CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 39377|Reply: 43

[Tempatan] Suami kejar isteri dengan gunting, mengamuk sebab bayi jatuh

[Copy link]
Post time 25-7-2024 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Oleh DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
25 Julai 2024, 12:10 pm



TERTUDUH diiringi anggota polis selepas didakwa di Mahkamah Majistret Melaka, hari ini. Foto oleh SYAFEEQ AHMAD/ KOSMO!


MELAKA – Seorang pegawai pengurusan jenazah didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menakutkan isterinya dengan mengejar mangsa sambil memegang gunting, Sabtu lalu.

Tertuduh, Mohd. Ridzuan Mohd. Fauzi, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Khairunnisak Hassni.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan dengan niat menakutkan secara jenayah terhadap isterinya, Siti Najira Abdul Sahak, 39, dengan cara mengejar mangsa sambil memegang sebilah gunting.
Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 8.30 malam di sebuah rumah di Pangsapuri Kota Laksamana dalam daerah Melaka Tengah pada 20 Julai lalu.

Sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Difahamkan tertuduh ‘naik hantu’ selepas bayi mereka berusia tiga bulan dikatakan terjatuh dan mendakwa kejadian itu berlaku gara-gara mangsa cuai.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishhar mencadangkan jaminan sebanyak RM8,000 dikenakan terhadap tertuduh.

Tertuduh yang diwakili Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) bagaimanapun merayu jaminan rendah diberikan dengan alasan hanya bekerja sebagai pegawai pengurusan jenazah dengan gaji bulanan RM1,800 dan mempunyai dua orang anak.

Selepas mendengar rayuan kedua belah pihak, Khairunnisak kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,000 beserta syarat tambahan tidak akan menganggu mangsa sehingga kes selesai.


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2024 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
adoiii..sian la pulakkk
sbb dia syg ank sgt..
mak pun dk main tiktok ke
sampai ank jth
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 05:14 PM | Show all posts
nampak sangat kecuaian ibu ni...bini mcm ni ko ceraikan aje...tak boleh harap jaga anak
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 25-7-2024 05:14 PM
nampak sangat kecuaian ibu ni...bini mcm ni ko ceraikan aje...tak boleh harap jaga anak

Lps dah ceraikn bini dia ko pulak ke nak ambik alih jaga anak2 dia?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 05:24 PM | Show all posts
alahai siannya kes mcm ni. mak nye pon mcm mana baby besar tu boleh jatuh.. klu aku pon bengang
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 05:25 PM | Show all posts
krustykrab replied at 25-7-2024 05:18 PM
Lps dah ceraikn bini dia ko pulak ke nak ambik alih jaga anak2 dia?

cari bini baru la yg lebih bertanggungjawab...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2024 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak jenis lembam atau main hp 24 jam...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu sgt ke bini tu cuai jatuh kn anak? Ke jenis baran x blh silap ni. Bini tgh buat apa sampai ansk terjatuh.. Maklumat x lengkap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2024 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 25-7-2024 05:25 PM
cari bini baru la yg lebih bertanggungjawab...

Mak tiri ni biasanya dia lebih kan anak2 kandung je.
Mak kandung dh ada ko suruh ceraikan lps tu bg kat mak tiri...apooo punya solution. Baik hantar jkm je.
Yg si bapak ni pun sampai ligan bini dgn gunting. Nampak sgt akal pendek. Esok ni ligan anak dgn parang pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman skrg kalau beranak sebelah kaki standby masuk jel, anak mati sbb cuai terus masuk jel taw
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 09:33 PM | Show all posts
biasanya, repeat biasanya, orang cuai ni memang habitual cuai. Suami dia tau lah tu pasal boleh sampai naik hantu. Bukan makna aku setuju hambat dengan gunting tu tau.

Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 09:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Soalnya mmg betul ke baby tu jatuh? Ke alasan saja yg direka2 oleh saspek?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu ke wife cuai sampai bahayakan anak gitu? Dia pula tgh buat apa masa tu? Isk detail le sikit boleh weols nak pilih side mana nak sokong
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
tak kan bini jee nak tengok anak..
laki tengok bini je ke?
kena dengar cerita belah bini juga..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 10:15 PM | Show all posts
ninja boy replied at 25-7-2024 12:51 PM
Zaman skrg kalau beranak sebelah kaki standby masuk jel, anak mati sbb cuai terus masuk jel taw

kalau dulu2 orang masuk jail sebab mmg dari mudanya bergaul jahat.
la ni angin takde ribut takde boleh masuk jail.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2024 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
ganas gile
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2024 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Wife jnis cuai ke laki pnas baran. Tp mnakutkn la bila dok kejar dgn bnda tajam mcm2 boleh jd sklip mata bila tgh amarah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 09:06 AM | Show all posts
Gaji RM1.8K je nak bagi anak 2 orang makan. Dah la baby belanja mahal. Sebab tu ke heols naik hantu. Kesian pulak memikirkan. Duit banyak tu orang lain buat bayar monthly instalment kereta je.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 09:18 AM | Show all posts
krustykrab replied at 25-7-2024 06:04 PM
Mak tiri ni biasanya dia lebih kan anak2 kandung je.
Mak kandung dh ada ko suruh ceraikan lps tu  ...

tak juga...ada wanita yg bertanggungjawab...his current wife ni amat2 cuai...memang layak di maki hamun...ape jadi kalau budak tu jatuh dan patah leher dan mati? kemaafan tiada kalau melibatkan kematian

she will definitely make future mistakes...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 09:27 AM | Show all posts
tahla aku terbayang baby tu nangis2 lepas jatuh tp bapak dah kejar mak plak so sape tenangkan baby tu ish
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.073622 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list