View: 13411|Reply: 17
|
Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Peguam Dedah Isteri Tertuduh Belum Bersedia Untuk Tampil
[Copy link]
|
|
Hari ini, Muhammad Alif Monjani didakwa di mahkamah atas pertuduhan membunuh bekas penuntut UPSI, Nur Farah Kartini pada 10 Julai lalu.
Menurut peguam bela, Nur Aida Md Zainuddin keluarga tertuduh masih memberikan sokongan terhadapnya dan hadir ke Mahkamah Kuala Kubu Bharu hari ini.
Bagaimanapun, Nur Aida memaklumkan isteri tertuduh masih belum bersedia untuk tampil.
"Keluarga memang bagi sokongan. Namun buat masa sekarang, isteri (tertuduh) masih belum boleh keluar dan belum bersedia. Hari ini yang hadir cuma bapa dan adik beradik kepada tertuduh."
Tambahnya, proses di mahkamah yang berlangsung hari ini masih di peringkat pertuduhan dan pihaknya belum menerima sebarang dokumen.
Mahkamah menetapkan tarikh 30 Ogos untuk sebutan semula kes.
Sumber : Beautifulnara
Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
|
|
|
|
|
|
|
Wajib ke untuk isteri tertuduh hadir? Atas dasar apa, bagi sokongan moral? Tak cukup ke dia kena hadap perangai suami yang berskandal di belakang dia? Lepas tu pergi mahkamah, reputz interview dia soal macam2. Lepas tu kat mahkamah jumpa ahli keluarga mangsa yang mana si mangsa tu jadi pihak ketiga rumahtangga dorang.
Serius tak faham. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Suchi at 26-7-2024 11:31 PM
Binodino replied at 26-7-2024 10:32 PM
Wajib ke untuk isteri tertuduh hadir? Atas dasar apa, bagi sokongan moral? Tak cukup ke dia kena had ...
Kalau dia tanak tonjolkan diri takyah la cari dia, sejak dr awal pun dah gitu.
Baca komen2 kat socmed pun dah buat dia serabut sampai tertekan lagi nk hadap masyarakat.
Media pun dia tanak jumpa, bkn semua org jenis suka kan perhatian.
Setau iols jarangla keluarga OKT nk mencapub beria2, sbb ni bukan sesuatu yg dibanggakan pun.Satu dunia duk kata mcm2 emm baik diamkan diri jela.
Kang nanti salah bual netizen mula ckp mcm2, la ni org suka menilai body language la mcm2 pastu tularkan video dan gambar org. Acik2 mulut puaka plak mmg suka mengata mcm2.
Iols pun dh ingatkan diri, andai diuji apa2 tragedi yg menggemparkan iols akan elakkan drpd ditemubual/divideokan oleh media or sesapa je.
Jangan bg peluang acik2 menilai iols hahahah
|
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 26-7-2024 11:27 PM
Kalau dia tanak tonjolkan diri takyah la cari dia, sejak dr awal pun dah gitu.
Baca komen2 kat soc ...
Itulah. Tertanya2 jugak siapa & kenapa yang kepochi sangat tanya pasal isteri tertuduh. Kalau wife dia taknak munculkan diri so what? Prosiding tu tangguh ke kalau wife tertuduh tak hadir? Ke as a wife, orang expect dia hadir bagi moral support kat suami yang dituduh? Eh korang ingat bini dia tu boneka ke? Dah la baru kahwin, baru dapat anak, suami pulak berskandal sampai berbunuhan.
If reputz yang tanya soalan tu, i wonder ke mana hilangnya sensitiviti & empati dorang. Yang bertanya tu reputz meja jenayah atau meja gosip? Tanya soalan macam makcik bawang |
|
|
|
|
|
|
|
tak payah keluar la tnjuk muka utk org tepek pic merata alam pastu komen mcm2. sedangkan benang sebelah tu pun siap kene kutok gemok sbb tu la laki cari skandal. pompuan enabler la blablabla pdhal org tu entah tau ke tidak lakinya ada hub before kawen.
dah jd kes camni, kalau iols pun lantak la situ nak masuk jail ke kene gantung. terbukti bunuh org kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Dengan netizen hanat body shaming dia, baik la tak payah keluar.. fokus kt mental stability, anak.. lepas tu kerja.. harap majikan ada budi bicara kalau si isteri masih lg bekerja |
|
|
|
|
|
|
|
xyah la keluar..nanti teruk kena kecam kt medsoc...
org kita ni bkn kira suka kutuk kaw kaw nnti..tambah tambah kalau wajah below oar confirm kena kutuk..apooo..to bini dia lawo kann org ckp..xtau la betul x |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian dia.. Mesti la trauma.. Baik jaga kesihatan diri dan anak tu elok2.. Wartawan n netizen yg mencari dia tu, usah la dilayan dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya jd wife dia ko sabar banyak2 kak..andai ko tak bersalah dalam hal ni, andai ko mmg mangsa keadaan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 26-7-2024 11:27 PM
Kalau dia tanak tonjolkan diri takyah la cari dia, sejak dr awal pun dah gitu.
Baca komen2 kat soc ...
Especially acik porum
Rambut tebal serabai lah
Mata kero lah
Refer pd kes mahkamah pg td
|
|
|
|
|
|
|
|
Tiggybiru replied at 27-7-2024 12:22 AM
Sedihnya jd wife dia ko sabar banyak2 kak..andai ko tak bersalah dalam hal ni, andai ko mmg mang ...
Yg kena dakwa kat mahkamah laki dia sorang je, knp masih nk sebut “andai ko tak bersalah”
Apa2 tindakan si suami sendiri buat sendiri tanggunglah.
Salah dia tak pandai jaga laki ke? Lakinya bukan budak kecik nak keja jaga nk kena sentiasa ingatkan “jgn gaduh ngn org ye, jangan bunuh org ye”
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cap_ayam at 27-7-2024 06:08 AM
Tindakan bijak dan wajar oleh isteri. Takde keperluan pun nak hadir expose diri. |
|
|
|
|
|
|
|
Bini n Anak dia paling kesian dlm kes ni. Nampak x Bini dia xsibuk nak ajak Netizen kecam jantan xguna ni n terus menyepi. Xsibuk nak kejar limelight. |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 27-7-2024 12:23 AM
Especially acik porum
Rambut tebal serabai lah
Mata kero lah
Marahkan perbuatan cukuplah toksah la nak face/body shaming ye dak
Iols pun tak minat nak komen pasal rupa or fizikal.
Lebih suka fokus pada kes je.
Menda2 tak da kaitan tu takyah la sibukkan |
|
|
|
|
|
|
|
Binodino replied at 26-7-2024 11:37 PM
Itulah. Tertanya2 jugak siapa & kenapa yang kepochi sangat tanya pasal isteri tertuduh. Kalau wife ...
Org tu nak kuar pi keje pun tak mampu, lagi nak hadap media yg ramai2 kat mahkamah plak.
Duk dendiam senyap tak bg kenyataan apa2 pun dah kena kutuk mcm2 ni kan plak kalau munculkan diri
Situasi dia skrg ni sukar, dia muncul atau tidak tetap akan dipersalahkan.
Tau jela tahap kepochi netizen sampaikan hal umahtangga org pun dorang plak sibuk nak tentukan itu ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 27-7-2024 12:42 AM
Marahkan perbuatan cukuplah toksah la nak face/body shaming ye dak
Iols pun tak minat nak komen pa ...
Acik forum mmg terpaling kan. Dalam ni berani mengutuk jumpa depan diam seribu, angkat muka pun tak berani. Sebelum tulis istighfar banyak2. Tak ingat kot yang 9 jari menunjuk kat diri sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Leave her alone la. Knowing netizen bila da keluar mesti kena body face shaming. |
|
|
|
|
|
|
|
Acik2kepam replied at 27-7-2024 06:03 AM
Yg kena dakwa kat mahkamah laki dia sorang je, knp masih nk sebut “andai ko tak bersalah”
Apa2 ...
Bukan camtu acik kepam..
Kita taktau apa berlaku blkg tabir
Apa yang sebenarnya mendorong suami dia bunuh kekasih gelap tu
Kita taktau sejauh mana penglibatan dia dalam hal jenayah suami dia ni…
Itulah maksud statement saya itu acik kepam |
|
|
|
|
|
|
| |
|