View: 26139|Reply: 14
|
Isteri dalam pantang, suami ‘makan’ luar. Penyondol pula bangga tayang momen ‘dating’ sana sini - “Suami curang dengan ex sekolah dulu"
[Copy link]
|
|
TATKALA sakit bersalin melalui pembedahan atau caesarean belum hilang, seorang wanita tidak menyangka akan berdepan dengan kesakitan lain pula.
Malang bagi seorang wanita ini apabila dia mendapati suaminya menjalinkan hubungan sulit dengan wanita lain ketika sedang berpantang selepas melahirkan anak sulung.
Lebih menyakitkan apabila mengetahui wanita itu merupakan bekas kekasih suaminya ketika di zaman sekolah.
“Suami curang dengan ex sekolah dulu. Entah macam mana boleh contact balik. Sudahlah aku tengah berpantang anak sulung.
“Aku dah contact perempuan tu, katanya sayang suami aku. Cinta lama berputik kononnya, suami aku pula kata tak ada apa dah,” katanya menerusi satu luahan di laman X.
Bagaimanapun perasaan curiga semakin kuat apabila menyedari suaminya melakukan perubahan di dalam telefon pintar miliknya.
“Kata tak ada apa dah tapi tiba-tiba ada locked chat WhatsApp. Dah sebulan benda ni jadi.
“Mental dan fizikal aku memang tak okay sebab beranak caesar. Aku dah beri amaran pada penyondol tu dah, kemudian suami aku minta maaf.
“Tapi benda ni tak habis-habis. Aku macam nak gila dah waktu pantang ni. Sikit lagi nak meroyan,” ujarnya yang cuba menahan kesabaran.
Bukan sekadar memeriksa telefon bimbit suaminya, wanita itu turut melakukan ‘siasatan’ terhadap semua laman sosial milik si penyondol.
“Instagram, Facebook dan TikTok perempuan ni, semua aku stalk. Dengan bangganya dia post keluar sana sini dengan suami aku.
“Tapi aku minta dia padam post tu, dia dah padam. Ya, suami aku pun memang tak guna. Aku dah beritahu suami aku pokai apa semua, tapi katanya boleh tanggung,” jelasnya.
Walaupun sudah bersemuka dan memberi amaran, nampaknya bekas kekasih suaminya masih cuba untuk mengganggu hubungan rumah tangganya.
“Aku dah warning dia supaya berhenti contact, tapi dia degil masih lagi dok kacau suami orang. Banyak kali aku sebut nak cerai.
“Suami aku beritahu yang dia sayang aku dengan baby (anak).Tahu pun sayang,” katanya lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya menzahirkan rasa simpati terhadap ibu muda itu, dan pada masa sama mengecam perbuatan suami dan bekas kekasihnya di sekolah.
“Kalau suami sayang, dia tak curang. Dia nak awak ada sebab awak mudahkan urusan harian dia macam basuh baju, tolong masak, tolong sediakan tempat tidur.
“Biar je suami kau kahwin dengan perempuan tu. Dah dia nak sangat tanggung biawak hidup. Kau jaga anak kau je. Perah duit suami kau habis-habis.
“Selalu macam tu, penyondol ‘dilondehkan’. Tapi suami disimpan rapi, padahal suami pun sama-sama salah pergi curang,” demikian antara komen netizen.
Sumber : MStar
Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
|
|
|
|
|
|
|
Pokok pangkalnya hati suami kamu
Kalau betul dia syg kamu..dia akan jaga perasaan kamu
Jawapan simple sahaja
Jgn tanya patutkah aku bersama lagi apa harus aku buat...
Org..kalau benar cinta dia tulus..org ke 3 takkan wujud |
|
|
|
|
|
|
|
Jantan mcm ni mmg mcm babi. Tapi dah bini pon enabler, hadap je lah jantan babi mcm tu. Esok2 kalau si bini naik gila asik laki menjalang sana sini, boleh gak bini enabler yg lahap kote babi tu silanau bakas kan laki babi beliau |
|
|
|
|
|
|
|
Gilerlah tgh pantang stalk husband dgn skandal dia..mau meroyan kang..fokus kat healing process dulu..then dah sihat, kumpul bukti untuk filing divorce and hak penjagaan anak kat court..jgn bagi second chance pun kat suami |
|
|
|
|
|
|
|
Dua dua x guna.. yg jantan curang dan khianat isteri, yg skandal x dk hati perut sanggup rosakkan rumah tangga kaum wanita lain. kalaupon jantan x guna cuba goda kau, boleh je tolak sbb laki org dan ko tau kalau kena kt muka sendiri mcm mana seksa dan sakit bila dicurangi..
Be the woman who fixes another women’s crown bukan tikam kaum ko sendiri
|
|
|
|
|
|
|
|
Theory tak boleh lupa first love/crush tu mmg betulkah?
Or cuma terpakai kalau first love tu still hot...kalau dah kembang mcm gajah sure takde nk jatuh cinta balik agaknya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Curang mencurang nie best sebenarnya bagi depa yang mencurang dan menyondol..thriller kekdahnya..adrenaline rush katanya bila kau menipu atau berbohong tapi tak kantoi..excitement dia lain mcm..yang mencurang terasa hebat serata alam..yang menyondol terasa paling win boleh rebut hati laki orang..gitew aiol descibe kat sini based on aiol terbaca dekat tt..bukan aiol memandai2 ye.. |
|
|
|
|
|
|
|
Locked chat tu amende?
Kat whatsapp iols takde pung |
|
|
|
|
|
|
|
Setannya perangai jantan tu,aq maki dia dulu sebab di saat wife ko lepas bsalin tengah bpantang melahirkan zuriat untuk ko tegamak ko wat hal...tu level khianat paling tinggi kut,ko berani lagi cakap sayang kat wife ngan baby lepas apa yg jadi...betul2 suami dari neraka...yg pompuan tu pon sama level x guna...patut kalo jantan tu x faham ko sbgai pompuan patut tahu betapa besarnya pergorbanan untuk melahirkan anak,bpantang jaga baby bagai...letak diri ko dalam tempat wife tu ko rasa seronok ke ko tengah nk pulih lepas beranak dpt tahu laki ko seronok dating ngan pompuan lain serupa org bujang???kalo dia leh buat semua ni pada wife dia skrg apa yg buat ko fikir benda sama xkan jadi pada ko di masa depan nanti???both laki ngan penyondol mmg jantan betina x guna,harap wife tu boleh cari kekuatan untuk move on |
|
|
|
|
|
|
|
kalau laki ckp.gini
i syg u je..perempuan tu i main main je..
camna ek
sktnya hati..
tp i baca la tips dr beberapa org ni..dorg ckp sblm angkt kaki tingglkn laki tu..lyn je dia elok2..
pasni bila dia dh kawen ngn bini lain..dia akn banding dan selalu ingt ex bini
|
|
|
|
|
|
|
|
apesal ramai laki buat hal time bini pantang ek
ada tips tak utk menghalang..tgh pregy ank dia kot.
apoo
sbb tu prinsip i nk laki kaya dan xhensem atau
kalau hensem + bekerjaya..
kalau deyols curang pun idok la ssh..nlh la kikis apa yg ptt..
|
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 31-7-2024 04:59 PM
apesal ramai laki buat hal time bini pantang ek
ada tips tak utk menghalang..tgh pregy ank dia kot.
...
Elakkan ada sosial media. Sbb sosial media ni lah yg jauh didekatkan, syaitan masuk melalui panahan mata. Iol knl sorang ni mmg dia xbgi husband ada socmed.
Stu lagi, jgn join group2 alumni tu. Kat situ takut mulalah blh start tnye khabar. bisikan syaiton itu halus. Tkut nnti melayan, jdi elakkan terus. Tutup smua peluang yg ada.
Tapi, kita tak boleh kontrol hdup org 100%. Doa dan serah pada Allah jelah supaya jaga hati dan prasaan dia.
Sbb tu kalau masih sekolah x digalakkan cintan cintun ni, takut xmove on ke cmtu. Last2 kahwin dgn org lain jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Itulah berlumba lari berebut lelaki miang sampai bertumbuk sesama perempuan hujung2 laki tetap cari lain try 10 org |
|
|
|
|
|
|
|
Skrg mmg trend ke smua nak tnjuk psl curang? |
|
|
|
|
|
|
| |
|