View: 32327|Reply: 85
|
[Tempatan]
Isu tajaan syarikat arak: Muslim tidak patut hantar anak-anak ke sekolah Cina memandangkan sekolah vernakular itu mempunyai elemen tidak halal – Bekas EXCO DAP.Anda setuju?
[Copy link]
|
|
Muslim tidak sepatutnya menghantar anak-anak mereka ke sekolah Cina memandangkan sekolah vernakular itu mempunyai elemen tidak halal, kata bekas EXCO Negeri Selangor dari DAP, Teng Chang Khim.
Mencadangkan perkara itu, Chang Khim berkata sekolah Cina sememangnya dibina dan disokong oleh masyarakat bukan Islam yang terlibat dalam perniagaan tidak halal sejak sekian lama.
“Mengikut logik kamu (Hanipa), Muslim tidak sepatutnya menghantar anak-anak ke sekolah Cina kerana setiap sekolah Cina dibina dengan derma mereka yang minum arak, makan babi, menjual arak dan menjual babi.
Setiap meja, kerusi, bilik darjah dan dinding tidak halal bagi Muslim. Jangan datang!” kata Chang Khim yang juga pemimpin veteran DAP itu dalam hantaran berbahasa Mandarin dan bahasa Inggeris di akaun Facebooknya, semalam.
Beliau berkata demikian merujuk kepada artikel kolumnis bekas Ahli Parlimen Sepang dari Amanah, Mohamed Hanipa Maidin yang disiarkan sebuah portal berita semalam, mempersoalkan adakah sekolah Cina wajar menerima dana sumbangan dari syarikat arak ketika terdapat pelajar dan guru Islam di sekolah terbabit.
Mohamed Hanipa berkata garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan jelas melarang sekolah menerima dana hasil sumbangan produk sumbangan produk tembakau dan minuman keras.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek kelmarin dilaporkan menolak memberikan sebarang pengecualian atau menyemak semula garis panduan yang melarang sekolah menerima dana daripada hasil penjualan produk tembakau dan minuman keras. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ada benarnya kata-katanya. Orang melayu patut hantar aje anak ke sekolah kebangsaan. Tapi kena redha ajelah dengan kemudahan yang ada kerana bergantung hampir sepenuhnya kepada dana kerajaan. Ibubapa kalau boleh tak mahu keluarkan duit satu sen pun untuk sekolah walaupun mereka sebenarnya mampu sangat. Mentaliti subsidi sudah sebati dalam diri. Tugas mereka cuma buat anak dan kerajaan kena tanggung semua |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pengecatbintang at 28-7-2024 08:12 AM
kalo gomen x bagi sekolah Cina terima derma dari sykt judi, arak, babi dll sykt yg tak halal..
mana depa nak dapat additional fund utk run sekolah tu yg akan beri keselesaan kpd murid2 utk belajar
kalo gomen dah tak bagi..
gomen patut allocate fund yg sama rata dgn sekolah kebangsaan..
--
bodo piang
timbulkan isu yg backfire orang melayu balik
apa lah bodo sangat
lepas ni kalo gomen terpaksa allocate fund sama rata dg sekolah kebangsaan
jgn ko menyalak marah plak
sbb ko yg timbulkan isu ni
selama ni anak melayu yg blaja kat skolah Cina..
mewah makan..
termasuk McD..
itu mungkin duit sumbangan dari tokey babi n arak tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada dua isu sebenarnya derma dan iklan. Dan mngkn derma tu dtg kerana iklan arak tu. Anyway iklan arak dah mmg illegal bkn saja utk org islam tapi utk semua org, judi prostitution mana boleh iklan. So is it ok for chinese school dpt income dari iklan billboard arak? Is it legal? Kalau legal then after this boleh la iklan judi prostitution sekali sbb sekolah perlukan wang maaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
jadi logik juga lah kalau sekolah vernakular diswastakan sepenuhnya selepas ni.
tak perlu terima peruntukan dah dari kerajaan. fair enough?
then, buat lah sesuka hati engkorang nak dapat tajaan dari company judi, arak, etc |
|
|
|
|
|
|
|
Alang2 dah boleh dapat tajaan dari syarikat arak tu.. Boleh lah promote peluang pekerjaan dalam bidang berkaitan arak tu pula nanti.. Hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
AverageJoe replied at 28-7-2024 09:44 AM
jadi logik juga lah kalau sekolah vernakular diswastakan sepenuhnya selepas ni.
tak perlu terima per ...
lawaklah statement ko ini, dulu sjkc memang nk diswastakan tapi kita kan ada penyata pendidikan,
pastu diswastakan jadi buku semua import dari China mcm sek swasta cina |
|
|
|
|
|
|
|
Macam-macam hal. Drop komen sbb nak kutip tacang |
|
|
|
|
|
|
|
Guna pendekatan cmtu..cm Bodo juga..abis muslim pi blaja oversea.. universiti sana lagilah hebat..dana dari Israel skali ada..tak bole blaja msuk la?
Klu guna pemahaman yg sama..org Non Muslim plak haram duk dalam negara ini pasal Islam agama persekutuan..dan mmg benda haram xleh campur maa dgn yg halal. Semua SJK srjk kna pindah ke tanah besar China dgn negara India .nk sekolah naik fight balik hari ja la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Apesal ni? Amende? Apa pasat?
|
|
|
|
|
|
|
|
Skang ni adakah sekolah vernakular ni akan patuh arahan kpm untuk tidak lagi menerima sumbangan dari syarikat2 ini? Kalau langgar ada kena tindakan x |
|
|
|
|
|
|
|
masalahnya tiada siapa pun paksa org islam masuk sek cina pun, korg yg nk masukkan anak sekolah tu kan pastu korang meroyan statement dia, pastu terus divert isu lain balik cina, india lah, apalah |
|
|
|
|
|
|
|
Masa zmn ank kecik,ada jugak berminat nk anta ke sekolah cina..tp sebab selalu berpindah² pastu duk jauh dari skolah cina.. |
|
|
|
|
|
|
|
apa boleh buat, polishitians cepat melatah, pulak tu melatah guna point yang lemah... sebab tu je level akal nya.... nak fight, terus guna point dari perspektif undang2/etc... ni balik2 nak petik dari pandangan islam, mana lah dia faham apa kita nak sampai kan... lak tu, menteri playsafe nak jaga muka dan hati semua pihak..
|
|
|
|
|
|
|
|
tp ada je cgu melayu mengajar kat sjkc.. haram gak ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Dah mula tafsir isu di luar konteks... |
|
|
|
|
|
|
|
Check sekali kalau ada sumbangan utk cuci duit. Report terus sprm.
|
|
|
|
|
|
|
|
zehra2 replied at 28-7-2024 03:43 AM
tp ada je cgu melayu mengajar kat sjkc.. haram gak ke?
A'ah la kot kak. Matilah kena isi egtukar or letak jawatan terus. |
|
|
|
|
|
|
|
Gunama replied at 28-7-2024 02:36 AM
Apesal ni? Amende? Apa pasat?
Ini statement orang yang sudah telasa hati. |
|
|
|
|
|
|
| |
|