CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19101|Reply: 0

[Tempatan] Pemandu bas didakwa memandu secara bahaya punca nahas empat mati

[Copy link]
Post time 1-8-2024 12:11 PM | Show all posts |Read mode
Pemandu bas didakwa memandu secara bahaya punca nahas empat mati
Oleh TN Alagesh - Ogos 1, 2024 @ 11:56am
[email protected]


Pemandu bas, Zamri Pon, diiringi anggota polis trafik ketika dibawa ke Mahkamah Majistret pagi tadi.


ROMPIN: Seorang pemandu bas persiaran dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan empat orang maut dalam nahas di Jalan Kuantan-Segamat dekat Muadzam Shah di sini pada 9 Jun lalu.

Tertuduh, Zamry Pon, 50, mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret, Melody Woon Sze Mun.

Dia yang berasal dari Bemban, Melaka, didakwa memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian Hasnatul Adilah Hassan, 49; Hadi Ashraf Mad Idris, 29; Hamzah Ahmad, 60, dan Dahlia Ahmad, 52.

Bapa kepada empat anak itu didakwa melakukan kesalahan terbabit di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat di sini kira-kira jam 12.30 pagi pada 9 Jun lalu.

Tertuduh yang hadir di mahkamah dalam keadaan bertongkat susulan kecederaan dalam nahas itu, memaklumkan memahami pertuduhan yang dikenakan dan mengaku tidak bersalah.

Dia didakwa melakukan kesalahn itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu atau berbahaya, yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM50,000 jika sabit kesalahan.

Susulan pengakuan tidak bersalah oleh tertuduh, Timbalan Pendakwa Raya Noor Asyikin Hashim yang mengetuai prosiding pendakwaan, memohon mahkamah mengenakan jaminan RM10,000.

Sementara itu, tertuduh menerusi peguam, Muhammad Denial Khairul Hizam, merayu jaminan lebih rendah dengan alasan tidak lagi bekerja kerana masih perlu menjalani rawatan akibat kemalangan itu.

"Anak guam saya menerima jahitan di bahagian belakang dan mengalami sakit belakang serta luka. Dia terpaksa menyara isteri dan empat anak berusia antara lapan hingga 16 tahun yang masih bersekolah. Dia juga menyara adik beradik yang mempunyai Sindrom Down, " katanya sambil memohon mahkamah menetapkan jumlah jaminan dalam lingkungan RM5,000.

Melody Woon menerima rayuan itu dengan membenarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Ogos untuk sebutan semula kes.

Dalam kemalangan itu, bas yang membawa 39 orang itu dalam perjalanan dari SK Jeram di Masjid Tanah, Melaka menuju ke Terengganu apabila bertembung dengan sebuah treler di simpang Bahau.

Mereka yang terbunuh dalam nahas itu terdiri daripada dua guru SK Jeram iaitu Hasnatul dan Dahlia, Hamzah adalah pembantu operasi sekolah, manakala Hasi Asyraf pula pemandu kedua bas persiaran terbabit.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.046509 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list