View: 35089|Reply: 15
|
[Tempatan]
Hanya mampu menangis lihat dua kawan baik maut dalam kemalangan
[Copy link]
|
|
Hanya mampu menangis lihat dua kawan baik maut dalam kemalangan
Syaherah Mustafa
[email protected]
MUHAMAD Farihan Haikal (kiri) dan Muhammad Adam Haziq Badaruddin, 15, menunjukkan gambar dua rakan mereka, Muhammad Shahrul Huzaimi Mohd Azman dan Muhammad Aliff Haikal Abd Rahman, yang meninggal dunia akibat kemalangan membabitkan tiga motosikal di Jalan Rantau Panjang - Pasir Mas, di Pasir Mas, 12 tengah malam tadi. FOTO Syaherah Mustafa
Pasir Mas: "Saya hanya mampu menangis apabila sampai ke lokasi kejadian selepas melihat dua rakan baik terbaring kaku dengan kecederaan parah," kata Muhamad Farihan Haikal Mohd Rasdi, 17.
Dia adalah sahabat kepada dua remaja lelaki, Muhammad Shahrul Huzaimi Mohd Azman dan Muhammad Aliff Haikal Abd Rahman, masing-masing 17 tahun, yang meninggal dunia akibat kemalangan membabitkan tiga motosikal di Jalan Rantau Panjang - Pasir Mas, di sini, 12 tengah malam tadi.
Muhammad Farihan berkata, dia sempat mengajar Muhammad Aliff mengucap sebelum melihat kawannya itu menghembuskan nafas terakhir, manakala Muhammad Shahrul dilihat sudah tidak sedarkan diri pada ketika itu.
"Kami sebenarnya berkumpul bersama-sama kira-kira 9 malam tadi, di Dataran Baru Pasir Mas, yang mana jaraknya hampir enam kilometer (km) dari lokasi kejadian, namun kemudian mereka bertiga termasuk Bilal Alif Faizal, 19, yang kini sedang mendapat rawatan memberitahu mahu bergerak dahulu dengan menunggang motosikal masing-masing.
"Tidak lama kemudian, saya diberitahu rakan-rakan lain bahawa mereka (terbabit) kemalangan sebelum terus bergegas ke lokasi berkenaan. Saya terkejut melihat keadaan mereka yang parah, apatah lagi apabila disahkan bahawa Muhammad Shahrul dan Muhammad Aliff sudah meninggal dunia.
"Kejadian berlaku dengan sangat pantas, padahal kami baru sahaja berborak dan berkumpul bersama-sama, namun saya perasan dua kawan saya yang meninggal dunia agak diam malam tadi, tidak seperti biasa," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Pasir Mas (HPM), di sini, hari ini.
Muhammad Farihan mengakui mereka bertiga sangat akrab dan hampir setiap hari melepak bersama di samping turut berada di dalam kelas sama di sekolah.
"Muhammad Aliff adalah kawan baik saya sejak berusia tujuh tahun lagi dan melihat dia pergi di depan mata adalah pengalaman yang memeritkan buat saya. Pastinya, saya akan merindui kenangan bersama mereka berdua.
"Kali terakhir berjumpa Muhammad Aliff, dia ada memberitahu saya bahawa dia sudah mahu pergi, tetapi tidak dijelaskan ke mana dan saya tidak sangka ia adalah petanda bahawa dia akan pergi buat selama-lamanya.
"Dalam masa yang sama, saya berdoa semoga Bilal yang kini mendapat rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, Kota Bharu, akan selamat dan apa yang menimpa kesemua sahabat saya ini akan dijadikan pengajaran agar lebih berhati-hati ketika di jalan raya," katanya
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ |
|
|
|
|
|
|
|
Bey soba bey, bey soba bey, jange jange wa jadi gegey. |
|
|
|
|
|
|
|
hari sekolah melepak sampai tengah malam..
harap semua yang terlibat ada lesen la ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
Menunggu acik porem memadankan muka budak2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kau berlumba memang sendiri cari nahas la |
|
|
|
|
|
|
|
Budak2 skolah pun pkl 12 dok ats jln lg buat apa |
|
|
|
|
|
|
|
malam malam tido dik esok nak pi skulah |
|
|
|
|
|
|
|
jgn bagi budak2 main moto... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 25-7-2024 04:38 PM
Itulah jgn merempit malaikat datang menjalankan tugas, bila Izrail datang memanggil, jasad terbujur di pembaringan, seluruh tubuh akan menggigil, sekujur badan kan kedinginan, tak ada lagi gunanya harta, kawan karib sanak saudara, innalillah muda dosa x byk lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahiwainailahirojiun |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 25-7-2024 04:26 PM
Masa bila belajar dik?
Aku nak tunggu komen ahli keluarga, arwah anak yg baik. Tiap2 malam mereka keluar mengulangkaji pelajaran
bersama kawan2 |
|
|
|
|
|
|
|
Takziah.
Minggu lepas ex student aiol pun meninggal dunia dalam kemalangan. Yang sadisnya beberapa tahun lepas, adik dia meninggal dengan cara sama. Kena gilis kereta.
Walaupun masa sekolah aiol selalu marah adik beradik ni sebab malas blaja, tapi sedih bila tau meka meninggal cara gini. Yang adik tu hit and run sumore, sampai sekarang tak tau sapa bunuh. |
|
|
|
|
|
|
| |
|