|
Semporna: Angin kuat serta ombak besar pada 8 Julai lalu menyebabkan 30 rumah di Lorong 3, Kampung Simunul, di sini, roboh tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Semporna Superintendan Mohd Farhan Lee berkata, kejadian itu pada awal Julai itu dipercayai mengakibatkan dua rumah di perkampungan atas air itu mengalami kerosakan.
"Bagaimanapun, dalam kejadian 12 tengah hari tadi, dua rumah terbabit roboh disusuli puluhan lagi rumah berikutan struktur rumah yang dibina berdekatan selain bersambung antara satu sama lain.
"Sebanyak 30 rumah terjejas termasuk dua buah rumah milik warga asing," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohd Farhan berkata, seramai 190 mangsa termasuk enam warga asing kini ditempatkan di Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Dewan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bubul Ria.
'Pos kawalan di tempat kejadian turut didirikan bagi memantau keadaan selain menyelaras bantuan," katanya.
Sumber : Harian Metro
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
|