CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 35238|Reply: 55

[Tempatan] Isteri rayu suami pulang, gagal dikesan sejak lima hari

[Copy link]
Post time 29-7-2024 03:35 PM | Show all posts |Read mode
Isteri rayu suami pulang, gagal dikesan sejak lima hari

MUHAMMAD FAEZ gagal dikesan sejak lima hari lalu ketika keluar dari rumah yang terletak di Kampung Parit Haji Anuar, Air Hitam, Muar memandu kereta Kia Cerato seorang diri.

MUAR – Seorang isteri merayu agar suaminya pulang ke pangkuan keluarga selepas gagal dihubungi selepas keluar bekerja sejak 25 Julai lalu.

Hasnah Hussin, 29, berkata, suaminya, Muhammad Faez Zainuddin, 33, keluar dari kediaman mereka di Kampung Parit Haji Anuar, Air Hitam di sini kira-kira pukul 8 malam.

Menurutnya, suaminya memaklumkan ada kerja luar (outstation) menghantar barang ke Klang, Selangor.

“Biasa kalau ada ‘outstation’ atau kerja, suami saya bawa motosikal untuk mengambil lori yang diparkir terletak kira-kira dua kilometer dari rumah.

“Tetapi malam itu, dia (Muhammad Faez) keluar bawa kereta jenis Kia Cerato berwarna kelabu bernombor pendaftaran WA 5152B, dia cakap nak hantar barang ke Klang.

“Tidak lama selepas itu, kelindan dia dan majikan ada hubungi saya tanya Muhammad Faez di mana, saya terkejut sebab dia keluar nak ambil lori,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hasnah berkata, dia dan ahli keluarga yang lain cuba menghubungi nombor telefon Muhammad Faez namun gagal selain cuba menjejak laluan biasa ke tempat lori diletakkan.

Susulan kejadian itu, Hasnah berkata, dia membuat satu laporan polis di Balai Polis Parit Sulong, Batu Pahat pada 26 Julai lalu.

“Sehari sebelum kejadian, kami ada selisih faham cuma hal kecil sahaja, biasalah suami isteri, malam dia keluar dia bersalaman seperti biasa dengan saya dan anak kami yang berusia setahun sebulan,”katanya.

Hasnah memohon bantuan orang ramai agar tampil membantu mengesan Muhammad Faez dan boleh menghubunginya ditalian 017-3076224 atau melaporkan ke balai polis berdekatan. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2024 03:58 PM | Show all posts
Moga dijumpai dengan selamat
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
lari pegi kawen no 2 kt siam ke
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 04:14 PM | Show all posts
aduii ramai lak skang ni ghaib
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Sana sini kes hilang tak balik.. Tak kira laki pompuan..apalah nak jadi..moga a takat merajuk2 manjah jelah ye..takut dimadukan atau dibalukan jerlah..gitulah kata hati hitam akak kuntet..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorang lagi hilang...moga baik2 saja
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-7-2024 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Maybe sudah berbini dua songkla nun
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga selamat dijumpai...
kesian bini tu tercari-cari
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2024 04:30 PM | Show all posts
Cari lah di sekitar semak samun sepanjang laluan yg ada
Dah selalu sangat, kereta motorsikal terbabas, masuk semak samun, masuk longkang, masuk parit, x ada siapa yg sedar
Harap semuanya baik2 aje
Tapi kalau laki nya blah sbb selisih faham tu mmg elok ditunjal kepalanya
Knp eh laki jaman now bila gaduh sikit je, mesti blah dari rumah kelamin
Tak reti nak selesaikan masalah elok2 ke kat rumah
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 04:35 PM | Show all posts
“Sehari sebelum kejadian, kami ada selisih faham cuma hal kecil sahaja,


bahaya ni, terasa hati kot
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Makin banyak ek kes org hilang skrg tak kira lelaki ke perempuan
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
tajuk isteri rayu suami pulang, kira nya laki dia merajuk lari la ya
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki dia tukar routine biase lepas gaduh.
Hmmm…br skali gaduh ke selalu gaduh sampai lari dr umah ni kak? Cer gitau betol2, ntah2 ko dah adek baru
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Menakutkan betul..
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Dayusss... Ko gaduh ko larik.. Laki mcm ni mmg tak guna
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ngajuk ke tuu…jangan la lama2 sangat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-7-2024 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Skrg ni ramai ambik kesempatan kes orang hilang. Cer cari kat Siam...
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Depressed ka? Allah sedihnya baca berita ni
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
terasa hati kot
tp tak kesian ke anak kecik tu
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
balik lah dik oiii kalu merajuk…
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 02:41 AM GMT+8 , Processed in 0.053017 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list