CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11448|Reply: 24

[Tempatan] Nelayan menua: 'Kita tak mahu suatu hari nanti sektor perikanan negara dimonopoli warga asing'

[Copy link]
Post time 31-7-2024 11:03 AM | Show all posts |Read mode
Nelayan menua: 'Kita tak mahu suatu hari nanti sektor perikanan negara dimonopoli warga asing'

https://www.bharian.com.my/berit ... or-perikanan-negara

Julai 31, 2024 @ 8:06am


(Gambar fail) Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mahu golongan belia menceburi sektor perikanan sebagai nelayan moden.

Timbalan Menterinya, Datuk Arthur Joseph Kurup, berkata pembabitan golongan belia sebagai nelayan muda dan moden adalah sangat penting kepada sektor perikanan negara bagi memastikan kelestarian sekuriti makanan di Malaysia.

"Kementerian akan terus menyokong usaha murni ini agar profesion nelayan tidak dianggap sebagai kerja 3D (kotor, bahaya dan sukar), sebaliknya suatu kerjaya yang dapat memberi peluang pekerjaan kepada belia serta mendatangkan pulangan hasil lumayan.

"Ini kerana kita tidak mahu suatu hari nanti, sektor perikanan negara dimonopoli oleh warga asing. Kita berdepan cabaran... kita mempunyai nelayan serta petani yang menua, dan masalah ini bukan saja di negara kita malah hampir di semua negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) Ke-39 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), di sini, semalam, yang turut dihadiri Pengerusi Lembaga Pengarah NEKMAT, Abdul Hamid Bahari.

Mengulas lanjut, Arthur memaklumkan bahawa melalui pusat bertauliah bawah KPKM, terdapat tiga institusi menawarkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berasaskan industri perikanan, iaitu Kolej Pertanian Malaysia (KPM) di Kedah, Kolej Perikanan Sultan Nazrin Shah (KPSN) di Perak serta Akademi Perikanan Malaysia (APM) di Terengganu.

"Selain penyediaan kemudahan-kemudahan termasuk yuran percuma, elaun makan dan penginapan percuma, pelatih juga didedahkan kepada pelbagai teknologi moden yang memberi banyak faedah seperti penggunaan simulator pemanduan bot nelayan serta perisian Virtual Reality (VR) aktiviti penangkapan ikan," katanya.

Dalam pada itu, Arthur berkata, KPKM memberi jaminan akan menjaga kebajikan nelayan sekiranya terjejas dengan fenomena Monsun Barat Daya.

"KPKM akan usahakan jika nelayan terjejas, dengan menyediakan bantuan daripada tabung bencana dan sebagainya, bagi memastikan golongan itu memperoleh pendapatan untuk meneruskan operasi perikanan mereka," katanya.

Terdahulu, Arthur dalam ucapannya berkata, urus niaga NEKMAT bagi tahun berakhir 2023 berjaya mencatat keuntungan bersih lebih RM9.32 juta.

"Prestasi keuntungan NEKMAT amat membanggakan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pengerusi dan pengurusan NEKMAT. Semoga dapat meningkatkan keuntungan dalam usaha memperkasakan sosioekonomi masyarakat nelayan di negara ini.

"Bagi saya, nelayan merupakan penyumbang penting dalam memajukan sektor perikanan negara dan pada masa sama, turut memastikan bekalan makanan negara sentiasa mencukupi serta terjamin," katanya.

Tahun ini, beliau berkata, kerajaan masih meneruskan skim subsidi diesel dan petrol kepada nelayan, dengan kuota diesel bersubsidi yang telah diluluskan ialah sebanyak 70 juta liter pada kadar harga subsidi ditetapkan RM1.65 seliter bagi diesel serta petrol.

Justeru, pihaknya berharap nelayan dapat memanfaatkan subsidi itu dengan baik dan telus tanpa menjual kembali kepada pihak tidak bertanggungjawab.

Sementara itu Pengurus Besar NEKMAT, Azrin Shah Ismail, berkata pihaknya berharap kerajaan akan meneruskan subsidi bahan api untuk nelayan kerana ia dapat meringankan kos operasi mereka ke laut.

"Sekurang-kurangnya jika kerajaan memberi elaun sara hidup dan insentif subsidi minyak ini, dapat membantu sebahagian kecil nelayan," katanya. – BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2024 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan nelayan je.. pertanian pun sama. Budak2 skrg rela merempit pakej jadi biawak hidup mak pak tanggung. Kalau kahwin nanti dok dalam reban pun tak pe kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 11:45 AM | Show all posts
Habis semua nk keje ofis
warga asing dia punya org muda nk ke jd nelayan petani
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 12:15 PM | Show all posts
i last weekend ke Berjaya Times Square, alang2 masuk NSK nk grab few item. Melangkah masuk ja, terus i rasa mcm kt Dhaka. Pekerja dan customer majority from Bangladesh.

Fening sis!

Nak buat mcmana kan, anak muda kita nk pergi latihan industri pun minta parents belikan kereta. Kalau suruh kerja part-time2 ni mmg ngak mauuuu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 12:19 PM | Show all posts
budak2 muda skrg gigih nk jadik influencer pastu belajar malas
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada je generasi pelapis sektor perikanan ni. Tak duduk dlm bidang tu mana la org lain nk tau... negeri2 & daerah2 yg mana salah 1 sektor ekonominya perikanan & pertanian ni elok je memasing. Cuma biasalah ada musim2 tertentu mmg terjejas la pendapatan sedikit sebanyak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-7-2024 01:53 PM | Show all posts
nti bakal mak mentua pak mertua hina kerja nelayan
dasar b40 busuk kepam katanya
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kau buat filem drama semua petani nelayan ni profesyen orang miskin hidup kais pagi makan pagi..rumah buruk macam nak roboh...sapa je yang nak jadi nelayan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2024 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 31-7-2024 01:53 PM
nti bakal mak mentua pak mertua hina kerja nelayan
dasar b40 busuk kepam katanya

Betul tu. Perempuan mana yang nak kan nelayan sebagai bakal suami? Yang aku nampak setakat ni sume nak bakal suami keje pejabat bergaji rm9000 je.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
SedihPedih replied at 31-7-2024 12:15 PM
i last weekend ke Berjaya Times Square, alang2 masuk NSK nk grab few item. Melangkah masuk ja, terus ...

NSK Subang Jaya pung sama.. .ramai bangla.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 31-7-2024 01:53 PM
nti bakal mak mentua pak mertua hina kerja nelayan
dasar b40 busuk kepam katanya


kan...pompuan kan nak bakal somi gaji rm9k dan ke atas...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 06:51 PM | Show all posts
Bakal mak mertua tak akan pandang kau walaupun kau ada bot pukat tunda,mereka pandang jika kau ada kereta Honda walaupun loan 9 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 07:09 PM | Show all posts
Ai_kiu replied at 31-7-2024 12:25 PM
Ada je generasi pelapis sektor perikanan ni. Tak duduk dlm bidang tu mana la org lain nk tau... nege ...

semoga generasi2 baru ni lebih proper operation nya... yang kita tau yang kat ganu tu, yang buat kapal nelayan laut dalam sendiri, cuma harap dia boleh kembang lagi pesat supply ke negeri2 lain....
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 12:20 PM | Show all posts
Jangan cemas dan khawatir ...  there is a simple solution with win win scenario ...

Import lebih banyak Bangla, Rohingya, Pakistan, Nepal, afrika,  Yaman etc etc  untuk antisipasi masalah kekurangan pekerja di masa hadapan ... Hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Lambakan warga asing sampai kedai2 mkn meribrown kedai roti runcit market2 potong rumput security guard petrol semua mereka sapu, selayaknya mereka kontrol brg mentah dan brg subsidi
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde yg nak keja2 mcm ni
Semua nak keja ekon....duk dpn hp, buat content da duit.
Ijazah pun aku beli...katanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2024 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
SedihPedih replied at 31-7-2024 12:15 PM
i last weekend ke Berjaya Times Square, alang2 masuk NSK nk grab few item. Melangkah masuk ja, terus ...


Parent skrg pon 2x5, entah mcm mana didik ank jd lembik. Ank xnk pegi skolah, layankan je kehendak ank. Ank duduk rumah xkeje pon biar je. Pdhal family b40
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Sblm korang mengata budak1 xnk kerja berpanas teruk nih, aku nk tny..ada tak acik2 forum yg nk bermenantukan nelayan????

Kalo spesies mak mertua kassim selamat baik ngaku jerlahhh
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana diorg tau xde org nak jadi nelayan...padahal banyak je org nak amik lesen nelayan tu tapi x dapat. Lesen tu klau dapat boleh la apply minyak subsidi. Nelayan pun ada kroni2 gak..bukan sesuka hati boleh kawasan org lain. Kesimpulannya x ketandusan pun budak2 muda jadi nelayan. Yg muda2 ni dah advance buat pakej bot memancing lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2024 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Secret recipe pon bangla keje. Potong kek kecik drp biase. Aku suh dia bukak kotak kek aku balik itu ari. Aku bgtau cashier, pesal kek aku separuh je size drp biase dah la aku beli 2 pcs. Babi tol!
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 01:47 AM GMT+8 , Processed in 0.058924 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list