View: 11444|Reply: 19
|
Suami benarkan isteri bawa kekasih tinggal sebumbung teruk dikecam netizen
[Copy link]
|
|
TOKYO – Seorang lelaki di Jepun mengundang kecaman orang ramai selepas mendedahkan bahawa dia menerima isterinya mempunyai teman lelaki dan tinggal sebumbung bersama mereka, lapor saluran berita Odditycentral semalam.
Pengakuan itu dinyatakan oleh Prince Soy yang merupakan seorang cef dan penulis blog tempatan.
Menerusi platform X, Prince Soy berkata bahawa isterinya, Seira pulang ke Jepun selepas menghabiskan masa enam bulan belajar di luar negara pada 8 Julai lalu.
Lebih mengejutkan, Seira pulang ke rumah bersama teman lelaki baharunya yang akan tinggal bersama mereka.
“Isteri saya belajar di luar negara dan mempunyai teman lelaki baru dan akan kembali ke Jepun bersama-sama.
“Dia akan tinggal bersama kami,” kata Prince Soy sambil menambah, dia tidak mempunyai masalah dengan perkara itu.
Menurut Prince Soy, Seira memulakan pengajian pada Januari lalu dan mengaku mempunyai teman lelaki lain pada Mei lepas.
Kata Prince Soy, dia menerima dengan hati yang terbuka kerana mereka memutuskan untuk menjalinkan hubungan terbuka sebelum ini.
“Saya berterima kasih kepadanya (teman lelaki) kerana menyokong isteri saya semasa dia mengalami kesukaran di luar negara,” kata Prince Soy.
Perkongsian itu menjadi tular di media sosial dan menimbulkan pelbagai reaksi termasuk kecaman daripada netizen.
“Mengapa anda memaafkan isteri anda kerana melakukan apa sahaja yang dia mahu?,” kata seorang netizen.
“Pertama sekali, perkataan ‘maafkan’ adalah salah. Isteri saya tidak melakukan kesalahan. Saya suka melihat dia bertindak mementingkan diri sendiri, melakukan apa sahaja yang dia mahu. Isteri yang tidak mementingkan diri sendiri tidak menarik bagi saya,” jawab Prince Soy. – AGENSI
Sumber : Kosmo
Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
|
|
|
|
|
|
|
Mentang2 bini well endowed terus rela ja kongsi bini gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
JEPUN memang over kinky...fetish2 aneh2 semua bermula drpd jepun kan.. no wonder. |
|
|
|
|
|
|
|
Japanis ni kalo bf/laki carik hooker pn xpe.
Bukan kategori curang.
Financial transaction sajork..not emotionally attached. Just a service.
|
|
|
|
|
|
|
|
“Saya berterima kasih kepadanya (teman lelaki) kerana menyokong isteri saya semasa dia mengalami kesukaran di luar negara,” kata Prince Soy.
umpama lepas tangan la ni tapi berplot twist. katanya open relationship..terima jelah kan |
|
|
|
|
|
|
|
Ada dua benda di sini. Open relationship, yang ini dia akui. Fetish terangsang tengok bini dikongkek oleh orang lain. These two are real those who are not into them will never understand. Aku pula sampai skrg tak faham bila seorang perempuan memuji kecantikan seorang perempuan lain tapi kata tiada nefsu. How?
|
|
|
|
|
|
|
|
agaknya mmg kawin xde perasaan ape2 kot |
|
|
|
|
|
|
|
ini yg I x boleh pikir. ada tgk video yg minah jepun kata mereka x kisah. anggap itu cara suami mereka melegakan kerunsingan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mcmana tu. Suka sgt yg pelik² la deyrang ni |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated: Ada dua benda di sini. Open relationship, yang ini dia akui. Fetish terangsang tengok bini dikongkek oleh orang lain. These two are real those who are ...
lumrah perempuan suka tgk benda cantik..jadi bla tengok perempuan lain cantik dia puji sebab dia ingin cantik mcm tu juga.tu yg perempuan lurus la..yg lesbo aku xtahula apa dia org fikir.
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 31-7-2024 03:08 PM
Ada dua benda di sini. Open relationship, yang ini dia akui. Fetish terangsang tengok bini dikongkek ...
I suka tgk pompuan yg cantik mcm kita suka tgk barang2 yg cantik tapi kita xde pun bernafsu kat dia...cth dulu i suka tgk cherrie chung..skrg sudah tua...joanne peh and mana2 yg lawalah tapi just appreciated their beauty without any kinky feeling |
|
|
|
|
|
|
|
macam mana dia decide perempuan mana lebih cantik, based on what?
|
|
|
|
|
|
|
|
Barrack Obama dengan Donald Trump punya taste tak sama. Obviously they were guided by nafsu. Whose eyes lebih 'betul' do you think?
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 1-8-2024 11:31 PM
Barrack Obama dengan Donald Trump punya taste tak sama. Obviously they were guided by nafsu. Whose ...
In this case i lebih percaya penilaian trump regardless his political view but when it comes to women..trump wins |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mana urus kewangan rumah ek dalam hubungan camni?
dorang gaduh tak sape bayar rumah, beli groceries etc? |
|
|
|
|
|
|
| |
|