CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 42527|Reply: 222

Saya harap bomoh itu bertaubat, datang minta maaf – Ibu Zulfarhan

[Copy link]
Post time 25-7-2024 07:58 AM | Show all posts |Read mode




PETALING JAYA – “Saya harap bomoh itu bertaubat dan kalau boleh dia datang jumpa dengan kami buat permohonan maaf”.


Demikian luah ibu Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain iaitu Hawza Osman, 61, kepada ‘bomoh’ yang juga bapa kepada salah seorang pelaku yang menyebabkan kematian anaknya tujuh tahun lalu.


Menerusi sebuah video di Instagram, Hawa berkata, beliau akui geram dan terkilan dengan apa yang telah dilakukan oleh bomoh tersebut.


“Kalau boleh saya memang berdoa biar bomoh itu pun diberi hukuman, maknanya badan dia itu juga ada kesan tekapan seterika. Biar dia rasa bagaimana anak saya rasa,” katanya.


Berdasarkan kronologi, Allahyarham telah dituduh mencuri sebuah komputer riba (laptop) apabila namanya disebut oleh seorang bomoh sebelum arwah dibuli dan dipukul sehingga mati.


Allahyarham bukan sahaja dipukul supaya mengaku mencuri komputer riba berkenaan malah turut ditekap menggunakan seterika wap dan disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang pada 1 Jun 2017.


Sementara itu, Hawa berkata, umat islam tidak sepatutnya mengharapkan pertolongan bomoh semata-mata, sebaliknya meminta pertolongan kepada Allah SWT.




“Kalau boleh kita minta kepada Allah. Ada juga bomoh yang boleh dipercayai tapi bomoh ini dia kata dia sembahyang hajat menggunakan barang dan konon nama arwah tentera.


“Selama ini kata lah mereka pernah pergi ke bomoh. (Bomoh) ini hanya kata saudara atau orang terdekat sahaja. Tak ada cakap pun nama,” ujarnga.


Terdahulu, enam bekas penuntut UPNM yang sebelum ini dihukum penjara 18 tahun selepas didapati bersalah menyebabkan kematian tanpa niat Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan, Putrajaya.






Sumber: Kosmo Online






Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My


Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2024 08:37 AM | Show all posts
Tok Moh pergi berurusan dengan hantu jin dan setan sudahlah, bab jenayah nie biar pihak berkuasa uruskan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
tak boleh saman ke bomoh ni? sbb dia tk didakwa.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 08:48 AM | Show all posts
banyak bomoh skrg isap gam
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 09:07 AM | Show all posts
BOMOH, WARDEN  TAK GUNA, SEMOGA MENDAPAT BALASAN DUNIA DAN AKHIRAT YANG SETIMPAL
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 09:11 AM | Show all posts
Mohon bomoh, yg dapat surat layang dan doktor yg merawat tu dihukum juga
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2024 09:23 AM | Show all posts
tak tenteram si bomoh tu hendaknye
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Upnm ni takde belajo sains ke haper. Apa ke bodo bebudak ni percaya ke bomoh? Kalau aku malu nak mengaku lulusan upnm. Bodo sangat cari pencuri pakai bomoh. Ko cari pakai metal detector ke panggil polis pun nampak bijak dekkkkk

Mak bebudak 6 jahanam dengan si bomoh tu kalau dari awal datang mintak maaf entah2 dari awal aje dah lepas. Eksyen sangat takmau mintak maaf.

Teruskan acik dakwa aje semua sekali termasuk warden
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2024 09:54 AM | Show all posts
ada gambar bomohnya?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 10:07 AM | Show all posts
swateng1 replied at 25-7-2024 09:07 AM
BOMOH, WARDEN  TAK GUNA, SEMOGA MENDAPAT BALASAN DUNIA DAN AKHIRAT YANG SETIMPAL


BOMOH, WARDEN & DOKTOR tu sila tampilkan diri anda..
kalau jantan laaaa

BOMOH tak guna
WARDEN makan gaji buta
DOKTOR haprakkkkk....
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 10:08 AM | Show all posts
yg nama MUBIN MUSTAFA tu sekali...harap makcik seru nama dia. eok plak lepas
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 10:08 AM | Show all posts
cm_vungtau replied at 25-7-2024 09:51 AM
Upnm ni takde belajo sains ke haper. Apa ke bodo bebudak ni percaya ke bomoh? Kalau aku malu nak men ...

betul... dakwa Warden dan UPNM la pulakkkk...sebab gagal menyediakan tempat yang aman buat para pelajar..

dakwa atas kerugian material pulakkkk.....

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Neraka pon xsabar nak terima sang bomoh....
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
bomoh mmg celaka, warden keje ulit bontot je ke mmg takde inisiatif/curious lgsg nak amik tau, doc plg bodo piang baik resign je la.

letih emosi la bc kes ni
univ ni blh jadi universiti paling hanat kat msia. elok la amik kaum kerabat korang je masuk situ. baka busuk seeloknya dok setempat mudah dikenali.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Xde ke gambar bomoh hansuang ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
cm_vungtau: Upnm ni takde belajo sains ke  ...
saya sokong
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2024 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
termasuk warden
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Sila tuntut acik2 forum bertaubat juga. Lagi ramai yang cakap main hembus ja.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
bomoh tu mmg salah..
tp bdk bdk yg  terlibat tu mmg sedia jht..
i rasa ikt dna keturunan dorg..
kalau u guys perasan kalau ada keturunan jht mesti melekat punya dna tu..
mitk jauh la keturunan dorg ni membiak..
ayah mak pembunuh tu pun xdtg pun jmpa mak ayah arwah..
sbb jht nya pun luar biasa
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 10:56 AM | Show all posts
selalunya lepas dijatuhkan hukuman ni lama mana baru nak gantung? ataw lama2 minta pengampunan agong, lepaih gitu jaa?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 12:30 AM GMT+8 , Processed in 0.733234 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list