View: 20177|Reply: 29
|
[Jenayah]
Berasa Muak Dengan Menu Mesra Alam, Mahukan Daging, Telur, Dan Saiz Hidangan Besar!
[Copy link]
|
|
Atlet yang bertanding dalam temasya Sukan Olimpik 2024 berasa muak dengan menu yang disediakan oleh penganjur di Perkampungan Olimpik.
Untuk tampil berbeza sambil menerapkan pentingnya menjaga alam sekitar, Perancis menyediakan menu yang mesra alam dimana makanan terdiri dari sayur-sayuran dan tumbuh-tumbuhan.
Langkah ini lantas mendapat kritikan dari kebanyakak atlet dimana mereka mahu menu seperti daging, telur dan mereka juga mahu ukuran hidangan untuk dibesarkan.
Selain makanan, ada juga atlet yang mengadu mengenai keadaan di perkampungan olimpik dimana mereka tidak selesa untuk berehat selepas beraksi dalam acara yang disertai.
Pemenang pingat emas dari Itali, Thomas Ceccon, dirakam tidur di sebuah taman di Paris selepas mengadu tentang keadaan di Perkampungan Olimpik.
Ceccon menyalahkan persekitaran yang teruk sebagai punca kegagalannya untuk melayakkan diri ke pusingan akhir 200 meter kuak lentang pada Rabu lepas.
Atlet Itali itu ialah antara peserta pilihan untuk acara tersebut selepas merangkul emas dalam acara 100 meter kuak lentang.
“Tiada penyaman udara, panas dan makanannya teruk,” kata Ceccon selepas persembahan mengecewakan dalam saringan 200 meter.
Bintang tenis Amerika Syarikat, Coco Gauff mendedahkan bahawa salah seorang rakan sepasukannya memilih untuk berpindah disebabkan kawasan penginapan atlet tersebut yang sempit.
Perenang Australia, Ariarne Titmus pula berkata: “Mungkin bukan masa saya untuk beraksi (cemerlang), namun tinggal di Perkampungan Olimpik menyukarkan keupayaan untuk beraksi.
Bekas perenang Olimpik yang juga dari Australia, James Magnussen pula menjelaskan, terdapat beberapa faktor yang menjadikan perkampungan tersebut sangat tidak selesa.
“Antaranya adalah katil kadbod yang membuatkan penghuni tidak mendapat tidur secukupnya. Tiada penyaman udara yang turut memainkan faktor utama,” katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
apanya makanan pon nak woke jugak ke? miskin betul Paris |
|
|
|
|
|
|
|
indah khabar dari rupa ke paris nie |
|
|
|
|
|
|
|
atlet tu bagilah makan meat..kena la ada protein, takkan nak makan sayur je..apo.. |
|
|
|
|
|
|
|
kucingitam replied at 5-8-2024 02:15 PM
atlet tu bagilah makan meat..kena la ada protein, takkan nak makan sayur je..apo..
muslihat depa bg atlet negara lain jd lembik letew... |
|
|
|
|
|
|
|
hahah ye la tu...drg dah lama rancang rupanya... |
|
|
|
|
|
|
|
olimpik plg mesra alam..opening ceremony bunga api pun takde |
|
|
|
|
|
|
|
Macam2 issue jugak ye olimpik kali ni.
Kalau pindah keluar dok hotel ke, segala kos ditanggung sendiri ke? |
|
|
|
|
|
|
|
pejol replied at 5-8-2024 02:13 PM
indah khabar dari rupa ke paris nie
Mana2 porumer yang penah pegi sana buleh sahkan pasal ni. Iols tengok dalam pic macam cantik aje view. |
|
|
|
|
|
|
|
Macam2, xde buget ka malas ka pekerja x ramai ka, sesak betul kantin tu |
|
|
|
|
|
|
|
geleng kepala dgn penganjur sukan olimpik Perancis nih... |
|
|
|
|
|
|
|
olimpik paris kan antara temasya cost-cutting yg di buat IOC...hadap je la...duit France dihantar utk bomb Rusia dan Palestine |
|
|
|
|
|
|
|
Hada tengok atlit kasik vlog makanan buffet meka.
Serius shit like makanan dewan asrama tahun 90an. Sayur hijau (bok choy @ sawi) pun dah lebam2 hitam dikukus. |
|
|
|
|
|
|
|
bensolo333 replied at 5-8-2024 06:07 AM
apanya makanan pon nak woke jugak ke? miskin betul Paris
Tapi aiols suka medal meka. Yang emas tu hada logam dari Eiffel Tower deol letak. Cantik la design. |
|
|
|
|
|
|
|
China punya makanan masa Winter Oly.pic 2022 tu lagik dabomb uols. Walaupun dikritik hebat masa tu sebab persepsi 'Made In China'. |
|
|
|
|
|
|
|
atlit malaysia ada bawak prepack food macam brahims tak? |
|
|
|
|
|
|
| |
|