View: 27432|Reply: 34
|
[Jenayah]
Pelik tapi benar, pegawai bank hilang RM260k wang KWSP angkara phone scam
[Copy link]
|
|
Wang KWSP pegawai bank RM260,400 lesap angkara `phone scam'
KUANTAN: Seorang pegawai bank di daerah ini kerugian RM260,400 selepas terpedaya dengan sindiket 'phone scam' yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan polis.
Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata berdasarkan laporan semalam, lelaki berusia 55 tahun itu menerima panggilan daripada suspek yang memaklumkan mangsa terbabit dalam kes jenayah komersial.
Panggilan itu kemudian disambungkan kepada polis yang menyatakan surat perintah penangkapan dan perintah pembekuan aset daripada pejabat Mahkamah Persekutuan Malaysia terhadap mangsa dikeluarkan.
"Mangsa turut diminta menyerahkan harta bagi tujuan terbabit. Malah, wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mangsa juga dipindahkan kepada akaun bank atas arahan suspek bersama maklumat akaun bank.
"Semalam, mangsa menghubungi bank dan mangsa dimaklumkan wang di dalam akaun miliknya berkurangan yang membabitkan beberapa transaksi pengeluaran berjumlah RM260,400.
"Sumber kerugian kewangan mangsa adalah wang daripada KWSP miliknya. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, mengulas usaha pembanterasan dan pencegahan jenayah penipuan dalam talian, Yahaya berkata, pihaknya menasihati orang ramai yang menerima panggilan yang meragukan untuk segera membuat semakan dengan polis atau agensi kerajaan berkenaan bagi mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan.
"Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun yang diterima di pautan
https://semakmule.rmp.gov.my/ terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi," katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bukankah duit epf paling susah nak di keluarkan? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bpbbppbp at 29-7-2024 10:42 PM
Apa bnde yg diugut tu smpai bgi duit. Jnayah komersial apa. Diugut polis nak tahan, tunggu je. Bru siasatan. Bkn brsalah lgi.
Klau smpai pindah2 duit dlm akaunbank tu, tak perlu layan dah. Mnipu je. Dgr je panggilan dari mahkamah, terus stop pnggilan.
Tgk news, mmg byk scam ni kat kuantan. Sndiket kot. Kesian mangsa. Moga tabah |
|
|
|
|
|
|
|
howww..bukan ke epf susah nak keluarkan
acc 3 pon limit berapa ratus je |
|
|
|
|
|
|
|
umur mangsa dah 55…udah keluar kwsp ler tu… |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti disuruh join pelaburan itu ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Maybe dia dah retired, umur 55 dah tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin ada mata-mata aka spy yang memerhati dari dalam. Tak logic those scammers bernasib baik sangat sekali telefon serkap jarang terus mengena.
Macam kes bulan lepas fixed deposit RM24.2 juta lesap dan staff bank diberkas bercollaboration dengan outsiders.
Kesian sangat dengan mangsa, kumpul simpanan berpuluh tahun, hilang macam tu saja. Semoga ada keadilan untuknya dan dapat duit semula.
Untuk talibarut/scammer, semoga kejahatan kamu dapat balasan yang setimpal secepat mungkin. |
|
|
|
|
|
|
|
takot sangat dengan polis..kena gertak sikit dah menggelupor..
panik tak tentu hala gitu la jadinya.
|
|
|
|
|
|
|
|
ade btl2 buat jenayah komersil ke smpi gelabah mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
Smlm aku dpt random msg from random number nak invite aku masuk group whatsapp ceramah agama. Motip????? Kemain nama professor haji apa benda ntah. |
|
|
|
|
|
|
|
Duit dah boleh keluar la tu. Dah cukup umur |
|
|
|
|
|
|
|
takut orang dalam je.. dah tau dia baru keluarkan kwsp... |
|
|
|
|
|
|
|
Org dlm bank mmg laknat, keluar asb setahun sekali terus scammer call setiap hari |
|
|
|
|
|
|
|
duri_durians replied at 30-7-2024 08:59 AM
takut orang dalam je.. dah tau dia baru keluarkan kwsp...
Mesti org dalam yg kenal dia terlibat... |
|
|
|
|
|
|
|
Kan.. Baik jangan percaya.. Skim pelaburan yang diiklankan di kesemua medsos pun scam juga kan.. Macam pic di bawah:
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ustazah hafizah sendiri mmg terlibat ke atau set2 ni main ciduk je gmbr sheols
|
|
|
|
|
|
|
|
Itu kena selidik dahulu. Jangan nak memandai-mandai mengumpat..
|
|
|
|
|
|
|
|
ape plk ngumpat
tny je
yihhh
|
|
|
|
|
|
|
| |
|