CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 39573|Reply: 134

SUHAKAM bantah hukuman mati 6 pesalah kes Zulfarhan

[Copy link]
Post time 26-7-2024 12:00 AM | Show all posts |Read mode




PETALING JAYA – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) membantah hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan ke atas enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) berhubung kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.


Menerusi kenyataan Suhakam, meskipun bersama keluarga mangsa dalam memahami kesedihan dan mengakui seriusnya jenayah tersebut, suruhanjaya tersebut berpandangan hukuman mati bukan penyelesaian adil atau berkesan.


“Atas dasar tersebut, Suhakam meminta kerajaan mempertimbangkan semula pelaksanaan hukuman mati dan berusaha ke arah sistem keadilan lebih saksama dan berperikemanusiaan untuk semua.


“Suhakam mengucapkan takziah kepada keluarga Zulfarhan dan maklum akan keputusan Mahkamah Rayuan, baru-baru ini.


“Bagaimanapun gantung sampai mati adalah hukuman yang tidak boleh diubah dan tidak memungkinkan berlakunya pemulihan sekiranya ada kesilapan kehakiman,” katanya hari ini.


Selasa lalu Kosmo! melaporkan, enam bekas penuntut UPNM yang sebelum ini dipenjara 18 tahun kerana menyebabkan kematian tanpa niat ke atas Zulfarhan Osman dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan Putrajaya.


Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim diketuai Datuk Hadhariah Syed Ismail selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan dalam rayuan silang untuk mengembalikan semula kes itu daripada Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kepada pertuduhan asal di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.




Enam tertuduh itu ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd. Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd. Ali.


Menurut kenyataan Suhakam, ia juga bertentangan dengan gerakan global ke arah pemansuhan hukuman mati yang diakui banyak negara sebagai tidak berperikemanusiaan dan melanggar hak asasi manusia.


Katanya, keputusan Mahkamah Rayuan tersebut menandakan detik menyedihkan dan penting dalam sejarah kehakiman Malaysia.


“Dalam konteks ini, penting untuk menekankan aspek pemulihan kerana cara itu boleh membawa perubahan kepada pesalah menjadi masyarakat yang lebih bertanggungjawab.


“Pendekatan ini bukan sahaja menangani punca kelakuan ganas tersebut, tetapi juga membantu mencegah kejadian sama pada masa depan dengan menggalakkan persefahaman, empati dan tanggungjawab sosial dalam kalangan pesalah.




“Komitmen kami terhadap hak asasi manusia memberi mandat buat kami menyokong pemansuhan hukuman mati,” katanya.


Sumber: Kosmo






Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My


Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2024 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Tu dia. Dia mari dah!
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
“Atas dasar tersebut, Suhakam meminta kerajaan mempertimbangkan semula pelaksanaan hukuman mati dan berusaha ke arah sistem keadilan lebih saksama dan berperikemanusiaan untuk semua...”

Si pelaku tu semua manusia ke???
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nak laksanakan hukuman yang lebih adil dan saksama, makanya tekap la seterika ke badan pelaku2 bagi dorg rasa balik mcm mana arwah tu rasa. Pukul dan henyak sepertimana dorg buat kat arwah. Buat 2 hari berturut dan selepas tu jgn hantar ke hospital. Biar dorg rasa sama mcm mana arwah rasa. Barulah adil dan saksama.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Org2 kt suhakam ni takde steamer iron kt umah gamaknye? Kita ni pegang kepala steamer tu lama2 pun naik melecet tangan, apatah lagi wap panas tu terkena kat kulit sambil lalu pun dah mencicit sakit kot.. sape keje suhakam elok letak satu bot dgn pelarian rohingya sana.  
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 12:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Hak asasi mangsa yang mati kena seksa tu campak mana pulak? Terlampau fikir ham sampai penjenayah pun kau nak bagi lepas.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2024 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
antidote replied at 26-7-2024 12:17 AM
Kalau nak laksanakan hukuman yang lebih adil dan saksama, makanya tekap la seterika ke badan pelaku2 ...

Atau tekap badan semua ahli suhakam
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Dekat US kes terpaling hak asasi la buat ramai tak puas hati itu ambil hkuman ditgn sdiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2024 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bpbbppbp at 26-7-2024 12:41 AM

Wujudkan hudud dan qisas je. Ada hikmah jugak. Eye for an eye. lgi adil gitu
npe pembunuh tu tak stop bila 20 % melecur.. nak jugak smpai 90% melecurkan badan arwah. Dlm rumah terbakar pun, kalau dah melecur 90% org expect mati je.

Dgn tempoh yg lama kne seksa mcm tu, siapa je boleh survive hidup ??
Org yg normal blh fikir tindakan mcm tu blh mematikan. Arwah jerit minta tolong pun pembunuh masih nak seksa.   Slagi nmpk arwah ada kekuatan selagi tu lah nmpknya mrk nk seksa arwah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Menangguk di air keruh.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
90 kesan Tekapan iron kat badan, mintak hukuman lebih berperikemanusiaan?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang suhakam ni elok serumah je dgn 6jahanam...senang 6jahanam nak tekap bagi lepas gian psiko setan dorg
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Klau xde hukuman mati, society nmpk makin teruk je
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Apebenda la suhakam ni masuk campur
Ko patut selar UPNM tu jadi sarang lahirkan samseng dusun kg pisang..diam xberkutik lgsg pdhl org dh bising warden makan gaji buta
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 03:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Ambik steam iron kat rumah masing2, suruh 6 jahanam tu, tekap muka, badan, kotey, apam, pada ANAK2 ahli Suhakam tu. Haaaaa, time tu korang nak tak menyalak tak berperikemanusiaan bagai?? Tgk mcmana kau meghoyan menurun memekak bagai? Cakap pandai lah, lahanat. Mak bapak arwah tu tunggul kayu ke takde perasaan??
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 03:10 AM | Show all posts
SUHAKAM-Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
habis tu arwah zulfarhan bukan manusia? Tak layak untuk dapat human rights?

“Atas dasar tersebut, Suhakam meminta kerajaan mempertimbangkan semula pelaksanaan hukuman mati dan berusaha ke arah sistem keadilan lebih saksama dan berperikemanusiaan untuk semua.

Adakah apa yang 6 OKT buat ke atas arwah sangat berperikemanusiaan? 90 kesan iron itu sangat berperikemanusiaan?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2024 03:15 AM From the mobile phone | Show all posts
bpbbppbp replied at 26-7-2024 12:37 AM
Wujudkan hudud dan qisas je. Ada hikmah jugak. Eye for an eye. lgi adil gitu
npe pembunuh tu t ...

Arwah jerit dikatanya arwah berlakon
Bangang!!!
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 04:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Lama da perhati suhakam ni. Kasi tekap iron sekali kat suhakam ni diam lah dier nanti. X caya leh try.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 06:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Ketua suhakam ni orabg baru ker...sbb sblm ni senyap jer
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 06:24 AM | Show all posts
kalau budak yang kena seterika tu budak Cina, aku rasa Suhakam dari dulu dah kempen hukum bunuh kat enam orang pelaku tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.056271 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list