CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16200|Reply: 3

[Tempatan] 'Demo Rakyat Hukum Anwar': Tindakan tegas menanti peserta - Polis

[Copy link]
Post time 26-7-2024 07:56 PM | Show all posts |Read mode
KES

'Demo Rakyat Hukum Anwar': Tindakan tegas menanti peserta - Polis

Julai 26, 2024 @ 7:40pm

Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
[email protected]





IPOH: Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang menyertai perhimpunan Selamatkan Rakyat Malaysia 2.0 yang dijadual berlangsung di hadapan Pejabat Pusat Khidmat Parlimen Tambun, Meru Raya, petang esok.


Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata ia susulan pemakluman mengenai penganjuran perhimpunan itu didapati tidak lengkap serta tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736) termasuk dari segi kebenaran pemilik tanah.

Polis bagaimanapun mengesahkan menerima pemakluman mengenai penganjuran perhimpunan bertemakan 'Mahkamah Rakyat Hukum Anwar' pada Rabu lalu daripada penganjur iaitu badan bukan kerajaan (NGO) Sekretariat Selamatkan Malaysia 2.0.

"Setelah disemak, pemakluman mengenai penganjuran perhimpunan itu didapati tidak lengkap serta tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.


"Oleh demikian, pihak polis menasihatkan supaya orang ramai tidak menyertai perhimpunan ini kerana ia merupakan perhimpunan yang menyalahi undang-undang.

"Tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyertai perhimpunan berkenaan kerana ia tidak mendapat kebenaran daripada pemilik tanah seperti ditetapkan di bawah Akta 736," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, polis hanya meluluskan permohonan permit penganjuran program ceramah yang dipohon NGO terbabit yang dijadual berlangsung malam ini di Jalan Menteri, Kampung Manjoi, di sini.

Terdahulu, media melaporkan mengenai Himpunan Selamatkan Malaysia 2.0 bertemakan 'Mahkamah Rakyat Hukum Anwar' anjuran NGO Sekretariat Selamatkan Malaysia 2.0 dijadual diadakan sekitar negeri Perak khususnya membabitkan kawasan di parlimen Tambun bermula hari ini (26 Julai) hingga Ahad.

Pengerusi Sekretariat Selamatkan Malaysia 2.0, Tun Faisal Ismail Azizi dilapor berkata beberapa siri ceramah umum dan perhimpunan aman akan diadakan sekitar Perak termasuk di kawasan parlimen Tambun.

Dalam pada itu Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, beliau meminta masyarakat tidak berterusan membudayakan seruan menukar kepimpinan kerajaan hanya berdasarkan slogan yang dilaung atau diuar-uarkan oleh sebilangan badan bukan kerajaan.

Kata beliau, sesebuah kerajaan ditubuh berdasarkan kepada bilangan wakil rakyat iaitu ahli parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), yang justeru tuntutan serta kehendak yang disuarakan oleh NGO bagi menukar kerajaan tidak seharusnya dilayan.


https://www.bharian.com.my/berit ... nanti-peserta-polis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-7-2024 07:57 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2024 08:00 PM | Show all posts
BERITA  > Semasa

Polis tak benar himpunan depan pusat khidmat Anwar esok

Oleh
SAIFULLAH AHMAD

26 Julai 2024 12:29pm

Masa membaca: 4 minit



Gambar kecil: Abang Zainal Abidin


IPOH - Polis tidak membenarkan sebarang perhimpunan yang dirancang untuk diadakan di hadapan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Tambun, Bandar Meru Raya pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, terdahulu pihaknya mengesan satu video yang dimuat naik oleh pemilik akaun laman media sosial Facebook yang memaklumkan bahawa satu perhimpunan akan diadakan di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Tambun itu.


Menurutnya, pihak polis memang ada menerima pemakluman di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 daripada Sekretariat Selamatkan Malaysia berkaitan Himpunan Mahkamah Rakyat Hukum Anwar yang dijadual diadakan di lokasi itu.

"Setelah disemak, kita mendapati pemakluman ini tidak lengkap dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan di bawah Akta Perhimpuan Aman 2012.


"Oleh yang demikian, pihak polis menasihatkan supaya orang ramai tidak menyertai perhimpunan ini kerana ia merupakan satu perhimpunan yang menyalahi undang-undang," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Abang Zainal Abidin berkata, tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana pihak yang menyertai perhimpunan berkenaan.


Menurutnya, keputusan itu dibuat disebabkan ia tidak mendapat kebenaran daripada pemilik tanah seperti ditetapkan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

Pada 29 Jun lalu, seramai kira-kira 150 orang peserta perhimpunan berbaju hitam berhimpun di kawasan letak kenderaan pekarangan Kompleks Seri Perdana, Putrajaya bagi mengemukakan lapan tuntutan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


https://www.sinarharian.com.my/a ... -khidmat-anwar-esok
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2024 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
nengok kt YT ABANGLA protes berlari lari bawa bendera Msia@Jalur Gemilang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.070816 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list