CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13336|Reply: 10

[Tempatan] Bekas pembantu ADUN Gombak Setia disabitkan kes rogol

[Copy link]
Post time 30-7-2024 01:39 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Suraya Ali - Julai 30, 2024 @ 1:14pm
[email protected]



Penghakiman bertulis menyatakan pembelaan tertuduh bahawa mangsa mengajak menemaninya pada malam itu tidak boleh dikatakan secara automatik wanita itu merelakan untuk mengadakan hubungan seks. - Foto hiasan BH

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini menjatuhi bekas pembantu kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Mohd Zulfahimin Mahdzir, 40, hukuman penjara 13 tahun dan dikenakan dua sebatan kerana merogol seorang wanita di sebuah hotel, selepas sambutan ulang tahun kelahirannya empat tahun lalu.

Mahkamah mendapati Mohf Zulfahimin bersalah atas pertuduhan pindaan merogol mangsa berusia 35 tahun itu yang juga kenalan rapat wakil rakyat,.

Hakim Nor Hasniah Ab Razak berpuas hati pembelaan ahli perniagaan itu tidak mempunyai merit dan gagal menyangkal keterangan saksi-saksi pendakwaan (saksi mata) yang menyatakan wanita itu mabuk pada malam kejadian.

Mohd Zulfahimin dalam keterangannya pada 15 Januari lalu mengaku mengadakan hubungan seks dengan mangsa, namun mendakwa ia dilakukan dengan kerelaan wanita itu, bukan dalam keadaan mabuk selepas mangsa menggoda dan mengajak menemaninya di bilik itu.


"Bagaimanapun, pembelaan tertuduh bahawa mangsa mengajak menemaninya pada malam itu tidak boleh dikatakan secara automatik wanita itu merelakan untuk mengadakan hubungan seks dengannya," demikian menurut penghakiman bertulis hakim berkenaan bertarikh 25 Julai lalu yang diperoleh media melalui laman web mahkamah.

Mohd Zulfahimin didakwa merogol mangsa di antara jam 1 pagi dan 3 pagi, pada 5 Disember 2020 di sebuah bilik hotel di sini.

Naratif kes pendakwaan menyatakan, pada malam kejadian, mangsa dijemput oleh Muhammad Hilman untuk meraikan majlis ulang tahun kelahiran mangsa bersama-sama tiga rakan lain, termasuk tertuduh di restoran hotel berkenaan.

Kelima-lima mereka serta seorang rakan lain kemudian berhibur di pusat karaoke hotel itu.


Gambar rakaman CCTV  tertuduh bersama ADUN Gombak Muhammad Hilman Idham pada malam kejadian.

Mangsa kemudian mabuk selepas mengambil minuman keras sehingga terpaksa dipapah ke bilik hotel. Keterangan pekerja hotel menunjukkan bilik itu didaftar atas nama tertuduh.

Mangsa mengaku berada dalam keadaan separa sedar dan menyedari tertuduh menindihnya.

Selepas terjaga kira-kira jam 4.30 pagi, mangsa mendapati dirinya dalam keadaan bogel sebelum menemui kondom yang sudah digunakan dalam tong sampah bilik hotel itu.

Mohd Zulfahimin bagaimanapun merayu terhadap sabitan dan hukuman berkenaan ke Mahkamah Tinggi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2024 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Fuhhhh rogol time hari birthday eh. Mesti ingat hadiah besday tu. Dasat siap mabuk2 n check in. mendapat lahh hukuman nya 13 tahun plus 2 sebatan. Umur 53 baru keluar. Anak 3 org time tu pon dah besar2…rugi betul life wasted mcm tu je utk kesedapan yg beberapa jam itteeww
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2024 03:37 PM | Show all posts
kahkah adan uke..harap melingkup
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2024 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Si hilman ni mmg muka tak malu.perangai pun sama mcm jemin
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2024 04:15 PM | Show all posts
relax je ngaku ngeseks ye..
so lepas ni naik mahkamah syariah pulak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2024 04:18 PM | Show all posts
tolong buang janggut tu boleh tak... rata2 janggut sejumput camtu mmg geli nengoknya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2024 04:23 PM | Show all posts
rasakan loh.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2024 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah DNA PKR & pernah jadi pentaksub Nuar, pindah ke parti mana pun perangai gila sex tu akan dibawa bersama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2024 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Eloklah tu...sama 2x5 pangai setan mcm boss ko si Jemin semburit tu.jantan betina semua ko bedal


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 11:40 AM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 30-7-2024 04:15 PM
relax je ngaku ngeseks ye..
so lepas ni naik mahkamah syariah pulak ke?

dan jugak minum2 mabox2



Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2024 08:02 PM | Show all posts
Walaun....patutla sepi topik ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.085941 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list