CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18953|Reply: 12

[Jenayah] Belajar Memandu Di Malaysia, Boleh Membuatkan Stres!

[Copy link]
Post time 26-7-2024 01:18 PM | Show all posts |Read mode


Belajar memandu di Malaysia bukanlah perkara yang mudah dan malah akan memberi tekanan lagi.

Berdasarkan laporan dari Zutobi, sebuah platform pendidikan pemandu, Malaysia berkongsi kedudukan dengan Greece sebagai negara kedua paling ‘stress’ di dunia untuk pemandu baru belajar memandu.

Sebaliknya, Singapura dicatatkan sebagai negara paling kurang tekanan bagi pemandu baru.

Dengan skor hanya 2.38 daripada 10, Malaysia berada sedikit di atas Poland (2.14) dan berkongsi tempat bersama dengan Greece.

Kenapa memandu di Malaysia boleh buat orang tertekan?

Malaysia mempunyai 85,000 kenderaan bagi setiap 100,000 orang, menyebabkan kesesakan lalu lintas yang besar.

Jumlah kenderaan yang tinggi ini membuatkan pemanduan di jalan raya menjadi lebih mencabar, terutamanya bagi mereka yang baru belajar.

Selain itu, negara ini mencatat 23 kematian akibat kemalangan jalan raya bagi setiap 100,000 orang – salah satu kadar tertinggi di dunia.

Statistik ini menambahkan tekanan kepada pemandu baru yang perlu sentiasa berwaspada dan berhati-hati.

Mengenai kualiti jalan pula, berdasarkan laporan Forum Ekonomi Dunia dalam Laporan Daya Saing Global 2020, kualiti jalan raya di Malaysia mendapat skor 5.3 daripada 10.

Belajar memandu di Malaysia bukan sekadar belajar kemahiran memandu, tetapi pelajar baharu juga perlu belajar untuk sabar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-8-2024 12:26 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu yg mengajar perangai xsemengah dan rempit
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 08:12 PM | Show all posts
Bukan blj memandu je yg stress, kekadang tu bawa kereta dgn jalan yg disempitkan dek pembangunan atau pemotor yg suka cilok sana sini pun stress.  
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
elakkan hon ye acik2
kesian mereka baru belajar
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Pajeri_Nenas replied at 26-7-2024 12:04 PM
Cikgu yg mengajar perangai xsemengah dan rempit

Masa cikgu ajar xde menteri dan ambulan
Nak lalu .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2024 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 26-7-2024 12:12 PM
Bukan blj memandu je yg stress, kekadang tu bawa kereta dgn jalan yg disempitkan dek pembangunan ata ...

Sekarang ada trend bawa kereta lampu tak on
Waktu malam
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2024 01:53 PM | Show all posts
gigahertz replied at 27-7-2024 01:44 PM
Sekarang ada trend bawa kereta lampu tak on
Waktu malam

Eh, gilalah........ Bahaya.  Buatnya travel di jalan yg gelap, mampus cepat, melanggar atau dilanggar atau masuk gaung, hilang tanpa berita.  Tau2 dah jdi rangka.  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2024 08:39 AM | Show all posts
setakat drive pun stress ko duduk dlm celah kain mak ko lah
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 09:03 AM | Show all posts
aku ingtkan kat india atau kat indonesia yg stress memandu,sana mecenya yarobai
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 09:24 AM | Show all posts
huh....elok bwk kete kat depan umah jek tu pun stress jiran paking depan pintu umah
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 10:16 AM | Show all posts
tp skrg mmg agak bnyk stage nk kena lalu sblm btl2 test dgn jpj
dah tu nk kena set date yg berjarak2 plk


Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 10:18 AM | Show all posts
aku yg stress dok follow belakang kereta budak belajar memandu dahla jalan 1 lane. slow bawak nak overtake takleh sbb double line
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 01:54 AM GMT+8 , Processed in 0.050534 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list