View: 26440|Reply: 85
|
[Tempatan]
Dugaan Lim daftar politeknik
[Copy link]
|
|
Dugaan Lim daftar politeknik
Oleh KOSMO!
28 Julai 2024, 12:34 pm
Lim ketika baru sahaja tiba di Politeknik Balik Pulau dan bergambar bersama Zaidil serta senior-senior yang lain.
PETALING JAYA – Kisah seorang pelajar baharu untuk mendaftar pengajiannya bukan sahaja meruntun hari orang ramai malah memberi inspirasi kepada anak muda di luar sana untuk tidak berputus asa.
Cabaran pelajar baharu yang dikenali sebagai Lim itu bermula apabila terpaksa datang seorang diri ke Pulau Pinang dari Batu Pahat tanpa ditemani keluarganya kerana kurang berkemampuan.
Bagaimanapun, disebabkan pada waktu puncak dan tiket bas sudah pun habis dijual, Lim perlu datang awal sehari daripada hari pendaftaran yang ditetapkan ke Politeknik Balik Pulau.
Namun Lim bernasib baik apabila dirinya dibantu oleh seorang pegawai hal ehwal pelajar dikenali sebagai Zaidil Adha yang menguruskan kemasukan awalnya dari mula hingga ke akhir.
Menurut Zaidil di hantaran Facebooknya, pertama kali bertemu Lim adalah ketika dia baru sahaja tiba di hadapan perpustakaan politeknik dengan lengkap berbaju formal yang sepatutnya dipakai pada hari pendaftaran pada Ahad (28 Julai).
Zaidil kemudiannya meminta Lim untuk menukar baju untuk membawanya ke kedai terdekat untuk membeli barang kelengkapan diri sebelum mendapati pelajar itu tertukar bagasinya dengan penumpang lain.
“Saya tidak sanggup membiarkannya dalam kesulitan. Saya berkata, ‘Jom saya bawa awak ke Terminal Bas Sungai Nibong’. Bawa beg yang salah itu bersama.
“Dalam kereta, saya memberi semangat kepadanya. Saya bertanya berapa tambang Grab yang dia bayar tadi. Lim menjawab RM55. Terperanjat saya! Biasanya caj hanya dalam RM20 hingga RM25 sahaja.
“Saya sangat kagum kerana Lim bukan sahaja tidak pernah ke Pulau Pinang, dia juga tidak pernah menaiki bas ekspres,” tulisnya.
Ceritanya lagi, sepanjang perjalanan Lim kelihatan sangat teruja lebih-lebih lagi ketika melalui Jambatan Pulau Pinang dan sempat mengambil beberapa keping gambar untuk dihantar kepada bapanya.
Katanya, selepas bagasi Lim ditemui semula, Zaidil membawa pelajar itu pergi makan tengah hari serta membeli barang keperluan diri.
“Setiap kali mengambil barang, Lim akan mengira di kalkulator telefon bimbitnya untuk memastikan dia tidak melebihi bajet.
“Di kaunter bayaran, saya bayarkan semua barang yang dibelinya. Lim tunduk-tunduk seperti orang Jepun mengucapkan terima kasih. Sampai di politeknik, saya hantar Lim ke biliknya.
“Tak lama kemudian, senior-senior berbangsa Cina datang menyapa dan membantu Lim. Saya berasa puas hati dapat membantu pelajar ini. Moga Lim belajar bersungguh-sungguh di politeknik,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Cerita asal dari fb Zaidil Adha
Pada petang Jumaat, seorang bapa menghubungi pejabat saya dengan nada cemas. Dia memberitahu bahawa tiket bas dari Batu Pahat ke Pulau Pinang untuk 27.7.2024 sudah habis. Pendaftaran pelajar baharu Politeknik Balik Pulau (PBU) dijadualkan pada 28.7.2024, Ahad. Dalam keadaan terdesak, bapa ini membeli tiket pada 26.7.2024 (Jumaat) untuk anaknya, Lim, dan akan tiba di Pulau Pinang pada pagi 27.7.2024 (Sabtu). Bapa tersebut dengan rendah hati memohon agar Lim dibenarkan masuk asrama lebih awal.
Pada kebiasaannya ibu bapa akan menghantar anak untuk pendaftaran pelajar baharu. Namun bapa ini kurang kemampuan dan terpaksa menyuruh Lim pergi sendiri. Dia bertanya kepada saya, sampai Sungai Nibong, bas nombor berapa yang perlu diambil untuk ke Balik Pulau. Saya mencadangkan supaya Lim naik Grab kerana lebih mudah. Namun, bapa tersebut berkata, "wa duit tak cukup". Lim terpaksa naik bas Rapid Penang, berjalan kaki 20 minit dari perhentian bas terdekat ke PBU.
Saya sangat kagum kerana Lim bukan sahaja tidak pernah ke Pulau Pinang, dia juga tidak pernah menaiki bas ekspres. Saya meminta nombor telefon, nombor IC, dan nama penuh pelajar itu. Setelah mendapatkan kebenaran dari ketua jabatan, saya meminta rakan sekerja untuk mengambil kunci asrama bagi pihak Lim.
Pada pagi Sabtu, saya menghantar mesej kepada Lim, bertanya pukul berapa dia akan sampai di Pulau Pinang. Saya bercadang untuk menjemputnya di perhentian bas supaya dia tidak perlu berjalan kaki. Dia menjawab bahawa dia dalam perjalanan ke politeknik menggunakan Grab. Alhamdulillah, ini memudahkan kerja saya. Kemudian, dia mesej lagi, memberitahu sudah sampai di depan perpustakaan politeknik. Saya segera pergi ke sana.
Apabila tiba, saya melihat seorang pelajar berbaju putih, berseluar hitam dan bertali leher berdiri. Itu adalah pakaian untuk pendaftaran esok, tetapi dia memakainya hari ini. Lim sedang makan roti Gardenia yang dibawa dari Batu Pahat. Saya mengajaknya bersarapan di luar kerana kafe tidak dibuka hari ini. Namun, dia menolak dengan sopan, mengatakan dia sudah kenyang.
Dia bertanya di mana boleh membeli sabun basuh baju. Saya mengajaknya ke kedai terdekat dan memintanya menukar pakaian terlebih dahulu. Lim membawa beg ke tandas perpustakaan untuk menukar baju, sementara saya menunggunya di luar. Tiba-tiba, dia keluar dengan muka merah, mata berair, dan tangan terketar-ketar. Saya bertanya, "Dah kenapa pulak?"
Lim menjawab, beg besar yang dibawanya bukan miliknya. Beg dia tertukar semasa turun bas pagi tadi. Saya menghela nafas panjang, memikirkan banyak kerja yang perlu diselesaikan pagi ini. Namun, saya tidak sanggup membiarkannya dalam kesulitan. Saya berkata, "Jom saya bawa awak ke Terminal Bas Sungai Nibong". Bawa beg yang salah itu bersama.
Dalam kereta, saya memberi semangat kepadanya. Saya kata cabaran hari ini pasti ada manisnya di masa hadapan. Saya bertanya berapa tambang Grab yang dia bayar tadi. Lim menjawab RM55.00. Terperanjat saya! Biasanya caj hanya dalam RM20-RM25 sahaja. Lim menjelaskan masa sampai di stesen bas, driver cakap "Penang! Penang! Penang!" Lim pun turun. Sebenarnya itu baru stesen Penang Sentral, Butterworth, bukan Terminal Bas Sungai Nibong. Patutlah tambang Grab mahal.
Sampai di Sungai Nibong, kami terus ke kaunter khidmat pelanggan untuk menuntut beg Lim. Setelah memberikan maklumat yang diperlukan, kami disambungkan kepada wakil bas ekspres. Mereka memberitahu bahawa beg tersebut sudah dibawa ke Penang Sentral semula. Saya menarik nafas panjang lagi.
Kami menghala ke Penang Sentral. Di atas Jambatan Pulau Pinang, saya melihat Lim dengan diam-diam mengambil gambar. Saya berkata, "Ambillah gambar betul-betul, jangan malu-malu". Dia mengucapkan terima kasih dan memberitahu dia ingin menghantar gambar kepada ayahnya.
Saya bertanyakan tentang latar belakang keluarga, minat, target dia, pengetahuan tentang IT dan lain-lain sepanjang perjalanan. Sampai di Penang Sentral tempat tuntutan beg, Lim terus turun, dapatkan beg dan peluk beg dia. Patutlah tertukar, bentuk dan warna beg hampir sama.
Kes selesai. Kami patah balik ke pulau. Lim berkata, "Hari ni tiga kali saya naik Jambatan Pulau Pinang". Wajahnya tidak henti-henti memandang ke luar, menikmati pemandangan.
Kami singgah di Lotuss Sungai Dua kerana Lim ingin membeli barang. Saya mengajaknya makan di Medan Selera terlebih dahulu kerana saya belum makan sejak pagi. Saya belanja Lim makan bihun goreng Singapore. Lim mengatakan bihun tersebut sangat sedap. (Sebab free kan, haha)
Kami kemudian masuk ke supermarket. Lim berkata, "Batu Pahat tidak ada Lotuss. Sini barangnya banyak". Setiap kali mengambil barang, Lim akan mengira di kalkulator telefon bimbitnya untuk memastikan dia tidak melebihi bajet. Di kaunter bayaran, saya bayarkan semua barang yang dibelinya. Lim tunduk-tunduk seperti orang Jepun mengucapkan terima kasih.
Dalam perjalanan ke Balik Pulau, Lim bertanya tentang kedai ubat Cina. Ayahnya pesan untuk makan buah tembikai, makan ubat, dan minum teh kekwa. Saya singgah di kedai sensei Balik Pulau dan membiarkan Lim mencari ubatnya.
Sampai di Politeknik Balik Pulau (PBU), saya hantar Lim ke biliknya. Tak lama kemudian, AJK-AJK senior Chinese datang menyapa dan membantu Lim. Saya berasa puas hati dapat membantu pelajar ini. Moga Lim belajar bersungguh-sungguh di PBU.
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga berjaya. Kena kuat semangat dik |
|
|
|
|
|
|
|
bestnya baca berita mcmni..alhamdulillah org baik2 ada lagi |
|
|
|
|
|
|
|
3 kali i scroll..kt atas takde pun ckp bagasi hilang.cuma ckp bila berjaya ditemukan je..
ckp psl tertukar beg ni i pernah jd..balik dr asrama masa sekolah..kebetulan beg i kartun sama ngn sorg student laki ..kita letak beg sama tmpt...then bapak i dtg pickup i salah amek yg he pinya..
masa dlm keta i bkk beg tu nk amek apanth..i tkjut tgk bkn brg i..tp.doam je sbb tkt kena mrh ngn bapak i..
mlm tu bdk laki tu call hp..
ayah i bwk p tkr
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah bila orang baik hati kerja tak tolak sana sini, tolong sampai jadi. Tahniah Zaidil..untung majikan dapat staf yg bagus. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebak pulak baca kisah Lim ni sbb buat iols teringat kisah kawan2 yg kurang berkemampuan masa sambung belajar dulu..ada kwn yg mmg miskin tegar, dtg keluarga yg betul2 susah..kalau ikutkan hati kwn iols tu dia xnak sambung belajar, nak kerja terus plus result spm pun cukup2 mkn je tp dorongan mak ayh dia yg buat dia kuat habis pgajian. Kiranya kwn iols ni pecah tradisi keluarga sambung belajar.
|
|
|
|
|
|
|
|
aku dulu, pergi USM naik keretapi.... murah, jimat, sampai pagi2, sedang elok |
|
|
|
|
|
|
|
jauhnye die dpt blaja..xde ke poli yg dkt2..ke poli ni ikut course jugak..kesian org susah2 kene p jauh2...eh jgn kate minda ai singkat tau..skang SBP dan MRSM pon diorg letak student yg dkt2 je ngan rumah...xde mcm dlu ntah ke mana2 hantar konon2 nak integrasi antara negeri |
|
|
|
|
|
|
|
Ada budak melayu sibuk menjual "degree itu bocah" sedangkan pemuda lain menempuh pelbagai dugaan nak menuntut ilmu. Dari sini kita dah nampak pihak mana yang tin kosong, yang mana otak berisi. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus pegawai HEP ni. Responsible! Tak lepas tangan. Semoga dipermudahkan urusan and to Lim, all the best! |
|
|
|
|
|
|
|
good luck |
|
|
|
|
|
|
|
rileks...ada jer bdk pedalaman punya 'pengalaman lebih teruk' drp ni...hanya saja tidak diceritakan sb..hp pon nokia 3310. |
|
|
|
|
|
|
|
mmg ada ye orang yang memang miskin...
dulu masa aku daftar uni.. tak terfikir pon pasal kemiskinan yang sampai tahap takleh nk hantar anak. sebab ye la.. zaman sekolah manala mata ni nak terbukak sangat.. takde pengalaman sangat.
rupa2nya my husband pon.. masa register siap sewa kereta dr kampung nak ke utara. kena mintak tlg org kampung bawakkan.. and heols kumpul duit gaji sendiri keje lepas diploma semata2 nk sambung degree... sedangkan ai? aman2 ja siap shopping bagai nak masuk uni.
semoga adik ni cekal.. jati diri kuat.. jangan mudah tergoda dengan godaan kawan2.. ingat asal usul.. ingat niat nk tolong parents.. |
|
|
|
|
|
|
|
OK la. Nk kagum jugak wpon Sikit2 je sbb apak dia mampu gak la belikan henpon. Org yg btul2 tak mampu ni henpon pun tak pernah mimpi. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bpbbppbp at 29-7-2024 01:11 PM
talapia replied at 29-7-2024 12:42 PM
mmg ada ye orang yang memang miskin...
dulu masa aku daftar uni.. tak terfikir pon pasal kemiskinan ...
Terharu huhu. Rmai jugak yg iol kenal dulu, dri keluarga susah. Kadang2 nak balik university, mak dia bagi duit syiling je. Sbb xde duit. Ayah pulak kerja kampung cmtu. Ada yg pkai handphone xde wasap. Kadang2 duit ptptn yg dpat pun bagi kat family kat kampung. Ada yg mkn roti je x mkn nasi. Rsenya dlm byk2 Kali iol pergi kafe, skali je iol tgk dia mkn nasi. Tu pun dia ambil nasi byk2 dlm satu pinggan. Ada yg tunggu kafe tutup sbb nak beli mkanan diskaun. Makanan tu pulak yg pagi tadi. Sbb dia mmg xde duit. Dia tenung je mkanan tu kat kafe. Ada mkn nasi dgn kuah je. So kdg2 kawan2 dia belanja lah dia tu klau tau mcm tu. Tpi kdg2 kita xtau pun dia dri fmly susah. Iol tau pun sbb slalu lepak kafe tu huhu. Tpi university dgn ketua program mmg kena cakna lah dgn org susah ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Kau belajar kat Singapore jelah...gigeh nak jadi Penangite. Sama juga kiasu anywhere wherever |
|
|
|
|
|
|
|
azimodin replied at 29-7-2024 12:01 PM
Ada budak melayu sibuk menjual "degree itu bocah" sedangkan pemuda lain menempuh pelbagai dugaan nak ...
Cina banyak buat degree palsu dari kolej tah pape.
Kalau kau berniaga kau ambil lah Cina, degree palsu, demand gaji, perangai play victim |
|
|
|
|
|
|
|
mawardia replied at 29-7-2024 12:05 PM
Bagus pegawai HEP ni. Responsible! Tak lepas tangan. Semoga dipermudahkan urusan and to Lim, all th ...
Kalau Sekolah Cina perihatin ke dgn isu arak, babi dan judi online di Sekolah Cina? |
|
|
|
|
|
|
| |
|