View: 30128|Reply: 14
|
[Tempatan]
Malaysia dibidas sertai latihan ketenteraan bersama AS, Israel
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 1-8-2024 10:51 AM
Malaysia dibidas sertai latihan ketenteraan bersama AS, Israel
https://m.malaysiakini.com/news/713926
Diterbitkan: Aug 1, 2024 1:43 PM
Dikemaskini: 2:05 PM
Sebuah kumpulan pro-Palestin tampil membidas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kerana mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan maritim antarabangsa (Rimpac), bersama negara seperti Israel dan Amerika Syarikat.
Menurut NGO Gegar Amerika, ini dilakukan di sebalik serangan berterusan Israel ke atas Gaza.
katanya, penyertaan Malaysia dalam latihan perang itu akan meningkatkan "keupayaan genosid" Israel.
“Rimpac bukan sahaja meningkatkan keupayaan genosid rejim Zionis, ia juga menyumbang kepada pendudukan kolonial di Pasifik oleh kuasa Barat.
“Ia juga mengancam mahu berperang dengan kuasa saingan seperti China, dan memusnahkan tanah dan perairan masyarakat Orang Asli di Hawaii,” katanya dalam satu kenyataan.
Latihan perang laut terbesar
Rimpac 2024, yang berakhir hari ini, merupakan latihan terbesar di dunia dan melibatkan 29 negara dengan 25,000 kakitangan. Latihan itu diadakan dua tahun sekali di Hawaii.
Digembar-gemburkan sebagai peluang untuk latihan bersama, latihan ini dihoskan dan ditadbir oleh Komando Indo-Pasifik Tentera Laut AS di Pearl Harbour, dengan Kor Marin AS, Pengawal Pantai AS dan Pengawal Kebangsaan Hawaii.
Pihak penganjur berkata semasa Rimpac, pasukan yang mengambil bahagian "mengintegrasikan dan menggunakan pelbagai keupayaan, daripada bantuan bencana kepada operasi keselamatan maritim, dan daripada kawalan laut kepada pertempuran perang yang kompleks."
"Tujuan latihan ini adalah untuk membina hubungan, untuk meningkatkan kebolehoperasian dan kecekapan dan, akhirnya, menyumbang kepada keamanan dan kestabilan di rantau Indo-Pasifik yang sangat penting," kata Naib Laksamana AS John Wade yang merupakan komander Pasukan Petugas Gabungan Rimpac 2024, pada sidang media pada 27 Jun lalu.
Turut menyertai latihan itu adalah kapal KD Lekiu TLDM bersama kapal perang dan tentera dari negara seperti Amerika Syarikat, Israel, Australia, New Zealand, Jerman, Perancis, Singapura, Indonesia, Brunei, Jepun dan Korea Selatan.
Tentera Laut Filipina pula hadir sebagai pemerhati.
Menjawab gesaan sebelum ini agar Malaysia tidak menyertai Rimpac 2024, Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata sebarang keputusan tidak seharusnya menjejaskan kedudukan Malaysia.
"Jika kami mengikuti pendekatan yang dicadangkan, kami perlu menghentikan operasi syarikat seperti Microsoft, Google, Apple dan Facebook," katanya
Dia juga menegaskan bahawa "tiada negara lain yang lantang seperti Malaysia dalam isu Israel".
"Kami membantah setiap hari," katanya kepada pemberita pada Mei lalu.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bukan sama2 darah yahudi ke 3 buah negara ni?? |
|
|
|
|
|
|
|
Hidup atas dunia ni, kita kena utamakan kepentingan diri sendiri dahulu. Begitu juga dengan sebuah negara. Ada keputusan dibuat selepas mengambil kira pelbagai aspek geopolitik. Kalau nak berhujah dengan orang kampung yang mana lingkup hidup mereka di kampung dia aje memang susah lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Buat apa dipermasalahkan ... bukankah Israel dan Malaysia adalah sama-sama anak cucu keturunan Nabi Ibrahim tetapi berbeda Ibu ... Hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Di saat Russia & North Korea menyerang mereka.
kita akan di serang oleh china.
dah masing - masing sibuk
|
|
|
|
|
|
|
|
Asal bukak mulut je @ menaip je menipu
Depan penyokong bodo cakap lain (anti israel). Belakang penyokong bodo buat lain (comolot ngan israel) |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Tidak mahu pula minta tolong abam puting |
|
|
|
|
|
|
|
Di Malaya ni yang paling kuat anti Israel pro Palestine sejak dulu ialah RTM.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 3-8-2024 07:17 AM
Penat la.
We share the same world.
Camna nak elak bertembung, etc dah sama2 tinggal dalam planet yang sama. Bak kata post #3, nak hidup sindri2 kalu sebab tak ngam dengan orang tu, orang ni, melingkup la kau dengan perangai kau. Kat opis pun, atas dasar pro, kau kerja ja dengan orang kau tak suka. Asalkan kasik benefit. Dah. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 3-8-2024 03:10 PM
Di Malaya ni yang paling kuat anti Israel pro Palestine sejak dulu ialah RTM.
Memandai la ko.....rtm siap siarkan acara sukan live olmpik time team Israel amik bahagian tnda skong |
|
|
|
|
|
|
|
Itu kan tersasul katanya. Aku percaya ja RTM ni jgn kan tersasul, tertiarap pun aku tak terkejut.
Ko bila last tengok berita RTM? Kalau belum silalah tengok dan pastikan dengar ayat penutup tu. Rugi tau tak tengok.
|
|
|
|
|
|
|
|
tu pon ada hati kata kat META jangan jadi perkakas zionis. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 4-8-2024 11:54 AM
Itu kan tersasul katanya. Aku percaya ja RTM ni jgn kan tersasul, tertiarap pun aku tak terkejut.
...
Wak jahit pun sokong israhell, sampai 4 kali laung....x kan tersasul jugak |
|
|
|
|
|
|
|
RTM baru ja siar cylist israhell pecah rekod olimpik masa pusingan kelayakan pecut. Tak berkutik langsung pengulas
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 7-8-2024 09:33 PM
RTM baru ja siar cylist israhell pecah rekod olimpik masa pusingan kelayakan pecut. Tak berkutik l ...
Ada team isrohell ke? Td tgok kt asterok x nmpk pun? |
|
|
|
|
|
|
| |
|