CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10576|Reply: 2

[Tempatan] Bomba selamatkan wanita kemurungan jatuh telaga

[Copy link]
Post time 31-7-2024 10:51 AM | Show all posts |Read mode
Bomba selamatkan wanita kemurungan jatuh telaga

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rungan-jatuh-telaga

Syaherah Mustafa
[email protected]

Disiarkan pada: Julai 31, 2024 @ 8:44am


TELAGA itu sedalam hampir 10 m. FOTO Ihsan Bomba

Rantau Panjang: Wanita berusia 58 tahun dipercayai mengalami kemurungan terjatuh ke dalam telaga sedalam hampir 10 meter (m) sebelum diselamatkan anggota bomba di Kampung Felcra Bukit Tandak di sini, 5.29 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau Panjang, Shapawi Stapa berkata, pihaknya menerima panggilan telefon dan bergegas ke lokasi berkenaan sebelum mendapati mangsa dalam keadaan kedua-dua kakinya bertahan pada gegelung konkrit bagi mengelak terjatuh ke dalam air.

Katanya, seramai tujuh anggota dari BBP terbabit dalam misi menyelamatkan wanita berkenaan.

"Alhamdulillah, mangsa berjaya dibawa keluar pada 6.07 pagi, dengan menggunakan tali sebelum diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk diberi rawatan selanjutnya.

"Mangsa berada dalam keadaan menggigil ketika diselamatkan selain mengaku bahawa dia tidak sedar yang dia turun ke dalam perigi terbabit sehinggalah sampai ke permukaan air. Dia kemudian menjerit meminta tolong sebelum didengari oleh anaknya.

"Berdasarkan maklumat anaknya, mangsa mengalami kemurungan dan perlu sentiasa dipantau," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Shapawi turut menasihatkan orang ramai yang mempunyai ahli keluarga yang kemurungan atau tekanan supaya sentiasa peka dengan setiap tingkah laku mereka supaya tidak berlaku insiden yang tidak diingini.

Menurutnya, masyarakat juga perlu peka dan ambil tahu nombor telefon agensi keselamatan yang berdekatan supaya tindakan awal dapat diambil jika berlaku insiden kecemasan sebegini.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2024 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga kuat semangat acik. Dah 58 tu bolehlah bercucuk tanam ke, jaga kucing elok gak ada hobi
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
1. Jangan berkurung di rumah saja.
2. Dapatkan cahaya matahari yang menggalakkan perembesan hormon serotonin dalam badan.

Dah jatuh 10 meter n masih hidup tu, artinya acik kena kuat semangat teruskan kehidupan. Anggap ja dunia ni simulasi, acik. Jangan banyak berfikir, jangan hari2 fikir menda berat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.029681 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list