Edited by maklukpenggoda at 3-8-2024 09:54 AM
SEPANG, 3 Ogos- Pelajar Politeknik Muadzam Shah, Pahang, menempa nama di peringkat antarabangsa apabila berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan ‘Adobe Certified Professional World Championship 2024’, yang diadakan di California, Amerika Syarikat.
Izzul Zafran Abd Razak, pelajar semester 5 Diploma Rekabentuk Grafik, Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual itu menewaskan 47 peserta daripada 40 negara untuk membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai AS$8,000 atau (RM36,170), sijil, medal dan trofi kemenangan.
Kepulangannya ke tanah air, malam tadi (Jumaat) disambut meriah.
"Perasaan sekarang saya masih tidak percaya ,saya rasa macam mimpi lagi, tapi apakan daya benda sudah menjadi kenyataan.
"Bagi saya, pengalaman yang saya dapat ni mmg paling mahal yang pernah ada dalam hidup saya.Pada mulanya bila saya datang ke negara orang, saya tengok para pesaing lain ramai yang hebat-hebat pun ada.Kita buat kawan baharu,kongsi ilmu baharu", katanya yang ditemui di sini.
Kejohanan dunia yang berlangsung pada 28 hingga 31 Julai lepas, melibatkan pelajar berusia 13 hingga 22 tahun di seluruh dunia.
|