahan

https://www.freemalaysiatoday.co ... ofesor-ceo-ditahan/

FMT Reporters
24 Jul 2024, 04:53 PM


Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi untuk mendapatkan perintah reman.

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai guna dana itu untuk kegunaan peribadi termasuk bayar hutang dan beli kereta serta perbelanjaan peribadi lain.

PETALING JAYA: Seorang profesor yang juga juga ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat perkhidmatan pendidikan tinggi direman kerana dipercayai menyeleweng dana syarikat untuk kepentingan peribadi bernilai kira-kira RM270,000.

Sumber berkata, suspek lelaki berusia lingkungan 60-an ditahan kira-kira 7 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Susulan penahanan itu, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi dan perintah reman selama tujuh hari hingga 30 Julai 2024 dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menggunakan wang bernilai kira-kira RM270,000 untuk kegunaan peribadi termasuk membayar hutang dan beli kereta serta perbelanjaan peribadi yang lain.

Suspek juga disyaki mengarahkan kakitangan syarikat menyediakan surat untuk bayaran gaji berjumlah kira-kira RM12,000 sebulan sejak Mac 2023 sedangkan surat perlantikan suspek sebagai CEO hanya melayakkannya menerima 5% daripada keuntungan tahunan syarikat, kata sumber itu.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Hishamuddin Hashim, ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2024 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Umur dah 60thn pcik. Apa lagi yg dikejar kan.. ikut nafsu, binasa
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Who is that professor?


Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 10:16 PM | Show all posts
Professor kangkung ka?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by SalenaGomez at 24-7-2024 11:40 PM
sharlenetexas replied at 24-7-2024 10:09 PM
Who is that professor?


Professor klon cicakman gurau jah sis.

Ini la dah kaya nak kaya lagi, tapi cara salah. Kalau company sendiri duit sendiri xpelah juga, beli as under company car
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
mskirana replied at 24-7-2024 09:44 PM
Umur dah 60thn pcik. Apa lagi yg dikejar kan.. ikut nafsu, binasa

Mau cari bini muda kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2024 12:13 AM | Show all posts
Edited by gigahertz at 24-7-2024 04:15 PM
SalenaGomez replied at 24-7-2024 02:19 PM
Professor klon cicakman  gurau jah sis.

Ini la dah kaya nak kaya lagi, tapi cara salah. Kala ...

Walaupun dia CEO tapi dia miskin sis.
hak dia 5% atas keuntungan bisnes tu je.
kalau bisnes tu declare rugi ...apa pun dia tak dapat.
kalau ada cina atau india offer u join tanam nama dalam bussiness.
please demand maximum can be ya. jangan makan dividen semata.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 09:53 AM | Show all posts
profesor ni nak kehidupan semacam brad pitt dan leo dicaprio
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2024 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
kolej apa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 11:01 AM | Show all posts
dah umur 60 tahun. klu pendek umur tak rugi masuk penjara
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 11:34 AM | Show all posts
Edited by nusaraya at 25-7-2024 11:37 AM

Profesor itu betul-betul bodoh dan memalukan serta menurunkan maruah profesor melayu lainnya  ... mengapa kok korupsi hanya sedikit-sedikit (RM 270,000) saja ?  Mengapa profesor itu X mahu belajar dan meniru cara Najib Razak mencuri wang negara ?  
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah 60an tak pencen lagi ke, masih mengajar lagi ke
Kalau dah tak mengajar, boleh lagi ke pakai gelaran professor tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 04:14 PM | Show all posts
jfq replied at 25-7-2024 02:15 PM
Dah 60an tak pencen lagi ke, masih mengajar lagi ke
Kalau dah tak mengajar, boleh lagi ke pakai gela ...

Neighbour aku sorang ni professor pencen tetaplah orang panggil prof termasuk oleh miniknya sundri sorang lagi prof juga tah uni swasta mana malas pulak aku nak ingat. Dua2 tak kaya

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Majlis profesor negara ke? Baru ni memang ada kantoi audit pun kan?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 05:23 PM | Show all posts
cuba dapat duit tu duk simpan dulu bawah bantal
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg ni ada kaitan dgn kes mpn tu ke? Apa maksud sebuah syarikat perkhidmatan pendidikan tinggi? Kolej ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2024 11:28 PM | Show all posts
CEO gaji 12k je… itupun nak kena sailang duit kolej.  Gila kalau kolej takde profit dia takde income la.. apa punya arrangement tu, patutlah dia sakau..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.051817 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list