CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 27540|Reply: 21

[Tempatan] 5 juta jika menang emas

[Copy link]
Post time 30-7-2024 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Atlet negara yang bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024 berpeluang meraih habuan wang tunai sebanyak RM5 juta sekiranya berjaya memenangi pingat emas sulung kontinjen Malaysia di temasya terbesar dunia itu.

Perkembangan itu susulan pengumuman Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang menyaksikan Yinson Holdings Berhad, Matrix Concepts Holdings Berhad dan juga MJ Health Screening Centre menjadi syarikat terbaru yang tampil menjanjikan habuan lumayan sekali gus menyuntik semangat 26 atlet yang akan berjuang di Paris.

"Yinson Holdings Berhad akan menyumbang sebanyak RM1 juta, manakala Matrix Concepts Holdings Berhad dan juga MJ Health Screening Centre masing-masing akan memberikan sejumlah RM500,000.

"Justeru, jumlah keseluruhan adalah RM2 juta yang bakal diterima bagi atlet yang memenangi pingat emas pertama Malaysia di Paris. Sekiranya lebih daripada seorang atlet memenangi pingat emas pertama, wang akan dibahagikan sama rata antara pemenang pingat emas pertama berkenaan," kata kenyataan itu.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dalam kenyataan sama, berkata penajaan itu akan membakar semangat atlet bagi mencapai sasaran memenangi emas sulung Malaysia di Sukan Olimpik.

"Terima kasih saya ucapkan kepada semua penaja di atas tajaan yang diberikan dan kepercayaan bahawa atlet Malaysia mampu untuk membawa pulang emas pertama buat negara. Saya yakin semua atlet akan berusaha memberikan yang terbaik di bumi Paris nanti," katanya.

Sebelum ini, pengendali rangkaian mudah alih redONE Mobile (redONE) menawarkan RM1 juta kepada atlet Malaysia yang berjaya membawa pulang emas pada Sukan Olimpik Paris 2024 yang mana ia akan dibayar secara ansuran bulanan dalam tempoh 10 tahun untuk memastikan sokongan jangka panjang kepada atlet berkenaan.

Pemenang pingat itu turut mendapat penghormatan menjadi duta redONE selama empat tahun sehingga Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Namun, sekiranya terdapat lebih daripada seorang pemenang, hadiah berkenaan akan dikongsikan bersama.

Senheng New Retail Bhd (Senheng) turut menyediakakan hadiah wang tunai RM1 juta kepada tiga pemain badminton negara, Aaron Chia, Soh Wooi Yik dan Chen Tang Jie yang pernah berada di bawah Program Bakat Badminton SS dari 2012 hingga 2016 jika mereka berjaya meraih emas.

Sekiranya ada lebih daripada satu pemenang, wang tunai berkenaan akan dikongsikan sama rata antara mereka.

KBS menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) turut menyediakan insentif di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) dengan pemenang emas Sukan Olimpik akan menerima RM1 juta, perak (RM300,000) dan gangsa (RM100,000).

BH

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2024 10:13 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2024 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
All this company yakin ye..bukan yakin dapat emas.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2024 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
KALAU LAH squash dipertandingkan dpm Olympic confirm dato Nicole yg bawak balik emas 1st Malaysia.. diorang kata sbb squash sendu +  tak ramai fans itu yg xboleh masuk bertanding dlm olympic. Nti venue kosong
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2024 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
orkid_amani replied at 30-7-2024 03:20 PM
KALAU LAH squash dipertandingkan dpm Olympic confirm dato Nicole yg bawak balik emas 1st Malaysia..  ...

Literally memang cam bodo pun sukan tu kan. Pukul bola pi dinding, main sambut2.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 06:32 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 30-7-2024 11:24 PM
Literally memang cam bodo pun sukan tu kan. Pukul bola pi dinding, main sambut2.

Tp susah jugak yuu nk main squash ni penah try main..penat nk ligan bola tuu.. laaajuuu amat..bola kecik..tp racket dia boleh tahan berat jugak..tp tuu laa limited space..tertutup aii rasa mcm xboleh nk bernafas laa w/pun sekadar cermin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2024 11:02 AM | Show all posts
jijoe pny turn berapa hari bulan ye

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
X konfiden dpt emas le tu yg berani tawar juta2.......negara Jamaica yg xde offer janji bagi duit bagai ni pun atlet diorg ttp perform setiap olimpik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2024 01:38 PM | Show all posts
Dah tahap desparate dah Malaysia ni nak merasa emas.

Setakat ni bagi sejuta kat OKU ja sebab dah nak merasa celebrate sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 01:40 PM | Show all posts
orkid_amani replied at 30-7-2024 11:20 PM
KALAU LAH squash dipertandingkan dpm Olympic confirm dato Nicole yg bawak balik emas 1st Malaysia..  ...

Ada syarat dia sukan tu kena banyak negara layan. Badminton pun dulu sama kena fight nak masuk.

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 31-7-2024 01:40 PM
Ada syarat dia sukan tu kena banyak negara layan. Badminton pun dulu sama kena fight nak masuk.

...

aii tau crowds squash tuu mmg sendu..fans pun xramai.. xtau pulak tuu salah satu syarat wajib nk masuk olympic. tp badminton mmg dlm class tersendiri dah..xmasuk olympic puj diorang ada world tournament sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 31-7-2024 11:02 AM
jijoe pny turn berapa hari bulan ye

Ada harapan lg ka AHA tu? Dia dah tua kn..ada health isu jugak tuu..jantung kot..dah free injury ka tu? Rasanya ni last Olympic AHA. Jgn laa jgn mcm LCW sampai ke sudah dah retired xdapat gold Olympic

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Untung laa siapa yg dapat
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Pembayaran sehingga 10 tahun.. ingatkan selepok dapat..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
agak2 lee zii jia bakalan dpt ke emas
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Berangan itu free dekkk...lawan ko bukan bisher2 ,seluruh dunia yg masuk ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2024 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Firenzza replied at 31-7-2024 12:01 PM
X konfiden dpt emas le tu yg berani tawar juta2.......negara Jamaica yg xde offer janji bagi duit ba ...

Betul

Atlit negara lain xbg imbuhan pun elok je bawak blk pingat..mentaliti rakyat Malaysia ni semua nk kena ada extra pengeras..hmm
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Another semi final
Mens double
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
orkid_amani replied at 31-7-2024 01:48 PM
Ada harapan lg ka AHA tu? Dia dah tua kn..ada health isu jugak tuu..jantung kot..dah free injury k ...

Peluang terakhir AHA
Moga dia dpt yg terbaik
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
I.K.A888990 replied at 31-7-2024 04:42 PM
agak2 lee zii jia bakalan dpt ke emas

LZJ mmg prospect gold Olympic pun sebelum dia kluaq dari BAM lg..itu yg fans kecam LZJ lupa daratan..KBS  & MSN dah spend banyak utk dia dari SSBJ tp LZJ kluaq sbb dia tak boleh follow BAM hantaq back to back tournament lepas covid. Insya Allah kalau dia kurangkan gopoh nk matikan shuttle tuu peluang mmg sentiasa ada. Skg ni kena hadap Antonsen R16
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 01:52 AM GMT+8 , Processed in 0.053920 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list