View: 18757|Reply: 14
|
[Jenayah]
Muka Helok Seiras Arwah Zulfarhan, Berbesar Hati Nak Jumpa Keluarga Arwah!
[Copy link]
|
|
Pemergian seorang anggota kadet Allahyarham Zulfarhan Osman telah meninggalkan kesan mendalam kepada ramai orang terutamanya keluarga arwah. Beliau telah dibuli dengan amat zalim sehingga membawa kepada kematian yang amat mengerikan.
Pun begitu, hantaran terbaharu oleh penyanyi lagu popular ‘Oh My Kadhale’, Zubir Khan di TikTok telah dibanjiri dengan komen netizen yang mengatakan wajahnya seiras dengan arwah Zulfarhan.
Dalam video tersebut, Zubir dilihat berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur sambil mengenakan pakaian tradisional masyarakat India.
Netizen berpendapat wajah Zubir nampak sama seperti Allahyarham Zulfarhan Osman ketika senyum, jadi, ramai antara mereka juga memberikan cadangan supaya penyanyi itu menziarahi keluarga arwah.
Sedikit sebanyak mungkin juga boleh mengubat rindu kedua-dua ibu bapa arwah Zulfarhan.
Selama ni aku asyik tengok Zubir ni senyuman dia macam pernah nampak, rupanya macam arwah Zulfarhan. – netizen
Zubir minta info keluarga arwah
Disebabkan itu, penyanyi berkenaan telah berbesar hati mahu berjumpa dengan keluarga arwah dan dia telah meninggalkan komen sekiranya ada sesiapa yang boleh berkongsi info keluarga arwah kepadanya.
Hai semua, boleh tak nak dapatkan info keluarga Zulfarhan? – Zubir
Nanti update kalau pergi jumpa keluarga arwah tau. Mesti ibu bapa dia rindu bang.. – netizen
Pada Selasa lepas (23 Julai 2024), enam tertuduh yang menyebabkan kematian Allahyarham Zulfarhan Osman telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Rayuan selepas didapati bersalah membunuh arwah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
similar tp bkn dia.. orangnya dah tak da.. pergi pun dlm keadaan derita, tak ada ganti |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dia pergi..blh hilangkan rindu family oe..kalau blh..pergi la bang..
muka he mcm bdk sekolah i dlu..lupa nama dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Akak nak nangis pulak dah rasanya sissy. Janganlah akak masih kat opis ni sissy. Nanti kat kereta menangislah puas2 sissy! |
|
|
|
|
|
|
|
jauh rupanya..
dengan gusi kuda..
mana sama.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa muka dia tak mcm tipikal khan yg lain? |
|
|
|
|
|
|
|
sipi2 jer. netizen pun memandai2 soh jumpa parents arwah. |
|
|
|
|
|
|
|
Muka Melayu abis si Zubir nih. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak perlu la nak menunggang...Lain la kalau mak bapak zulfarhan tu sendiri cakap nak jumpa |
|
|
|
|
|
|
|
sendiri yang offer nak jumpa
ker atau family arwah yang nak jumpa
xde la sama sgt pun
memandai jer netizen |
|
|
|
|
|
|
|
klau parents arwah yg request nk jumpa sbb rindu nk peluk arwah boleh la p jumpa tp klau sndri volunteer mcm pelik je xke tkujat parents tgk ats bwh ape yg sma dgn arwah ank. Pelik2 je netizen ni. biar la fmly arwah heal luka duka kerinduan mereka dgn cara mereka sndri. |
|
|
|
|
|
|
| |
|