View: 10394|Reply: 0
|
[Tempatan]
APM bantu pindahkan pesakit 200 kg ke hospital
[Copy link]
|
|
APM bantu pindahkan pesakit 200 kg ke hospital
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -200-kg-ke-hospital
Zuliaty Zulkiffli
[email protected]
Disiarkan pada: Julai 31, 2024 @ 7:59am
ANGGOTA APM Sik membantu memindahkan pesakit yang memiliki berat 200 kg ke HSAH. FOTO Ihsan APM
Sik: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sik melakukan khidmat khas memindahkan seorang lelaki yang juga pesakit obesiti yang memiliki berat badan 200 kilogram (kg) ke Hospital Sultan Abdul Halim HSAH Sungai Petani, malam tadi.
Pesakit yang mengalami masalah angin ahmar separuh badan itu ditidurkan terlebih dahulu jam 10 pagi semalam, sebelum dibawa ke HSAH dengan bantuan doktor pakar untuk perhatian selanjutnya.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sik, Leftenan (PA) Haisul Aishah Mohd Napiah berkata, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Daerah Sik menerima maklumat kes berkenaan daripada Hospital Sik, jam 7.40 malam tadi.
Beliau berkata, seterusnya pihak APM Sik mengatur gerak kenderaan bagi tujuan memindahkan pesakit berkenaan kira-kira 10 malam.
"Operasi khidmat khas itu berjalan lancar menggunakan lori lima milik APM Sik dari rumah pesakit berkenaan di Kampung Chepir ke HSAH.
"Operasi itu membabitkan seramai enam anggota APM Sik dan dibantu petugas hospital," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|