View: 21051|Reply: 28
|
[Jenayah]
100 mangsa penipuan rugi RM30 juta ditipu skim pelaburan ala pinjaman
[Copy link]
|
|
100 mangsa penipuan rugi RM30 juta ditipu skim pelaburan ala pinjaman
Mangsa penipuan pelaburan selesai membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, Kuala Lumpur, hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO/KOSMO!
KUALA LUMPUR – Kira-kira 100 laporan polis babitkan kerugian RM30 juta dibuat mangsa pelaburan tidak wujud bagi menggesa siasatan dijalankan terhadap pengarah serta pegawai pemasaran syarikat yang berpangkalan di Pulau Pinang.
Seorang mangsa yang ingin dikenali sebagai Muhammad, 55, berkata, syarikat tersebut menjanjikan pulangan hibah lumayan serta manfaat lain namun tidak membuat pembayaran sejak mengalami masalah pada tahun 2020.
Dia yang melabur sejak tahun 2017 memaklumkan mengalami kerugian hampir RM300,000 sejak berlakunya masalah tersebut.
“Dah hampir lima tahun (sejak 2020) tunggu masih tiada khabar berita terhadap dua individu bertanggungjawab. Mereka janji hibah dan modal dijanjikan akan dipulangkan tidak diberikan.
“Pelaburan ini dia buat dari mulut ke mulut dan tidak uar-uarkan di media sosial, kemungkinan takut dikesan pihak penguat kuasa,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, di sini, hari ini.
Kata beliau, skim pelaburan ala pinjaman itu turut menggunakan helah untuk setiap deposit dibuat perlu menggunakan perkataan ‘buy goods’ bagi mengelak dikesan pihak perbankan berhubung aktiviti pelaburan haram dilakukan.
Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, sebelum ini pengarah dan pegawai pemasaran syarikat tersebut telah didakwa di mahkamah pada 2021, namun kedua-dua mereka dibebaskan tanpa dilepaskan disyaki kerana ada pengadu menarik balik laporan.
Sehubungan itu, beliau menggesa mana-mana mangsa yang belum membuat laporan polis bagi siasatan dapat diteruskan semula terhadap individu bertanggungjawab.
“Setakat ini, sebanyak 100 orang mangsa sudah membuat laporan dan minta MHO wakili mereka ekoran merasakan ditindas. Kerugian juga mencecah RM30 juta dan kita rasa ramai belum buat laporan.
“Syarikat ini menawarkan skim pelaburan yang mana mangsa perlu memberikan pinjaman kepada mereka dan menjanjikan pulangan 10 peratus daripada wang diberikan.
“Bagi meyakinkan peminjam, mereka mendakwa menjalankan perniagaan gimnasium, perhotelan, dan pelaburan lain sebelum gagal membuat pembayaran tahun 2020,” katanya.-KOSMO! ONLINE.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 3-8-2024 05:46 PM
Opah lama dah pesan...melabur la dalam Saham Amanah.....bijak2.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya..duit abis puluh ribu pun kalu sbb diri sendiri boros, takpe gak..sbb mmg abis kat diri sendiri..ni kalu hilang sbb kena scam, alaaa ralatnya la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Puak2 ni punya kerja kita pulak susah sbb suspicious transaction bank sekat.
Banyak kali dah kena.
Asal nak deposit/ 3rd party remittance lebih 30 ribu je bank taknak buat.
Alasan bank : "kita TAKUT customer masuk accpunt scammer"
Cam babi btol.
Penat bertekak dgn bank. Tak cukup dgn proof on source of funds, skang ni mana nak letak pon kadi masalah dunia sbb tolol2 ni semua |
|
|
|
|
|
|
|
Padan muka, siapa suruh tamak. ASB kan ada.
- acik kepam yg yakin semua orang cuma ada seribu setengah dalam ASB macam dia
|
|
|
|
|
|
|
|
tu semua mangsa peleburan? nah tu muka2 dorang.... tamak haloba harap goyang kaki duit masuk, money work for you etc.....
walhal scammer punya lah kerja keras nak menipu, mana scammer goyang kaki...
point yang biasa digunakan sepanjang masa si mangsa:
- dah dua tahun ni ada je return tak miss.
- ala masuk sikit je yang sanggup burn, bulan2 kutip la (ni spesis makan overide dari downline)
- lupa dah apa lagi...
bukan salah scammer, scammer tak ugut bunuh untuk paksa melebur..... tunjal lah diri sendiri... |
|
|
|
|
|
|
|
dapnyeh yg belakang belah kiri tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
sebab banyak tu ja tahap kesabaran dia, tak boleh lebih
back to topic, kebanyakan mangsa ni memang dah exhaust semua instrument biasa2 tu so memang nak explore other opportunities lah. Tamak? depends how you view it lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 3-8-2024 05:32 PM
Padan muka, siapa suruh tamak. ASB kan ada.
- acik kepam yg yakin semua orang cuma ada seribu seten ...
Gayah tesakiti tak bitter dlm ni memang x sah … kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Kurex replied at 3-8-2024 05:50 PM
dapnyeh yg belakang belah kiri tu..
Serious ke macam tak cukup kena matahari je. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
think wisely before make any investment.. |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 3-8-2024 07:24 PM
Serious ke macam tak cukup kena matahari je.
heyyyy yang ni |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 3-8-2024 07:24 PM
Serious ke macam tak cukup kena matahari je.
Haha terima kasih brosis @decaffeinated. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini perlu company zionist IHC establish di malaysia.... Ada percaya elon musk cari investor di internet |
|
|
|
|
|
|
| |
|