CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34810|Reply: 0

[Politik] Komposer lagenda Habsah Hassan kagum sikap, pendekatan politik Steven Sim

[Copy link]
Post time 25-7-2024 01:03 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 25-7-2024 01:03 PM

Komposer lagenda Habsah Hassan kagum sikap, pendekatan politik Steven Sim
Nadia Azam
Diterbitkan:  Jul 25, 2024 9:30 AM



Ketika sesetengah ahli politik atau penyokong mereka tergamak memilih pendekatan ekstrem, Habsah Hassan yang melihat perkembangan itu ada cadangan tersendiri.

Bagi penulis lirik terkenal tersebut, orang politik atau penyokong mereka boleh belajar sesuatu daripada Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.

Ditanya mengenai kecenderungan sesetengah pihak menggunakan pendekatan melampau - termasuk kecenderungan menggunakan keganasan - Habsah berkata, ia sangat mencalar imej orang Islam dan Melayu.

“Saya rasa ini suatu keterlampauan apatah lagi kalau yang berniat itu ialah orang Melayu yang sepatutnya kaya dengan adab, dan sebagai orang Islam pula, mereka juga harus beriman.

“Kebencian atau ketaasuban terhadap pihak lain tidak seharusnya menyebabkan kita hilang iman," katanya kepada Malaysiakini.

Menurut Habsah, amalan politik yang baik ialah berbudi bahasa walaupun berbeza pandangan atau aliran.

“Ini pandangan saya - cuba lihat Steven Sim, dia boleh berpolitik dengan menggunakan bahasa yang baik dan saya kagum dengan sikap itu.

"Hal tersebut membuat saya terfikir: kenapa orang lain tidak gunakan pendekatan berbahasa sopan seperti Sim sebaliknya asyik gunakan politik kasar, biadab dan melanggar norma agama serta bangsa,” katanya.


Steven Sim


Tambah Habsah, 74, Sim yang juga Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu turut menggunakan politik sebagai wadah untuk membantu rakyat antaranya melalui pengambilan ramai anak angkat.

Katanya, meskipun segelintir pihak beranggapan langkah itu cuma mainan politik atau mencari publisiti, Habsah bahkan berpendapat sebaliknya.

“Tidak kisahlah kalau orang nak kata itu langkah politik atau tak.

"Memang dia berpolitik tapi politik yang positif, orang ramai nampak kebaikan yang dia buat,” katanya.

Asyik nak mencekau

Penulis lirik lagu Menaruh Harapan itu berkata, berbeza pandangan atau aliran politik adalah sesuatu yang lumrah, malah hal yang sama turut berlaku dalam kehidupan seharian.

Cuma, katanya, dalam dunia politik kecenderungan sesetengah pihak memilih cara ganas atau melampau memang membimbangkan.

Justeru, menurut Habsah, pihak yang bertelagah wajar memikirkan kepentingan rakyat mengatasi kepentingan peribadi atau parti dan menghentikan sikap sebegitu sehinggalah tiba masa untuk pilihan raya yang seterusnya.

“Saya bercakap sebagai orang Melayu, sebagai orang Islam serta rakyat biasa, apa yang berlaku saya lihat adalah senario orang Melayu yang tidak habis-habis berpolitik walaupun pilihan raya seterusnya akan berlaku lagi tiga tahun. Rakyat macam itu juga.

“Jadi, dalam keadaan negara kita sekarang tertinggal jauh dan mengalami kemerosotan ekonomi, adakah kita perlu terus bertelagah, atau berhenti sekejap untuk bersatu membangunkan negara?

“Tidak habis-habis kutuk dan memfitnah, saya rasa sedih dan kecewa melihat bangsa saya hari ini sedangkan dulu saya bangga jadi orang Melayu.

"Sekarang malu jadi orang Melayu kerana mereka saling menjatuhkan.

“Malulah pada bangsa asing, kita ini asyik nak mencekau sesama sendiri, mana pergi harga diri?” katanya.



Menurut Habsah sudah bertahun-tahun dia berasa tawar hati dengan perkembangan politik semasa dan menjadi "sensitif" sejak Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri.

Keadaan itu, katanya, membuatkan dia selalu terkenang Malaysia semasa ditadbir oleh perdana menteri kedua, Abdul Razak Hussein.

Ketika itu, kata Habsah, dia masih bersekolah dan dapat merasai sendiri semangat berkobar-kobar rakyat Malaysia kepada negara.

“Zaman itu hampir tiada rasuah, atau kalau ada pun mungkin tidak ketara.

"Kalau kita ada minda terbuka dan boleh berfikir, cuba kita buat perbandingan,” katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.036926 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list