JITRA: Dua lelaki yang ditemukan maut selepas terperangkap di dalam lubang di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Kamunting, hari ini, dipercayai hendak melakukan jenayah curi kabel milik syarikat telekomunikasi.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan, berkata kedua-dua lelaki itu dikatakan sempat mencuri kabel sebelum terperangkap dan lemas di dalam lubang berkenaan.
Katanya, kejadian itu disedari orang awam yang ternampak penutup lubang itu dalam keadaan terbuka pada jam 8 pagi tadi sebelum memaklumkan kejadian itu kepada polis.
"Berikutan itu, pihak polis menghubungi syarikat telekomunikasi terbabit dan pihak bomba untuk memaklumkan perkara itu.
"Hasil pemeriksaan yang dijalankan menemui dua lelaki terbabit dipercayai terperangkap dalam lubang sedalam kira-kira enam meter itu.
"olis memanggil bantuan daripada pihak bomba untuk membawa naik mayat dua lelaki terbabit disebabkan keadaan lubang itu agak dalam," katanya ketika ditemui di lokasi, hari ini.
Menurut Rodzi, berdasarkan siasatan, dua lelaki itu dipercayai sudah berjaya memotong kabel syarikat telekomunikasi itu pada lubang pertama yang jaraknya kira-kira 30 meter dari lubang kedua.
Bagaimanapun, katanya ketika hendak memotong kabel di lubang kedua, mereka dipercayai terperangkap dan mati akibat lemas disebabkan kekurangan oksigen.
"Kita percaya kejadian ini berlaku awal pagi tadi sebelum penemuan mayat kedua-duanya tidak lama kemudian.
"Siasatan juga mendapati mereka adalah warga tempatan namun bukan penduduk di daerah ini.
"Bagaimanapun, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mayat kedua-duanya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk tindakan lanjut," katanya.
Media sebelum ini melaporkan dua lelaki ditemui meninggal dunia selepas terperangkap dalam lubang pembetung di depan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Kemunting dekat Jitra di sini, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Mohd Bustan Karudin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 9.29 pagi.
Sumber : Berita Harian
Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Post time 31-7-2024 06:59 AMFrom the mobile phone|Show all posts
End up dalam lubang taik ke acaner..udahlah mencuri..takkan nak doakan semoga kematian husnul khotimah lak..gitew hatiku penuh keladak mengolah pengakhiran arwah..
Post time 31-7-2024 12:55 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kesian pulak. Berapalah hasil curi kabel ni utk survive. Susah sgt ke orgnya tu. minta sedeqah elok lgi dri curi kabel ni.
Tpi elok bekerja lah. Klau mmpu curi kabel, ada kekuatan baik bkerja je jdi waiter kdai mkn