CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16410|Reply: 0

[Tempatan] Sekolah vernakular dipertimbang terima sumbangan syarikat minuman keras

[Copy link]
Post time 26-7-2024 07:41 PM | Show all posts |Read mode
TERKINI

Sekolah vernakular dipertimbang terima sumbangan syarikat minuman keras

Oleh MUHAMMAD NAJIEB AHMAD FUAD

26 Julai 2024, 4:56 pm



GAMBAR HIASAN


PUTRAJAYA – Kerajaan mengambil pendirian untuk memberi pertimbangan kepada sekolah vernakular menerima sumbangan dana daripada syarikat minuman keras melalui Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) dan yayasan.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan memaklumkan, ia seperti mana yang diamalkan sejak beberapa pentadbiran terdahulu dan tidak pernah dipertikaikan mana-mana pihak.


KPM berkata, perkara itu diputuskan melalui mesyuarat Jemaah Menteri kelmarin yang bersetuju bersetuju mengekalkan garis panduan sedia ada yang antara lain menggariskan aktiviti sumbangan dana kepada sekolah tidak boleh memapar dan mempromosi minuman keras di dalam premis sekolah.

“Bagaimanapun, Jemaah Menteri menegaskan bahawa penganjuran aktiviti melibatkan jenama minuman keras tidak boleh melibatkan pelajar Islam,” katanya hari ini.

Sebelum ini, KPM melakukan siasatan lanjut berhubung dakwaan sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina di Sepang menerima sumbangan daripada syarikat minuman keras.

Ahad lalu, kontroversi tercetus apabila konsert amal pendidikan bertujuan membuat kutipan membina dewan sekolah itu yang didirikan sejak 30 tahun lalu, didapati turut membabitkan sumbangan dan tajaan sebuah syarikat arak.

Ia bagaimanapun menimbulkan kemarahan beberapa pihak termasuk Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh yang menyokong Kementerian Pendidikan melarang sumbangan membabitkan hasil aktiviti perjudian, rokok, dadah dan minuman keras terhadap sekolah.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dilaporkan akan memberikan penjelasan kepada Kabinet berhubung isu sumbangan dan tajaan syarikat minuman keras kepada sekolah Cina. – KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/07 ... ikat-minuman-keras/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:40 AM GMT+8 , Processed in 0.325681 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list