View: 33703|Reply: 24
|
[Jenayah]
Membekap Pembuli Kejam, Suhakam Hanat Membantah Hukuman Gantung Sebab Bukan Penyelesaian Adil!
[Copy link]
|
|
Suhakam membantah hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan terhadap enam bekas pelajar UPNM kerana membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.
SHAH ALAM - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) membantah hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan terhadap enam bekas pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) kerana membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.
Menurut Suhakam, meskipun bersama keluarga mangsa dalam memahami kesedihan dan mengakui seriusnya jenayah itu, namun ia berpandangan hukuman mati bukan penyelesaian adil atau berkesan.
"Atas dasar itu, Suhakam meminta kerajaan mempertimbangkan semula pelaksanaan hukuman mati dan berusaha ke arah sistem keadilan lebih saksama dan berperikemanusiaan untuk semua.
"Gantung sampai mati adalah hukuman yang tidak boleh diubah dan tidak memungkinkan berlakunya pemulihan sekiranya ada kesilapan kehakiman.
"Ia juga bertentangan dengan gerakan global ke arah pemansuhan hukuman mati yang diakui banyak negara sebagai tidak berperikemanusiaan dan melanggar hak asasi manusia," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Pada Selasa, hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan terhadap enam bekas penuntut UPNM itu diputuskan sebulat suara oleh panel tiga hakim dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail bersama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.
Ia diputuskan selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi mengekalkan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaaan.
Suhakam berkata, keputusan mahkamah rayuan itu menandakan detik menyedihkan dan penting dalam sejarah kehakiman Malaysia.
"Dalam konteks ini, penting untuk menekankan aspek pemulihan kerana cara itu boleh membawa perubahan kepada pesalah menjadi masyarakat yang lebih bertanggungjawab.
"Pendekatan ini bukan sahaja menangani punca kelakuan ganas terbabit tetapi juga membantu mencegah kejadian sama pada masa depan dengan menggalakkan persefahaman, empati dan tanggungjawab sosial dalam kalangan pesalah.
"Komitmen kami terhadap hak asasi manusia memberi mandat buat kami menyokong pemansuhan hukuman mati," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bpbbppbp at 26-7-2024 12:22 AM
Kali ni x setuju dgn suhakam. Mmg layak sgt 6 pembunuh tu dihukum mati. Lagipun mahkamah buat keputusan brdasarkan undang2 sedia ada, bukan gerakan global bagai. Even negara2 lain pun nak wujudkan hukuman mati ni. Kerjaaan x perlu masuk campur dlm kputusan mahkamah. Kalau btul x setuju, mahsuhkan sepenuhnya hukuman mati dlam undang2 ikut parlimen. Kita Masih ada hukuman mati cuma tak mandatori je. Tpi jenayah bunuh zulfarhan ni mmg layak sgt dihukum mati. Kekalkan hukuman mati mandatori adalah wajar. Yg kes terlepas sbelum ni, geram btul yg polis bnuh dan belasah pompuan tu |
|
|
|
|
|
|
|
suhakam ni nak tukar hukuman gantung tu dengan hukuman tekap seterika panas 90 kali kat badan ke? ok jer. guna seterika wap tau |
|
|
|
|
|
|
|
bensolo333 replied at 26-7-2024 12:25 AM
suhakam ni nak tukar hukuman gantung tu dengan hukuman tekap seterika panas 90 kali kat badan ke? ok ...
I pun okay kalau mansuh hukuman gantung, tukar jadi tekap iron steamer 90 kali kat badan tertuduh + package kena simpan dalam bilik 10 hari sebelum dapat rawatan..which in the end semuan pun mampos kot |
|
|
|
|
|
|
|
abis tu bunuh org sampai mati tu adil ke? tak kejam ke? apa kata anak kau pulak kena bunuh, nanti jgn la ko ckp kejam ke apa ye atau nk tuntut hukuman gantung bagai.. ko nangis je la tepi bucu katil sambil pembunuh tu gelak2kan kau..bahlul punya manusia |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by delia3003 at 26-7-2024 02:27 AM
Adilkah untuk arwah yang dibuli beramai² sampai terseksa berhari²? Hala² banyak pulak bunyi. Elok la jadi pengajaran kepada kaki buli samseng. |
|
|
|
|
|
|
|
Tunggu anak2 SUHAKAM ni kena nasib yg sama..apa agaknya hukuman pulak terhadap pelaku2 tu menurut SUHAKAM.. |
|
|
|
|
|
|
|
biar keturunan ko yg kena tekap seterika panas pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Farhan ini mahu mati azab yach suhakam kena bakar/iron...slow death/moribund kena dera di banding kan 6 ekor kena gantung sakit sekejab saja... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku faham apa yang SUHAKAM nak sampaikan |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak ikut hak asasi manusia sgt. 6 6 ni pun kena sterrika balik la smcm arwah kena..baru sama2 hak asasi manusia mcm mana arwah kena. |
|
|
|
|
|
|
|
newyork replied at 26-7-2024 07:07 AM
Kalau nak ikut hak asasi manusia sgt. 6 6 ni pun kena sterrika balik la smcm arwah kena..baru sama2 ...
setuju sgt
Pastu biarkn 6 jahanam ni mati mereput perlahan2 |
|
|
|
|
|
|
|
So nk adil iron 90 tekapan pd setiap pelaku cmtu? |
|
|
|
|
|
|
|
setuju dgn suhakam tak patut gantung dorang. an eye for an eye, tekap je ngan iron mcmn dorang buat kat farhan dan jgn diberi rawatan. kalau ditakdirkan belum ajal, bagi balik kat makpak dia jaga anak setan biar hidup terseksa sampai mampos. mana2 jahanam yg tak tahan lalu endup mampos humban je dlm kubo. done. |
|
|
|
|
|
|
|
Suhakam nk bg diorg denda rm100 sorg je ke
Baru adil pd pendapat dia?? |
|
|
|
|
|
|
|
Abestu nak belasah, iron badan sekor2 pastu biar mati pelan2 je sekor2?
Tu lagi kejam kot |
|
|
|
|
|
|
|
dah bicara kat mahkamah rayuan kot.. amenda lah suhakam tongong ni.. human right tu patut dibela kat orang yg jadi mangsa & mati walaupun he tak patut mati.. bukan untuk mereka 6 orang neh.. aishhhh |
|
|
|
|
|
|
| |
|