CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11605|Reply: 2

[Tempatan] Kementerian Kewangan (MoF) garis 3 keutamaan jangka pendek dalam Belanjawan 2025

[Copy link]
Post time 31-7-2024 09:33 AM | Show all posts |Read mode
MoF garis 3 keutamaan jangka pendek dalam Belanjawan 2025

https://www.freemalaysiatoday.co ... am-belanjawan-2025/

Bernama
30 Jul 2024, 08:34 PM


Perdana Menteri Anwar Ibrahim turut menyertai Majlis Libat Urus Belanjawan 2025 bermula 9 Jul lalu bagi mendapat pandangan pelbagai pihak.

Kementerian Kewangan (MoF) berkata tiga keutamaan itu antaranya menaikkan siling dari segi menstrukur semula ekonomi supaya lebih bernilai dan berdaya saing tinggi.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MoF) menggariskan tiga keutamaan jangka pendek di bawah Belanjawan 2025 bagi merealisasikan kerangka Ekonomi Madani.

Dalam Kenyataan Prabelanjawan (KPB) bagi Belanjawan 2025 hari ini, katanya tiga keutamaan itu adalah menaikkan siling dari segi menstrukur semula ekonomi supaya lebih bernilai dan berdaya saing tinggi; menaikkan lantai dengan menambah baik mutu kehidupan rakyat dan keterangkuman peluang; dan memperkukuh tatakelola dan penyampaian perkhidmatan awam.

KPB juga menetapkan tema Ekonomi Madani: Negara Makmur, Rakyat Sejahtera sebagai panduan kepada proses konsultasi bagi Belanjawan 2025, katanya.

Kementerian berkata, selari dengan prinsip Madani, kerajaan komited untuk memastikan proses penggubalan Belanjawan 2025 adalah holistik dan terangkum dengan mengalu-alukan maklum balas daripada semua pihak.

Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan dalam kenyataan sama menekankan komitmen MOF untuk terus memberi keutamaan terhadap reformasi fiskal dalam belanjawan itu, selari dengan sasaran jangka sederhana yang ditetapkan di bawah Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023.

Pada masa sama, MOF juga akan memastikan dasar monetari kekal menyokong pertumbuhan ekonomi negara yang diterajui oleh sektor swasta, kata beliau.

Menurut kenyataan itu, ekonomi negara telah melalui peningkatan pertumbuhan yang amat memberangsangkan, daripada 2.9% pada suku keempat 2023 kepada 4.2% pada suku pertama 2024, dan diunjurkan meningkat pada 5.8% pada suku kedua 2024.

“Antara faktor yang menggalakkan pertumbuhan ini termasuk pemulihan eksport yang mengembang sebanyak 5.2% pada suku pertama 2024 berbanding penguncupan 8.1% pada 2023.

Pertumbuhan pelaburan swasta pula mengukuh kepada 9.2% pada suku pertama 2024 berbanding 4.6% pada 2023, kata MOF.

Sementara itu, kementerian berkata penerbitan KPB menepati amalan terbaik di peringkat global supaya dapat menggalakkan perbincangan awam mengenai belanjawan negara.

Sehubungan itu, katanya KPB diterbitkan untuk menzahirkan keutamaan kerajaan dalam Belanjawan 2025 kepada pihak berkepentingan, sebagai panduan bagi mengemukakan maklum balas dan cadangan untuk menggubal belanjawan negara.

Katanya proses penggubalan belanjawan negara telah bermula pada 9 Julai lepas dengan Majlis Libat Urus Belanjawan 2025 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga menteri kewangan.

Lebih 400 peserta mewakili agensi kerajaan, sektor swasta, ahli ilmuan, pertubuhan bukan kerajaan dan pertubuhan masyarakat sivil telah hadir pada sesi libat urus itu. Ia akan disusuli dengan sesi libat urus di seluruh negara dalam masa terdekat, menurut kenyataan itu.

MOF berkata pada masa sama, orang ramai boleh menghantar komen, maklum balas dan cadangan ke Portal Belanjawan 2025 di https://belanjawan.mof.gov.my

Belanjawan 2025 akan dibentangkan di Parlimen pada 18 Okt 2024.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2024 09:38 AM | Show all posts
saya ulammmm
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 11:54 AM | Show all posts
terbaik la pmx, harap kenaikan gaji 35% tu betul la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.309930 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list