View: 27798|Reply: 7
|
Konvoi motosikal enggan berganjak, halang laluan bomba
[Copy link]
|
|
JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi konvoi sekumpulan penunggang motosikal yang tidak memberi laluan kepada jentera bomba yang membunyikan siren, lapor laman berita Detik hari ini.
Kejadian berlaku di Sragen, wilayah Jawa Tengah.
Berdasarkan video yang dimuat naik di laman Instagram, konvoi motosikal itu difahamkan melibatkan kumpulan pencak silat.
Jumlah mereka yang ramai menyebabkan motosikal dalam konvoi tersebut memenuhi jalan.
Sebuah jentera bomba kemudian dilihat dipandu tergesa-gesa dan membunyikan siren, menandakan ia berada dalam kes kecemasan.
Meskipun pemandu kenderaan bomba membunyikan hon berkali-kali, kumpulan penunggang motosikal berkenaan tidak memberikan laluan.
Malah, ada antara mereka yang masih selamba mengibar bendera konvoi.
Setakat ini, tiada butiran lanjut mengenai kejadian itu. – AGENSI
Sumber : KOSMO! ONLINE
Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
|
|
|
|
|
|
|
ingatkan kat msia. baru nak kecam. kalau konoha, mcm x heran sgt. |
|
|
|
|
|
|
|
nyawa tiada nilai di konoha.. begitu juga sivik |
|
|
|
|
|
|
|
seorang mati masih ada 200 juta yg hidup...apa perlu ributttttttttttttt |
|
|
|
|
|
|
|
hahah keren kali penyelesaian nyaa mas |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu la indon buat konten mencerca Msia..bila benda dia 'boleh' buat kt indon..kita larang buat kt Msia. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dok agak dah mesti di yindon punya. Yindon dengan india memang tiada beza, nak tergelak bila yindon dok hina makanan2 kotor di india padahal ramai je yindon pengotor dan ramai youtuber yindon gi makan makanan2 di india. Makan macam tak pernah jumpa makanan pulak tu, geli tekak aku. |
|
|
|
|
|
|
|
Vote dislike utk thread indon. |
|
|
|
|
|
|
| |
|